dig into the CAVE

Saturday, April 5, 2014

my E-day



khitbah ku bukan dengan seorang jejaka...
tetapi dengan kematian yang pasti

satu masa...tarikh yang sah telah termateri di  Lauh Mahfuz..
Allah menulis sekian2 tarikh dan harinya pasti akan terijab kabul antara aku dan kematian itu
kematian adalah calon abadi
yang pasti...setiap yang hidup pasti merasai
dan ia adalah calon misteri
kita tahu kita sudah dikhitbahkan....
tapi hingga belum tiba masanya...pasti tiada siapa dapat merasai debarannya
ia akan membawa kita ke satu dimensi yang pernah didengar ditelinga
tapi tidak pernah dilihat dek mata
masyaALLAH...
bermula lah perjalann sebenar Hamba sejati..
disoalan di dalam kbur berselang seli...

mohon husnul khatimah ya Allah T_T

Pujukan Allah

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt

*krap..* krap...* Bunyi jari meletop...setahun doh dok update blog..kali ni versi ganu kite ah...
lidoh ak payoh nok cakak KL doh leni...org ganu panggil...awkward...huahua

sepanjang sethun ak lalui kehidupan di Kemaman tanah bertuah kurniaan Allah swt ni
banyak sangat tarbiyyah direct and indirectly yang Allah buwi ke aku
dari sudut duniawi and ukhrawi
ak dapat kenal bermacam2 jenis mnusia...
ak jadi tahu hukum berkawan
ku jadi faham rukun menjadi seorang kawan
jatuh bangun selama setahun...buat aku sakit
tapi aku semakin bangkit...
kecewa..marah..bingung...hilang keyakinan...lemah..tangis...sedih...
yang sebenarnya buat ak makin dekat dengan Allah
tiada guna menangisi sesuatu..kerana Allah sedang menyediakan sesuatu yang terbaik untuk kita..

aku xtau ape ak nk smpaikan...
mungkin,....
yang penting kena ada iman pada Allah
yakin yang sebenar2 yakin...
Allah Maha Mendengar dan Mengetahui..
Allah sayang kita lebih dr kita sayang Dia
tapi Dia tetap tggu kita menghadap Dia dan menunggu2 kita meminta pada Dia...asbab itulah Dia kurniakan nikmat MASALAH...nikmat STRESS...nikmat Tekanan pada kita
sebab dengan cara tu la kita akan kembali pada Dia...

subhanallah
alhamdulillah
Allahu akbar!!

Friday, August 23, 2013

Manisnya Hidup Sebagai Orang Poket Kering

[bismillah]

Assalamualaikum wbt

pengalaman ini aku cerita bukan sbb ak nak org pandang ak kesian
tapi ak seronok nak cerita jalan hidup aku
dari satu sudut seperti...urhhhhh (xtau nak describe macam mna sebenrya..sbb tu jd urhh je tu)
tapi dari satu sudut..ia lucu dan paling penting ia membahgiakan + +,

jalan hidup kita berbeza....pilihlah mana yang buat kita happy dan yang penting masih tersibghah Allah




jalan hidup aku ni...berlaku masa umur aku ditahun akhir (2011)
seronok sangat bila ak terimbau kenangan tu
bersama dengan sorang member (fida)-rindu ngan dia...sungguh
masa nak buat final year project...
duit mmg kopak..kering habis..
stakat ptptn yang ckup makan tu..apalah sangat..x kluar shoping pon habis..ape lagi kalau kaki shopping...
mse tu agak sedih la...kikikikiki T_T
basuh kain guna tangan sbb duit dah xde nak basuh gune mesin
duk kongsi bilik 2 org..sempit.. harga murah..suit our pocket...hahahahahaha...lucuu
disebabkan masa tu ktorg ade duit not biru ngan merah sikit jer...
so makan ktorg cut
nak makan...untuk tgahri..pastu beli roti tahan la 2-3 hari..air watercooler jer...tadah laa...tadah...hahahaha
makan tenghari mmg memory sangat
masa tu org lain tengah cuti...
tak ramai la turun cafe
ade  2 cafe je bukak kalau xsilap...mase tulah
jadi kami ni mmg selalu pergi cafe hujung belah sinki...makanan murah dan banyak
ktorg tengok list makanan.....urmmm...4.50...5.00
last2...

"makcik, bungkus telur dadar nasi putih...pastu kat nasik tu tuang sket kicap..."

makcik tu tersenyum....mungkin dia paham kot
jadi jumlah keseluruhan makan tgahri kami adalah : Rm 2.00
kachingggggGGGG
ahahahahahaha...korang tanya kat mana nak dapt mkanan hrga 2 ringgit...
aku dah show korang semua ni exist...ahahahah
yang terharu..makcik tu ltak nasik bukan main bnyak...
mungkin dia nk suh kami simpan utk makan malam skali...thanks makcik <3 p="">
manjadi orang poket nipis bukanlah pilihan...
namun bukan masalah besar
dalam hidup aku...aku selalu diuji dengan poket yang selalu nipis
dan bagi aku...ia tidak mngapa...ia didikan Allah buat aku..
Allah akan uji kita dimana titik lemah seseorang kan?
bukan aku tidak usaha untuk mndapat yang lebih baik...
tapi apa yang ada hari ini..inilah yang terbaik...sungguh...
aku happy tgok kawan2 aku..
berjaya dalam kehidupan..
blajar xpening pon duit xcukup
ade yang belajar oversea
mak ayah pon senang
ak happy..aku syukur kawan2 aku hdup macam tu...
dan sememangnya kita melalui jalan hidup yang berbeza
berbahagialah


sebab aku xleh bayang kalau ak poket tebal...
manusia jenis apa aku akan jadi..
dan menjadi manusia poket nipis bukan pilihan (sape nak kan?)

tetapi ia adalah manis...perhaps...hahahahah


semua manusia lapar duit
tapi jangan lupa duit tidak mngenyangkan
malah membebankan...
duit macam hantu...
its hunting u...

pray for Egypt Syria Palestine







Almari yang Tertutup (The Close Wardrobe)

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt

dari luar nampak kemas
bahagian dalam belum tentu ('',)


berangan-angan melalui satu pathway
ditepinya tasik yang indah
merasai indahnya ciptaan tuhan
angsa berpasangan
burung berterbangan
angin membelai muka...lembuutt
menghirup udara Tuhan yang maha banyak
batu-batu kerikil bersusunan semulajadi


indah bukan bumi tuhan? (mungkin sebab ak sanguine kot..so that aku mcam ni)
----------------------------------------------------**------------------------------------------------------
aku mencari manusia yang punya telinga yang berhati
ramai punya telinga tapi tidak hati
yang bisa ak bersandar seketika
hanya untuk seketika
melepaskan kelelahan jiwa..
yang sedang memberontak untuk dilepaskan
bukan untuk membina tembok ratapan
aku masih ada tuhan
aku masih sedar dimana ak berdiri
meniti jalan bermusafir
mencari bekal untuk menuju hari yang kebenarannya akan terungkai
buah hasanah akan ranum dan mewangi
penanam rumpai akan menyesali dan menangisi

namun
akhinya ak masih berdialog dengan diri sendiri
memujuk diri
mengatakan "semuanya ok".."tiada masalah"..."itu masalah kecil".."lupakan saja..."..."take it easy..".."be positif.."
itu dialog yang tidak asing dalam detikan hati ini
sebagai tanda apa pun yang berlaku...
hidup kehadapan perlu diteruskan
menandakan masih ada harapan
masih tersenyum..masih dan akan selamanya
kapasiti manusia..namanya manusia...tak ada bezanya..
aku tak sekuat seperti dalam kacamata manusia

cuma sebagai manusia yang masih punya secebis iman
jika ini adalah ujian...
maka bersabar dengan penuh kesabaran
syukur sesyukurnya
kerana sebenarnya Tuhanmu lebih mengetahui
Maha Mengetahui
jangan diganggu urusan Tuhan
Dia sedang menguruskn apa yang terbaik buat diri ini
sabar...



 (",)
wassalam




 

Tuesday, August 13, 2013

Rencana Tuhan

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt

jatuh dalam telaga masa
kembalikan aku ke satu tempat yang sayup mata memandang
dilema dipersimpangan kehidupan
dengan keadaan diri yang masih belum matang
menilai erti kehidupan
hanya mengharap
mengharap akan secebis kebaikan disebalik 'ketidakbaikan' di padangan mata si kerdil hamba Tuhan
Tuhan Maha Tahu akan kebaikan
manusia hanya pengharap tegar mengharap bantuan
mengadah tangan..mohon tunjuk jalan
jangan bia aku gelandangan
tiada pegangan
seperti tiada Tuhan....

mahu melihat kehadapan
bersama rencana Tuhan
meniti garis kehidupan
membuang segala kesedihan
kerana kehidupan bukan untuk ratapan
tetapi untuk diperjuang

love life
jumpa dihayat akan datang.......good bye german

Toronto, Canada...2013

Friday, June 21, 2013

Ramadhan's coming

[Bismillah}

Assalamualaikum wbt

tambah amal bulan sya'aban
bersedia untuk checklist Ramadhan

Ya Allah, berkati aku dibulan ini dan temukan aku dngan bulan Ramadhan...
semoga mendapat Ramadhan terbaik...insyaALLAH

Langit Tak Selalunya Mendung

[Bismillah]

assalamualaikum wbt

fuhhhh..berpeluh2 membersihkan sawang...(hyperbola)
jari2 dah krem..lama tak menaip
itulah akibatnye bila busy
busy sangat ke? hahaha...biasa2 je...najib pon xbusy gaya aku
dengan sistem baru pembelajaran di Malaysia
yang sangat serabut gaya benang kusut


aku pon xpaham kenapa jadi sistem macam tu
test hanya untuk short term memory
aku ajar sains dajah dua
boleh jadi aku ajar budak2 harini...aku test hari ni jugak
dan budak2 ni sure boleh jawab sebab fresh lagi
cuba aku ajar harini...aku test minggu depan atau lebih dahsyat..bulan depan...
ini sume idea ex-pm sebab nk ikut ala barat
kesan pembelajaran di Malaysia takkan sama dengan barat
anak2 mereka rajin bereksperimentasi
anak2 malaysia semua nak kena suap

-------------------------------cukuplah cakap pasal mende yang bolok2 gini-------------------------------


tajuk lain..post lain...hahaha..sokmo jadi gitu
dok brape nok paham jgok
hahaha...bialah..
mu org tau...kat mana2 aku g..byok ngat tarbiyyah Allah wi kat aku
kadang bleh tahan...kadang netup gop
bak kate sorang pokcik (bukan ikram)
kat mana2 pon kita pergi....kita baik ke kita jahat xkan semua orang akan suka kita
i bet its true..the older's tot always be true
even prophet Muhammad the most perfect human..with a blooming akhlak..people still hate him
dan siapa gok kite ni xpect sume orang akan sayang kita sokmo2
mmg betul la...ujian ni ad sokmo untuk aku
dan akhirnya...kesabaran itula yang aku bwok
kita nok satisfied manusia ke nak satisfied Allah?



tekanan gok skali2 kalu mari hal gini
bagi aku se je...
kita jngan masuk campur hal org lain yang x mendatngkan manfaat
dan jangan cakap mende2 tak berfaedah
cakap mende yang menyakitkan hati manusia lain
sebelum cakap cermin diri dlu...jangan ingat diri sempurna macam nama ada dalam list surga
(tutup mulut hangpa..aku xmau keluar ayat aku..sebab ayat aku lebih pedas dari korg sebenarnya)

mende ni bnyak berlaku...even diskolah al amin
hangpa ingat sekolah agama itu sepenuhnya agama?
kadang2 aku rasa kelaka tgok gelagat manusia..
tapi nak lari kemana? kat situ tmpt kita cari rezeki
telan la selagi mampu
aku tak sayang sekolah
aku sayang anak2 dalam sekolah
aku tak sayang sekolah
tapi aku sayang tarbiyyah


mendung sekejap...kemudian hujan,,,pelangi datang :)

aku tak rindu UPM
aku tak rindu akhwat
aku tak rindu sapa2

sekian,

wassalam

Sunday, April 7, 2013

Kisah Baju Putih



[Bismillah]

Assalamualaikum wbt

kisah  ni dah berlalu setahun lepas...hmm..mungkin xsampai kot
hmmm..bila ak pndang jer baju putih tu memory aku kuat melayang pada zaman dahuluuu..
ahaha..terlalu terpengaruh dengan kisah sang kancil dan tali pinggang raja

masa tu dah sehari suntuk cari baju putih nak masuk kerja
sampai malam dan supermarket sume dah nak tutup
woah...
masa tu ad bau2 merungut la..especially aku la...
"dah la akak...tak payah cari lagi..."
tapi dia buat tak reti jer... katenyer: "usaha la dlu" -lebih kurang gitu la kan..aku ni short term memory baru 24 jam aku dah lupa..apatah lagi dah dekat setengah abad- = =,

disebabkan itu
kami ronda jugak..
last2 ternampak kedai..kena panjat tangga
kami daki tangga itu bersungguh2...
kikikiki (hyperbola)
pastu ade blaus putiiihhhh...
try2 sangkut la beli baju tu...kikiki...

happy

dan ada satu peristiwa menyebabkan dia kata "dayah tawakal la lepas usaha...mcam baju putih dayah tuuu..." + +,

sampai sekrang aku ingat kak...jazzakillah coz u being so nice to me~ may Allah bless u both 

Thursday, March 7, 2013

Percaturan Yang Tidak Pernah Tamat

entahlah adakah hati ini harus menangisi segala yang berlaku
atau meredhai segala-galanya dan optimis
rasa sedih dalam hati kadang terselindung dengan senyuman yang tidak dapat diteka
hanya ingin melalui kehidupan yang seadanya

Saturday, February 9, 2013

T_T

[bismillah]

Assalamualaikum wbt
 apakah tanda mata T tu?
aku pon xpaham
kahkahkah
ni saje jer nak panas kan enjin
lama xmnulis...
7 bulan lagi..wahahaha..
ahhh..abaikan

Akhir

[Bismillah]
Assalamualaikum wbt

pertengahan tahun lepas 2012 mak and abah decide nak amek tok datang ceneh
alhamdulillah tok n tok wan nak tgal umah kami
keadaan tok yang tak mengizinkan masa tu
tok dah tak bleh berjlan
banyak kudis2 akibat daripadaterlalu byak masa duduk...dan mmg xakan berdiri lagi

pagi tu rutin aku mcam biasa
siap2 nak pergi kerja dari rumah
kenapa ada kat rumah?
sebab petang sebelum tu aku dah balik rumah dari sekolah sebab nak amek adik
dia nak balik ukm..tiket dah dibeli
dah siap2 mandi pakai baju tudung sume
nampak mak sibuk pagi tu
amek telepon dan call2 mak sedara
haih...
"mak, nape mak?"
"cuba tgok tok tu...hang semalam adik kejut tak bangun pon kan..."

dalam hti bila pulak org kejut aku? siesly..aku tidow mati = ='
rupenya malam tu tok dah muntah n berak hitam
aku pon jenguklah bilik tok
tengok tok dah bernafas dalam2
lain mcam ni..aku gumam
pastu aku duk kat meja makan
adik aku datang dah nangis2
"nak balik ke ngah? mcam mna kalau ada ape2?"
"hmmm..xpela..xyah g..angah amek cuti.."
terus cari no GB...that day aku off

mak abah dah kalut panggil jiran2
aku ngan adik duk dalam bilik tok..baca yassin dan al baqarah
sampai jiran...
dia pegang tok...
that time aku dah takleh tahan dah...
tok dah meninggal
dalam pkul 7.10 am mcmtu
kami telefon siapa yang patut
pegawai polis mai buat pengesahan
tak lama lepas tu ramai jiran2 datang
tolong kami apa yang patut
sediakan alatan utk mandikan dan kafankan
alhamdulillah semua berjalan lancar

kul 3.00 pm jenazah tok selamat dikebumikan
alhamdulillah


kami juga akan kesana nanti
sudah terlaksana apa yang tertulis
sungguh Allah Maha Tahu
Manusia ini jika diberi peluang 1000 tahun belum pasti habis umurnya mengabdi diri kepada Allah
kita datang dari Dia dan akan kembali pada Dia
Be Prepare


Friday, January 11, 2013

Ada Bau Mengeluh

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt

seminggu lepas terasa sangat lama
seriusly, penat badan dan penat otak
mungkin ade sket bau mengeluh
hahaha
aku tak larat sangat
kerja tak banyak
just kena study dan hadamkan apa yang nak disampaikan pada anak2

ya Allah..
wajah anak2 yang aku didik amatlah lurus
aku gembira melihat senyuman mereka
mereka mnguntum senyuman
senyuman yang ikhlas
aku sayang anak2 itu ya Allah
mereka adalah aset ummah
dan aku perlu mndidik diriku agar mereka juga terdidik

dalam hati ade jugak la rase geram tu
isk..Tuhan jer yang tahu
tapi sejuk ati oh tgok muke budak2 ni
tibe2 aku rindu ngan budak2
heeee...kelakar pon ade
semua nak amk perhatian..
hahaha..kelako

above all,
aku cba sedaya upaya menjadi Hamba Allah yang patuh
menjadi pendidik yang soleh wa musleh
bergaul baik dengan semua guru kat skol..
:)


Friday, January 4, 2013

Jan--Feb--Mac--Apr--May--Jun--July--Aug..

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt

aku tak tahu la berapa ramai manusia baca blog ni...
saja counted bulan..hahaha...opssss
kahkahkah...
sekejap jer sebenarnya masa berjalan...

Keliru...~ Bercalon2 Bagai!

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt
kuasa kamera magis...wahaha..amek kat tenet yer

kenapa tajuknya keliru?
sungguh aku keliru saat ini
ahahaha...bukan keliru pasal ape pon...
pasal bila kat sekolah semua org duk tanya "dah ada calon?"
ni lah soalan pertama masa 16 hb aku pergi meeting dan perkenalkan diri
gila apa? lawak pon ada...nak tersembur air liur masa tu...tak de soklan lain ke hape...
ok..aku terima soalan tu sebab sekarang umurnya sudah banyak ya
lagi pun cg sana ramai nak melangkah kearah itu..ya..tangga kedua maratib amal yoa!
itu sebab mungkin menyebabkan mereka berkobar2...positif2
hahahaha...lawak2

calon?

ade ke xada?

ada..tapi mcam tak ada

tak ada...tapi mcam ada...

ok..ini mngada2 jer...kahkahkah....

okeh2...cukup2...
p sambung isi borang p

kehkehkeh...bukan aku la...
korang! hahahahah

Bila Guru Berbicara..Ohoi





[Bismillah]

Assalamualaikum wbt
tadi baru p kursus induksi cg
alhamdulillah banyak sangat input
mmg sangat penting dan bertuah sbb harini dapat sesuatu
ya lah..aku kan xde pngalaman mengajar yang solid
hmmm
banyak sangat sebenarnya anugerah yang Allah bagi pada pendidik
yang paling aku tersentak bila last slide ade kata2 macam ni
..  Guru adalah pewaris anbiya'....
woah! aku menghitung diriku sendiri
tersendawa jugak tadi...eh..silap...tersedu sedan
ohoi...layakkah? layakkah?#jaw drop#

untuk persedian minggu pertama
kata Sir Malek...ktorg kena bagi impression yang menggerunkan
hahah..katenye la kannnn
kena menyinga (men-singa) kan diri sendiri
wahahha...kuasa veto!
men-singa..wakaka
no lah..gurau2....
kena buat rules untuk hari pertama
dan kena strict on that rule
so that student alert and respect
hubungan guru dan murid musti ada barrrier
peramah tapi menjaga batas
hamboi..jeling dia...

aku bimbang yang ni...aku ni bukan nye bleh marah budak2 ni
hahaha..tapi skali aku marah...menangis!wakaka

guru kena IKHLAS
dan semestinya ini akan teruji nant
huh..berat rasanya
membawa beban dakwah dan tarbiyyah
bukan hanya untuk anak2
tapi muallimah2 yang mungkin perlu disuntik dengan kefahaman
bukan saja mereka...aku jgak la...
kena all out and extra effort untuk menjadi pendidik
kreatif dan kunci semua ini adalah : HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT
dan influent dari guru sangat hebat pengaruhnya

kau tahu dimana bumi dipijak dan langit dijunjung...
Allah ada di atas kita dan pada Dia tali yang kita pegang dan bergantung

haha..
aku rasa semua ada fav teacher/sir/ustazah/pensyarah
ce pk skjap...nape korang suke cg tu..

masa sekolah tadika aku ade cg Aisyah dan Cg Aini.. (kau ade?hahahah)
aku suke 2 orang cg ni... respect!

masa sekolah rendah aku ingat teacher kamariah...cg khamsah...cg rozita (cg math yang aku gerun...sebab aku selalu dapat C..hahah...) cg fatimah (cg ni ajar sains...dia pernah baling buku aku sebab aku xbuat pembetulan sains dia...biasa la budak tak pndai..pemalas pulak...kahkahkah..kenangan..smpai sekarang aku sayang cg2 ni)

masa sekolah menengah aku ingat cg roshidi, cg nordin, cg mashitah, cg aini (math..form 5..syok..yang ni aku dapat A math...wakaka), cg hasnan..

pensyarah...xbrapa attach.but anyhow..they sacrifice more to prepare slide...exam question...respect2 jugak!.sekian..ahahah



habes la down sume student ade cg gini...aku nak praktis...xmkan gaji buta!

ok2..secara konklusi..cikgu dan pensyarah mmg ada aura sendiri...
dan nak cari guru yang benar2 ikhlas mengajar sekarang insyaALLAH ade..tapi jarang-jarang
kadang-kadang
nak tahu...orang non-muslim berusaha gigih dan itqan melaksankan tugas guru
apatah lagi kita as muslim..dan PEWARIS ANBIYA...
ikhlas dan istiqamah~

aku chow dlu..assalamualaikum wbt





Tuesday, January 1, 2013

Mereka Nak BerBM Hari Merdeka 2013

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt

aku tahu la post aku kontrobesi
wahaha
sape suh tak ajak aku....
kikiki... [baby friso bengang jer sebab aku TIPU]
hahahah...baby friso la yang gtau aku lepas sarah cakap kat aku impian aku akan tercapai
dalam ramai2... aku selalu cakap.tq baby friso inform aku.
"Suh la IKRAM buat majlis nikah ramai2...1 ikhwah 4 akhwat" (potong2..bahaya ter)
hahaha... dan bakal termakbul ogos ni
ya ALLAH aku doakan jodoh akhwat dipermudahkan
i am happy for all of u
aku harap bukan 10 pasangan jer tau...
lebih2 pon cantik!
oh Allah...Alhamdulillah kerana makbulkan doa saya
jiwang pulak gamba ni hoi...mahabbah rindu pulak dia~

i bet
ade yang nikah ngan ikhwah aktivis aqsa syarif
ade yang nikah ngan usahawantani
ade yang nikah dengan ustaz

wahaha...aku manusia yang terbayangkan hal itu
aku bhgia
aku nak p majlis hangpa

korang tau...bila aku balik rumah
aku sedar ak belum bersedia kearah itu
tapi akhwat semua mantap2..
insyaALLAH...
aku berdoa pada Allah agar Dia mudahkan urusan kalian...
dengan niat yang baik...demi dakwah dan tarbiyah...
insyaALLAH sesungguhnya Allah Maha Tahu
lambat ke cepat...itulah yang terbaikk
peningkan pikir pasal jodoh
tapi yakin dan percayalah...
Yang Di Atas tidak pernah hampakan kita
berdoa..dan aku juga disini turut berdoa
agar aku tidak hanyut disini..

aku rindu sentuhan tarbiyyah... :'(
tudia....





Berumah Sewa Kembali

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt

perjalanan dari rumah memakan masa 20 minit
jalan mcam ular kena palu
kiri kanan adalah paya
skolah start 6 hb januari
i am so excited
dan cg2 kena ada disekolah jam 7.15 am
can u believe that?
i cant imagine...
hahah...

rumah sewa oh rumah sewa





Monday, December 31, 2012

It's Ok To Be...

[Bismillah]
Assalamualaikum wbt

Just Smile In front of me even u don't want to
Just Speak with me even u feel annoyying
Just say Hi even u dont have intention to do so
Just say "Are u okay?" instead of say nothing
Just say " I am with u..."..its okay if u are not
at least i feel ease...
at least i know Allah still create a human sapien that can benefit people
at least .....

Wednesday, December 26, 2012

Edisi Khas


[Bismillah]

Assalamualaikum wbt


huargh...
dah lamenye tak menaip
kali ni aku menaip..tapi bukan di tanah serdang...tapi kemaman
sejauh 240 km aku sampaikan khabar ini

Assalamualaikum wbt teman seperjuangan
jauh dari pndangan tapi aku harap kenangan ini mekar sepanjang perjalanan
dah seminggu aku kat rumah
alhamdulillah...dapat bantu mak abah...
tolong mak cuci luka tok 
[tok/nenek dah bed ridden .bnyak luka kat blakang badan..dan aku melihat mak membersihkannya setiap hari...mak cakap..akan ada benda yang dia akan rindu nant...rindu nak bersihkan luka tok..rindu nak bersihkan najis ciptaan tok...Oh Mak! May Allah Bless You and pay u as u worth it]
belikan ubat untuk tok..so selalu kena p kuantan kemaman
ma'thurat alhamdulillah..solat sunat insyaALLAH..qiam nak berjinak2..insyaALLAH..doakan aku teman
insyaALLAH 16 hb ni aku lapor diri tau
jadi cg kat al amin kemaman
doakan aku teman
rindu sangat dengan masa bujang aku
pagi keluar p kerja
balik p usrah
hujung minggu program
masyaALLAH.. ya Allah..aku rindu sangat nak tatap muka akhwat
nak tgok muka usrah mate n naqibah aku: kak fariza, Kt, Sarah, Fatin, Dayah, Aini..kak nad.
kak fariza..aku rindu kau..aku rindu nak tgok kau gelak..sharin kau..
Kt..my motherly frend..sumpah aku rindu nak dengar tazkirah hang..bukan kau jer rindu aku gelak..tapi pon rindu kat senyuman hang
Sarah.. my palestinian fren.. ur spirit colour the space
Fatin..manje! aku rindu dia duk peluk2..menepek ngan org..hahaha
Dayah..suka sembang ngan hang
Aini..the Osem Phlegmatic
kak nad..kakak yang penyabar layan 3 org anak kecil..talhah, adam, and aku..akakaka

aku rindu Burian
aku selalu cakap dalam hati aku
mana ada bnda free skrg..
nak tidow pon kena bayar..
nak kencing pon byar doposen
tapi ade satu tempat yang free...BU! ahahaha
ohoi...gurau2...hahaha
aku tebus balik segala yang free tu ya...insyaALLAH aku paham keadaan BU..
insyaALLAH..aku takkan lupa itu..kikikiki

aku rindu anak2usrah aku
rndu si Osem Nadia, amirah, hanin, aisyah, dayah tinggi
rindu sama Amirah atikah, aishah, syafiqah, syahirah, majida, awatif, hatikha, suzida
hahahah.... i miss them damn much yaALLAH..

masa ni akan rindu2an
malam sebelum aku balik tu..
aku tekejut..nape sume org datang BU?
kang prog esok start kul 7 pm
terlalu awalnye dorang  prepare makanan...
beriya2 masak
dalam ati aku.. "Basi jugak makanan tu kang..."
tapi aku malas nak bersuara sangat..sebab dorang yang masak..
mungkin penat esok bleh dikurangkan sebab dah masak harini
yang aku tanya... "ada ape malam ni?"
ade yang jawab: nak sambut besday yang dah lepas...
oh...thats great..mcm best..esok nak balik..sempat jumpe semua...dalam hati aku yang ni jer

pastu lepas isyak..aku trun la nak sambut besday
pastu duk bising2 nak tgok video accapella
naik cari sat..yang aku jadi tahu majlis tu majlis wida' aku lepas kak wan atiqah naik and bagi sepatah dua kata semangat and cute gift..jazakillah akak...
pastu aku trun..mase tu ase nak terburai air mata.. |biasala..mak ni sensitip nyah|
dengar sepatah dua kate dari KT as pngerusi..dalam hati aku tak keruan
aku buat2 la cari acapella ape kebenda semua..
sampai sudah tak jumpa sebab aku tengah separa sedar
aku TAK SANGKA!
siesly..aku tak sangka
bagi aku...aku adalah manusia yang hanya hadir seketika..untuk hiasi hidup manusia disekeliling aku..kemudian aku akan pergi
tidak pernah dalam fikiran aku manusia2 ini akan celebrate pemergian aku
mendengar luahan mereka
aku menggeleng
aku hargainya dan sesungguhnya Allah lebih tahu aku siapa
dan segala pujian2 aku kembalikan pada Allah
aku malu menerima kata2 kalian..aku TAK LAYAK!
sungguh! aku tak banyak contribusi pon disaat akhir aku pergi dari UPM
tapi ada satu yang aku sedar [takdela satu sangat kan...]
semua ni NIKMAT
nikmat yang Allah berikan pada aku
yang aku tak boleh dapat dimana2
kenangan ini NIKMAT
Kenali kalian adalah NIKMAT
Masa bersama kalian adalah NIKMAT
makan dalam dulang bersama kalian adalah NIKMAT
bangun qiam bersama kalian adalah NIKMAT
bertekak dengan kalian adalah NIKMAT
salah faham dengan kalian adalah NIKMAT
melihat wajah kalian adalah NIKMAT
yang kadang-kadang aku lupa untuk syukuri
kalian dihantar pada aku..menjadi manusia yang sentiasa aku dapat lihat wajah kalian..
wajah ikhlas menginfakkan diri, hati, masa, harta untuk dakwah ini
susah payah dan kepenatan kalian..
aku kagum!

aku nurhidayah bt abd razak
memohon maaf atas khilaf, kelemahan aku..
aku tahu aku ad mengguris hati manusia indah disekeliling aku ni
maafkan aku
doakan aku
kalian lah warna yang mencorak aku
yang mewarna warnikan hidup aku selama aku di UPM
dan aku takkan pernah lupa hal itu
maaf kan aku teman
maafkan aku!
jazakillah menjadi teman aku
terima kasih kerana menerima aku sbgai pemain wayang tmbahan dalam timeline hidup kalian
aku adalah aku yang punya segala titik klemahan itu
kalian lah yang menjadi penutup titik itu..hahahah

jumpa lagi di post akan datang..aku rindu kalian







Tuesday, November 20, 2012

Sepasang Lebah Yang Gembira

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt


ladang lavender tempat bermain sepasang lebah ini...lebah comel dan lebah caring :)

 tika si lebah comel itu 'sakit'
lalu si lebah yang 'caring' akan mendekat dan memaut bahunya
lalu berkata: " Dont worry wahai si Lebah Comel...Everything gonna be Ok.."

engkau tahu wahai si lebah comel..aku juga mengharapkan ada kawan seperti si lebah 'caring'