[Bismillah]
Assalamulaikum wbt
Allahumma Arifni Nafsi (Ya ALLAH arifkan (kenalkan) aku
dengan diriku sendiri …aaameen Ya Rabb)
Adakah kita tidak cukup mengenali diri sendiri ?
Adakah kita yakin ini adalah diri kita yang menepati acuan
Allah?
Ataupun kita sedang menipu diri kita tika ini? Tipu?
Bagaimana?
Kadang-kadang terasa sesat sendiri..
Menemui diri sendiri di jalan buntu tika kita tengah syok2
berjalan.. Kita melalui jalan..kadang2 kita merasai keterasingannya
Merasakan terancam dengan keberadaan manusia disekeliling
kita yang mungkin mengganggu zon selesa yang kita bina selama ini?
Takut..bimbang..risau..tak keruan..perasaan terkongkong..dan
kebebasan diri yang kita dapat selama ini akhirnya terasa seperti dipenjara.
Ibarat burung yang mahu terbang tetapi sayapnya paralyze.. memaksa-maksa namun akhirnya
badan lemah, otak lemas dan badan malas.
Apa masalah pokok yang menyebabkan ini berlaku.. mari
berlaku jujur dan jangan takut akan reality dunia yang sebenarnya fantasi ini
(diakhirat nant kita akan merasa dunia ini seperti 1 hari atau ½ hari sahaja
kita menginap.)
Jika pernah nonton cerita Sang Pemimpi..
Apa kata pak Balia.. “Bebaskan diri mu..bermimpilah kerana
Tuhan pasti akan merangkul mimpi-mimpi kalian.”
Kita yang tak dipenjara pon rasa seperti
dipenjara..haha..namun bagaimana sangat berbeza antara kita dengan manusia yang
dipenjara tetapi merasa bebas..? aduhduh..penat ya memikirkan diri sendiri
apatah lagi mahu memasukkan WWW dalm otak ni..
Pokok Masalah dan Mencabut Akar Tunjangnya
Kadang-kadang masalah yang kita pikul ini terasa seperti
mencabut pokok balak yang besar..nak korek akar tunjangnya bukan main
lagi..keluar keringat jantan..(maknanya..sangat payah la tu)
Tapi jika kita memandang masalah kita seperti pokok taugeh? Ahhhh..mudah
diberesin..cabut makan..cabut telan..muahaha (maaf kepada anti-taugeh)
Jika masih lagi memikirkan pokok balak…?
Okeh..akan banyak keberuntungan disitu..mungkin akan
terlahirlah manusia yang kritikal thinking dan kaya raya si tokey balak.
Wahaha..
Baiklah..apalah balak yang menumbuh dalam kotak pemikiran
kita ni kan?
Mungkin disebabkan baja cap “MALAS” kot yang menyebabkan
balak itu tumbuh subur?
Mungkin disebabkan racun cap “BO”-Block Orang menyebabkan
makin membesarlah balak itu tanpa membenarkannya digigit2 oleh serangga..maka
immune badannya akan lemah melewati hari-hari?
Mungkin kita menggunakan vitamin “MANJA” yang buat rasa
balak tu amat selesa?
Mungkin kita menyiramnya dengan Perasangka-perasangka?
Aku cakap bukan untuk orang lain. Aku juga mengalami masalah
ini..dan masih mencari solusi..aku nak keluar dari “cengkerang” ni..nak lihat
dunia sebenar dengan penuh berani dan hamasah tanpa henti.. (imaginasi
penulis)
Adakah dengan menjadi akhwat menyebabkan kita terkongkong
menyalurkan idea dan keluar bebas mengembara mengembangkan lagi pengalaman2
kita?
Adakah dengan menjadi akhawat kita bersyukur stakat mana
yang kita ada – bukan x syukur maksud aku..tapi smpai bila ditakok lama??- ayat
ni sedas utk aku!
Adakah dengan menjadi akhwat kita adalah manusia maksum yang
tak lakukan kesilapan?
Adakah dengan menjadi akhwat masalah kita semua perlu
dilupakan terbengkalai?
Pandangan peribadi aku..sebenarnya masalah yang kecil itu
mampu memberikan impak yang besar dalam kehidupan daie. Jika kita tak betul2
manage pasti engkau merasakan tekanan ini.. “oh..budak dakwah
perangai mcam
ni?” “Tudung jer besar..tapi malas kerja” “makan gaji buta jer ea budak dakwah
ni?” ..ingat aku xpernah alami menda ni semua?aku manusia biasa.. penat badan
dan otak tahu!
Setiap manusia yang pasti akan mengalami pengalaman yang
berbeza dan sudut pandang yang lain sama sekali. Jangan diremehkan masalah yang
kecil…jika tidak dikawal maka ia akan jadi balak..
Koreksi diri.. “Kenapa masalah sekecil ini aku merasa beban
yang luar biasa hebat, ya ALLAH?”
Jawapannya tergantung kepada bagaimana melaksanakan
“Mutabaah Amal”, bagaimana Tarbiyyah
Dzatiyyah mengajar kita agak bersedia
untuk diubah… adakah IKHLAS ada dalam hati kita? Atau buat sekadarnya sahaja?
Dimana kita campakkan “KOMPAS” kita disaat kesesatan di
dunia ini?
Adakah kita hasil tarbiyyah yang sebenarnya?
“God never promises that this day
without pain. But He did promises strength for you every day”-W//W-OL
Bersabarlah angah..cari jalan keluar.
Bumi ALLAH ni luas lagi..
Chill!
Habis tu kenapa tak buat betol2? Ahahah..setepek kena atas
dahi..syok2!