dig into the CAVE

Sunday, June 3, 2012

Be-Friender


[Bismillah]
31/5/2012 ::11:49 am

Assalamualaikum wbt

Allahhumma Yassirna Wala Tuassirna ya Karim (Ya Allah, Permudahkanlah jangan Disusahkan)

Bahang menyambung pengajian semakin hangat diperkatakan..huahua..

Muahaha..adoi..penat seyh

Smpai muntah2 pening kepala pikir..(xde la. supaya nampak lebih dramatic.sebenarnya perut masuk angin..ekeke)

Pernah dengar pasal befriender? Satu badan NGO yang mengumpul seberapa banyak manusia yang punya hati untuk memberi pinjaman..bukan pinjaman kewangan apatah lagi sebagai ah long ataupun mengumpul dana bg membina rumah2 kos murah..tetapi mereka memberi pinjam telinga mereka..(insyaALLAH takkan hilang keseimbangan mereka)

Tengah aku cari-cari information pasal Suicide..aku terjumpa befriender ni....

Dalam hati..subhanallah aku kagum. Dan yang kebanyakkan (mungkin kesemua mereka) adalah non-muslim
masyaALLAH..
Pertubuhan ini ditubuhkan atas kesedaran tentang permasalahan tekanan yang dihadapi oleh manusia dini hari..korang ada pikir? Ke masalah sendiri pon tak settle lagi?haha.. -cakap utk diri sendiri..

Bagaimana mungkin mereka dapat memandang satu sudut yang mana inilah cara Rasulullah saw mengajar kita as duat agar berakhlak dengan manusia dan memenuhi keperluan saudara kita…

Lihatlah sunnatullah telah berlaku pada mereka..
“Sesiapa yang memudahkan urusan hamba Allah yang lain maka Allah akan memudahkan urusannya”
Jangan hairanlah jika kita melihat kehidupan non-muslim lebih bahagia (perhaps:: dari kaca mata manusia biasa-) dan mereka mendapat bahagian di dunia seperti janji ALLAH swt..mereka bahagia mungkin dengan membantu orang lain.

As daie..

Bagi aku kita kena lebih rapat dengn masyarakat kerana mereka adalah target kita..tapi jarang ya kita nak involve aktiviti ni

Aku tak tahu adakah benar..tika kita menyantuni manusia yang bermasalah..maka ia lebih mudah utk kita sampaikan islam itu.kerana tika itu dia menghadapi tekanan dan (Dengan Izin Allah swt jualah) kita ada untuk mendengar masalh mereka..

Semalam kami ada bincangkan surah al-Qalam. Tika mana Rasulullah saw merasa sangat ‘down’ (kerana 

Rasulullah saw jua manusia biasa), manusia disekeliling baginda mencela Baginda saw dengan mengatakan 

Baginda saw adalah gila. Letakkan dri engkau ditempat Rasulullah saw. Engkau pergi usrah. Mengaji al-

Quran tapi satu kampong panggil engkau gila..berkhayal sorang-sorang. Tak de sape pon nak dengar. 

Engkau nak harapkan siapa? Mak ayah pon tak ada..kawan-kawan pon tak boleh nak buat apa..haaa..masa nila baru nak rasa keberadaan Allah dalam <3 kita~

Apa perasaan bila Allah swt smpaikan pada kita.. “Bahkan engkau (Muhammad) bukanlah orang gila.”

Engkau bukan orang sepele..engkau bukan manusia biasa2..engkau ada Aku..!

Dan Allah mmberi jaminan yang akhirnya kita akan tahu siapa yang gila antara kita.  masyaALLAH..

Perasaan siapa yang tak lega disaat terasa seperti dunia sempit sekali..sesak dada dan fikiran pun buntu?

Pasti lepas semua bebanan yang kita pikul selama ini..kerana fitrah manusia mahu didengari.

“ketika dunia menutup telinga, kami ada disini.”- tag line befriender

Tak rasa seronok ker kalo macamtu? SERONOK habis kan..rasa macam tertanggal baju besi yang dipikul tu..uhhhh..Subahanallah..ekeke..Xdelah mcam tu.. hiperbola

Tapi bagi setiap yang bermasalah pasti ada jalan keluar..antara ayat lain yang aku dapat dalam web befriender tu “Listening can saves Life” ..amacam? mengamcamkan?

Tapi sebagai daie adakah kita sebaik-baik pendengar bila ada akhwat yang ada masalah? Adakah kita memberi solusi atau menghentam sinis sidia?

Kita dah menjadi pendengar yang baik ke kalau mak abah kita berkongsi cerita dan masalah?

Kita dah menjadi pendengar yang baik ke untuk adik-adik kandung dan adik-adik usrah kita?

Jika masih belum..bagaimana nak santuni manusia diluar sana yang kian menderita..

Tak terlatih atau kita malas bertatih?

Rugi bagi kita..kita bukan nak mereka menjadi penggerak..tapi cukuplah mereka kembali pada ALLAH sebagai hamba yang suci berbnding dengan mereka mngambil tugas malaikat pencabut nyawa mncabut nyawa mereka sendiri..

Lihatlah statistic bunuh diri di Malaysia…% tertinggi adalah lelaki. Umur antara 30-39 tahun..kaum cina, india dan diikuti melayu (islam)..sedih xsedih..seberapa ramai yang merungut ada masalah..dan kita hanya senyum dan katakan “sabarlah” dengan penuh kewalian.. ahaha.. mereka bukan perlukan duit kita..tapi dengarilah mereka…tepuklah belakang mereka dan katakana.. “saya sudi mendengar…”

Doakan aku nak smbung master ni..<3

Insyaallahu taala
. . . . . . . . . . . . . .

Sunday, May 27, 2012

Pilihan Yang Ada

[Bismillah]
Assalamualaikum wbt
aku ada dua pilihan

1 : Terus Bekerja
akan aku senaraikan pro and conts


pro:
  • income tetap setiap bulan masyuk juge
  • tak payah buat assignment atau presentation berabok
Conts:
  • aku xdapat perform. ini adalah kelemahan diri
  • aku xminat. (org cakap kena grab all the chance...bersyukur apa yang ada)
  • aku xdapat kenal pasti peluang and sangat lemah..
  • ni bukan disadv syarikat ni..tapi aku la yang bermasalah

2. Master
pro: 
  • subjek yang nak dibuat adalah education psychology
  • still got scholar
  • stay in upm
conts:
  • duit mungkin menjadi masalah utama nnt (kereta dll)
  • work extraordinary
akan ada nant ujian-ujian yang mendatang
tabah dengan fitnah ini
tika terjadi sesuatu yang jarang berlaku
masyaALLAH susah sangat!
nak mujahadah
pertempuran antara iman dan nafsu
yaALLAH peliharalah aku..

Berita Hati ii- Tika Ia Masih Sakit

[Bismillah]
Assalamualaikum wbt
-28 May 2012, 9.49 am-
jangan biar nafsu "anjing" menguasai hatimu..tidak pernah bersyukur
tika kau menyedari hatimu jatuh gering
koreksi diri perlu dijalankan
adakah engkau sudah culas solat fardhu?
adakah engkau sudah culas berqiammullail?
adakah engkau sdah culas solat dhuha?
adakah engkau sudah culas puasa sunat?
adakah engkau sudah culas bacaan dan tilawah?

pedih ya dalam hati ni
rasa pedih itu tanda kasih Allah swt pada kita
agar..
jauh disudut hati kita tak pernah lupa Dia

Tika ia masih sakit..
tangisilah dirimu
atas dosa-dosa lalu
lihatlah tika 'raja' jatuh gering
akalnya akan lemah
jasadnya akan malas...


Friday, May 25, 2012

Berita Hati 1- Pertembungan Antara Dua


Assalamualaikum wbt
[25-5-2012,4:22PM]

Dilaporkan terdapat kemalangan berlaku antara kenderaan iman dan nafsu.
nafsu yang melanggar lampu merah akhirnya membahayakan iman yang ketika itu sedang eak memacu laju kenderaannya. iman yang kelihatan santai akhirnya dikejutkan *Bamm!!*
nafsu yang menggasak iman secara bertubi-tubi hingga iman lemah sekali.
Iman tika ini berada dalam keadaan kritikal..namun masih memiliki keazaman bagi terus bangkit memacu kenderaan iman bagi memastikan akhirnya ia akan smpai ke 'destinasi' yang dia tujui dengan baik
mendengar sokongan En hati yang memiliki azam yang kuat dan kak mujahadah yang ketika itu turut lemah..namun apabila memandang nafsu dan merasai kepedihan itu akhirnya sama-sama bangkit
semakin iman menginginkan mujahadah..makin mudah iman memacu kearah destinasi tujuannya
menantikan yang Maha Menyayangi nya..menjemput masuk dalam keadaan baik..
"jemputlah masuk wahai jiwa yang tenang dalam keadaan Aku redha kepadamu, dan engkau redha denganKu"

jika nafsu berani melanggar 'lampu merah' ALLAH..maka akan berlakulah kemalangan dasyat..samada akan ada kematian hati atau ke ICU atau cedera ringan....
waallhua'lam

Wednesday, May 23, 2012

Kepulangan yang Tiada Hujungya

[bismillah]
Assalamualaikum wbt

hidup ni seakan-akan  menanti-nanti akan satu kejutan yang ALLAH sediakan
kejutan yang kadang-kadangnya menyenangkan
namun kadang-kadang ia amat menyesakkan kerongkongan
memilih antara dua jalan yang asing
fikiran celaru..bingung...

 bingung sekali dengan persoalan-persoalan apa sebenarnya yang ALLAH mahu tunjukkan?
membuat pilihan antara dua jalan..hingga tersepit antara keduanya
Allah menyediakan ujian ini, bagi menyatakan "angah..kenapa engkau makin jauh dari Aku?"
sebagai tanda kasih..kebingungan yang diberikan
dan mengharapkan HambaNya datang kepadaNya dalam keadaan tulus mengadah tangan
melutut merendah diri

seperti kadangkalanya, manusia itu sendiri tidak memahami
jika dibuat pilihan itu, maka akan terbuahlah segala idea2 yang tdak pasti
memaksa Tuhan memenuhi segala kebutuhannya.
masyaALLAH..
astaghfirullah
hidup di dunia seperti di pentas wayang
bisa saja ALLAH menetapkan apa sahaja scene dan dialog
dan klimaks atau ending berdasarkan apa kehendakNya
jadi mengapa kita sering kali mengeluarkan tanda tanya ????

sedangkan ALLAH punya seluruh gambar puzzle dan sekarang, tugas kita menyusunnya kembali
menjadi seperti mana puzzle yang ALLAH dan aturkan...

angah, live your life
dont be sad.
you re big enough stubborn girl
life not gonna be easy
but trust in your heart
ALLAH is near and Most Listen to you

back to ALLAH !

Monday, May 7, 2012

Secret Ingredient

Assalamualaikum wbt

bila makan secret recipe..kek dan pasta 
pasti terasa macam "waoh..mst dalam ni ade ingredient yang osm"
sebab dalamnya ada "rahsia"

pastinya kalian mmbaca posku ini membuatkan kalian tertanya-tanya
"wah..apakah?" (imaginasi penulis)

MasyaALLAH , Allah menggerakkan  hati untuk membaca dan tangan untuk membelek satu majalah
"JOM!"

nak katanya
dengan adanya secret ingredient ni sume menda akan jadi best

bukan cukuplah itu sahaja maka semua akan jadi syok
..tapi dengan adanya resipi rahsia itu menjadikan ia lebih lazat dan 'kenyang' ...enhance the sense!

adoi..penatnye nuleh dengan bahasa macam ni
baik

pernah merungut usrah xbest?
pernah merungut pergi program xbest?
xdapat pape pon dari daurah?
rasa kenapa ukhwah xbasah bila dalam program atau dalam usrah?
pernah rasa xmau pergi program atau usrah sebab muajih atau naqib/ah yang xsyok
atau memberi taujih menda yang kita dah tahu
[bosan dan rasa ilmu dah banyak]

ni aku nak kongsi resipi rahsia
nak tahu ape?
haha!
pastinya ia adalah rahsia...kalau rahsia xkan nak gtau kan
adoi!
ok2..dalam islam ilmu xleh jadi rahsia..
jangan jadi macam ahli kitab yahudi!

RESIPI/ BAHAN RAHSIA YANG AKAN MENYEBABKAN SEMUANYA SYOK ADALAH:
IKHLAS


alah..aku biasa dengar lah tentang ikhlas tu. asyik2 ikhlas
ha ah..mmg benar kata saudari..aku pon dari awal tarbiyyah sampai sekarang masih sedang mencari erti ikhlas
sebab nak belajar erti ikhlas tu sangat sukar
namun amal akan dinilai denga IKHLAS
semuanya bermula dengan IKLAS
carilah erti ikhlas...berdoalah kepada ALLAH


kenapa dengan gambar ni?
nak tahu kenapa..?
sebab dari susu yang keluar dari haiwan ternak ini terdapat tanda-tanda kebesaran ALLAH swt
bertapa Allah memberi nikmat anugerah yaitu susu yang keluar tidak bercampur dengan darah sedikit pon
itulah makna ikhlas..
apa yang kita beri pada ALLAH bersih! suci!
tak bercampur apa-apa yang lain selain dari NYA

dengan adanya IKHLAS akan menyebabkan segala apa yang berlaku kita akan rasa best
sebab kita buat kerana ALLAH
apa yang berlaku ada campur 'tangan' ALLAH
usrah xsyok? baiki lah ia..bergeraklah utk menggerakkan gerabak best yang anda idam2kan
berilah teguran kepada naqibah dengan baik
berukhwah lah dengan IKHLAS
daurah xbest?
cadangakan apa yang best..
jadilah manusia Rabbani (ALLAH oriented)

andai sahaja...
bayangkan susu yang kita minum bercampur darah?
waallahua'lam




Release

[Bismillah]
assalamualaikum wbt

sekarang BU kelihatan indah
dari segi luarannya 
nampak kemas, lantai sudah disalut tikar getah hasil infak dari akhwat - barakallah
dinding sudah dicat2..pink dan cream..-perempuan la katekan (i m not pinknatic)
pokok2 menambah seri dan oksigen di dalam rumah

ALLAH ade menegur para pencakap
"wahai orang yang beriman, kenapa kau tak kerjakan apa yang kamu katakan"
As-saff :3

dah dua pagi x ma'thurat jamaie...adoi..terkesan..esok aku nak bangun mathurat sesama ngan housemate. walau aku xbangun xde pon orang nak iqab aku.. :( quite sad.. tapi aku iqab diri sendiri jela
baca ma'thurat kubra !

oklah
sekarang ni janji aku dengan ALLAH swt bukan dengan manusia
dan aku akan disoal dengan apa yang aku lakukan dan tulis ni


beberapa mggu lepas, aku ambil satu tindakan selepas seberapa lama menantikan orang tengah membantu untuk menegur 
merasakan ade sesuatu yang menggesa diri ini utk bertindak
sepanjang penulisan warkah itu, aku berdoa pada ALLAH agar niat ini tidak dipesong oleh syaitan yang menjadi fitnah pada aku
aku berdoa Allah melembutkan hati siapa yang terbabit

dalam warkah itu,. 
aku memohon maaf padanya andai kata-kataku ini berat baginya utk menerima
namun aku terpaksa mengatakan ia walau ia pahit
aku katakan aku menulis ini kerana aku kasih padanya

dan akhirnya selepas surat itu aku sisipkan padanya, 
tidak seberapa lama selepas itu
aku dapat balasan surat itu di peti surat muka buku ku..
alhamdulillah..dia mengambil nasihat dengan baik
aku mengatakan yang janganlah melihat pada aku yang bnyak khilaf ini sbgai penasihat namun lihatlah apa yang aku nasihatkan.

aku tak mengharapkan ucapan terima kasih
cukuplah tawakal aku pada ALLAH yang memegang hati2 manusia ini
aku berlepas diri selepas aku mmberi nasihat 
kerana ALLAH lebih Maha Tahu ttg apa yang aku tahu (sedikit tu)...
waallahua'lam

dalam nak menegur manusia, kekangan besar adalah keyakinan kita memegang prinsip dakwah dengan kasih sayang tu.
kita selalu teragak-agak dan selalu sahaja nak keputusan yang penuh dengan keajaiban bila menegur.aku banyak belajar dari kekhilafa ku menegur akhwat, menegur adik-adikku
dan pastinya jalan tarbiyyah ini penuh mehnah dan tribulasi
syaitan2 akan bersesak2 mahu menghasut jiwa yang inginkan kebaikan..
jangan takut dan jangan bersedih
ALLAH bersama kita!

ALLAH knows best!