maka apa sahaja persoalan dan gaya soalan, maka jawapan nya cuma 2..
ya atau tidak..
malu pun ada 2..bertempat atau tak bertempat.. (haish..macam...macam)
Abu mas'ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri ra berkata, Rasulullah saw bersabda,
"Sesungguhnya sebagian dari apa yang telah dikenal orang dari perkataan kenabian yang pertama ialah, 'Bila engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendak hatimu.'."
malu sebahagian dari iman..
malu akan membatas kan kita melakukan sesuatu..
jika tak kena pada tempatnya..maka malu tak bertempat namanya..
pernah la kena tembak 2 3 das..sebab malu seperti diatas...
memang betul kalau malu, ia akan membataskan..(jangan tiru sikap diatas yang semestinya tak bertempat,,kalian dan aku harus berani..berani dalam menyatakan kebenaran..berani bertanya bagi menerang jalan..berani untuk berubah kearah yang lebih baik..)
andai tiada malu, maka buatlah sekehendakmu..
berkongsilah dengan semua orang..
gamba aksi manja..dengan jelingan mata keatas (trend budak zaman sekarang) untuk mendapatkan effect mata lebih besar bagi yang ada rasa2 semacam mata dia itu cantik..dan memang sesuai untuk ditayangkan...bukan untuk mentadabbur alam..
senyuman manis dari bibir merekah bak delima tak masak..
yeah..upload la banyak2 dalam facebook..
ada boyapren merupakan kebanggaan..memandangkan amatlah sukar untuk bertemu dengan kaum adam yang ramainya menuntut di pudu dan yang sama taraf dengannya..
hai anak gadis...buatlah sesuka mu andai tiada malu lagi...
sudah cukuplah.aku menegur diri ku buat kali ini..
maaf andai rasa mual..insyaALLAH..teguran diatas adalah buat diri yang dhoif ni...
dikisahkan ada sebuah kapal..ada bahagian atas dan bahagian bawah..mereka yang berada di bahagian bawah , bila sudah kehabisan bekalan, mereka mendaki keatas untuk mengambil bekalan..penat dan lelah..bersusah payah hanya untuk mendapatkan bekalan air dan makanan...tapi..mereka yang diatas..yang bersenang lenang..merasa cukup selesa..berpasung tangan..mendapat secukupnya cahaya..bekalan mencukupi..boleh buat BBQ kat atas dek...apa salahnya mereka yang diatas sama2 membantu yang dibawah..andai yang dibawah memerlukan, hulurkan bantuan..namun, apabila mereka melihat yang dibawah bermandi peluh dan sesekali mengharapkan pertolongan merek..sayang seribu kali sayang, mereka yang merasakan diri mereka cukup bersih dan high class casta ..memandang hanya satu mata mereka yang dibawah dengan jelingan yang penuh rasa jijik...
"kau sudah kotor..jangan dekati aku..!" bentak mereka yang diatas..
hinggakan satu masa yang dibawah merasa,
"cukuplah disini..aku sudah penat..mengharapkan manusia yang diatas..kita bukan siapa2..mereka cukup bahagia punya Tuan..tidak kita..kita jijik dan hina..maka sama sahaja bagi kita walau dimana pon kita.."
maka bersyuralah mereka mngenai bagaimana mereka dengan mudah untuk mendapatkan air ..tanpa perlu bersusah payah lagi naik keatas..penat..mereka amat tenat..untuk mengharap dan memandang jelek wajah2 mereka yang exclusive diatas..
"pada pandanganku, apa kata kita tebuk saja lubang pada kapal ini..kemudian kita pasang la kepala paip..jadi, kita boleh dapatkan air dengan mudahnya.."
"wah..cadangan yang baik..ayuh gempur!"
apalagi..tenggelamlah segala isi kapal..tiada satu yang tinggal..akhirnya..yang diatas yang merasakan diri mereka exclusive tenggelam bersama mereka yang mereka merasakan jijik itu..
moral:
para duat, jangan merasakan diri antum adalah golongan berkasta tinggi atau antum adalah dari golongan exclusive yang dipilih ALLAH.. sperti yang berlaku pada yahudi laknatullah
antum yang bertanggungjawab menasihati mereka2 agak tidak menjerumuskan diri "menebuk kapal" sebagai jalan singkat mendapatkan kesenangan..dan akhirnya antum jua yang rugi dan lemas bersama dalam kapal..
adakah muka anda dan (er..ana sendiri) ceria seperti itu bila hadirkan jasad dan hati ke halaqah usrah..?
atau jasad sahaja yang diheret...namun hati menjauh pergi tanpa diikatkan bersama2 hati2 yang lain...?
dengan penuh keihklasan menghadiri usrah...nak cas iman katanya..
tengah2 hujan sanggup tunggu..bas lambat ~~tetap tunggu.. kelas malam..abeh lambat..nak jugak p usrah..5 minit terakhir pon tetap nak p usrah..
ada training army, rasa serba salah sebab tak dapat p usrah..antara training yang meningkat pemecahan lemak dalam badan atau usrah yang harapnya dapat meningkatkan takwa kepada ALLAH..punya 2 pilihan yang kedua2nya baik..maka imbalan iman amat diperlukan...mana satu pilihan yang lebih mendekatkan diri dengan ALLAH..
mampu kah aku menjadi seperti yang diatas??
usrah dan usrah..dan...usrah
"jika antum rasa seronok bila dapat usrah..rasa rindu yang tak terungkap..jadi kenapa tak mau kongsikan rasa bestnya usrah dengan yang lain..if tak seronok tu la yang menyebabkan kita tak ajak orang lain joen usrah gak tu.." kata pak ustaz
sambungnya lagi..
"sapa orang kedah? apa makanan yang best kat kedah?"
"kuey teow kungfu kedah paling best didunia" jawab anak muridnya yang sedang demam.
"haa..kalo kuey teow kungfu kedah best, kita mesti nak orang lain cuba jgak kuey teow kungfu tu..apatah lagi kita yang dah pernah makan ni..mesti nak kongsi and promote kuey teow kungfu yang terbaik didunia..tak der yang best selain kuey teow kungfu kedah... mana2 kita p mesti kita tak terlepas dari khabarkan yang kuey teow kungfu tu best..promote semahu2nya..let's the world hear..!"
sambung pak ustaz lagi.."begitu juga usrah..jika kita rasa keseronokkan menghadirkan jasad dan hati ke usrah kita..maka sampaikan dan kongsikan dengan semua orang yang usrah itu amat berharga..bia semua orang rasa..but if, ada orang tak suka 'kuey teow kungfu' maka bia dia buat 'pilihan lain' yang mungkin sama enak dengan 'kuey teow kungfu'..tapi akhirnya membuatkan dia terisi jiwanya (ruhhi) bukan perutnya sahaja.."
jadi para2 duat..sampaikanlah yang usrah itu adalah tempat berkumpulnya hati2 yang ingin mencari redha ALLAH..dan ia salah satu madrasah tarbiyyah yang kita akan dapat stiap minggu.. recharge ur iman...
dah lama tak naip artikle..artikel untuk floormate..
saja nak share..
ini artikel 1st ana post bawah pintu floormate..keja yang sikit harapnya mendpat imbalan dari ALLAH..
Salam....ukhti ..
Alhamdulillah...bagaimana test 2? Berjalan lancar?
InsyaALLAH segala kepayahan dan kemudahan itulah yang banyak mengajar kita erti ‘campus life’ yang mungkin ada yang amat excited bila 1st time dapat tawaran masuk UPM yang penuh berkat ni..tapi bagi yang terasa UPM adalah pilihan yang salah...maka jawapan yang saya bagi pada uhti adalah ...La’ (tidak).. sebab ukhti dah memang terpilih.. u are the chosen one...ALLAH choose you to stay in UPM. Sadarilah hakikat itu. Pernah tak terasa amat bertuah bila dapat jejakkan kaki masuk UPM ni..??UPM ‘green campus’...pernah? yeah!! Kita berkongsi rasa yang sama..
Memang betul, kalo kita tak duduk and renung kejap, kenapalah ALLAH pilih kita kat UPM, kita takkan tahu sebab pe. Bagi ukhti yang dah nak abeh blaja dah...masih belum terlambat...jangan risau..sebab..selagi nyawa dikandung badan, jasad masih mampu bergerak seizinNya, maka ukhti masih punya waktu. Silalah fikir..tapi kalo rase buang masa, tak per...tak penting sangat..sebab berfikir tentang kematian dan bersiap sedia meghadapinya adalah lebih utama...Kekasih kita _ Rasullah saw pernah bersabda..”orang yang paling bijak adalah yang selalu memikirkan kematian dan membuat persiapan untuk menghadapi saat kematian tersebut...”
Syukurkan, KITA yang terpilih...tapi bagaimana sahabat2 kita yang kat luar yang masih lagi terumbang ambing dengan kehidupan luar yang kita sendiri tak jangka apa yang mereka lalui...KITA manusia yang amat bertuah..dalam ramai2 manusia yang apply UPU hari tu, dalam ramai2 yang apply nak masuk UPM, dalam ramai2 yang pilih kos tu...KITA yang dapat...!! WOW tak???WOW kan!! Eh2..silap...ALHAMDULILLAH...(**kalau la mungkin saya dah terlambat untuk post ‘blog’ atas kertas ni, maaf yer..)
Tulakan..kadang2 kita terlepas pandang..memang perkara ni nampak remeh.. tapi, adakah ALLAH meletakkan kita kat UPM atau dalam skop yang lebih besar, dunia ni...adalah hanya untuk sia2? Jom kita semak Quran, surah AL-Mu’minun ayat 115...ALLAH telah merakamkan ayat yang amat menarik kat situ...
"maka apakah kamu mengira bahwa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud)dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Ok, kat situ dah sah2 kita tgok apa yang ALLAH dah kata kat kita, yang sebenarnya ada sesuatu yang kita kena buat...sebab kita diciptakan bukan untuk sia2..betol tak? “Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa” Al-Baqarah : 2
Orang yang sia2 tulah orang yang rugi di dunia dan di akhirat yang kekal abadi..Nauzzubillah..doakan kita tidak temasuk dalam golongan yang sia2..apa yang menakutkan sangat bila jadi orang yang sia2 ni? Sebenarnya bertapa ramai orang kafir yang menyesali perbuatan mereka di bumi kerana mereka tidak beriman..mereka inilah orang yang sia2 ketika dibumi..dimana bila saat kebangkitan semula di padang mahsyar - yang luasnya tidak dapat kita bayangkan panasnya, tak dapat kita jangkaukan di akal yang waras ini, lautan manusia dari kaum nabi Adam hinggalah kaum nabi Muhammad saw dikumpulkan – orang2 kafir pada saat itu berharap yang mereka dapat dihidupkan kembali ke bumi dan mereka akan beriman jika masih ada peluang... tapi semuanya terlambat..soal diri kita, adakah kita mahu menjadi seperti orang2 kafir itu sedangkan kita ada Al-Quran dan telah membaca AL-Quran..?
La’ bukan? Kita tak nak jadi seperti mereka2..jadi, mari kita fikir balik apa yang menyebabkan kita tak jadi manusia yang sia2...sebab ALLAH cipta kita bukan untuk sia2...sebab tugas kita adalah:
1.Beribadah..
·“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” Az-zariyat: 56
·Nah, ALLAH dah state dalam Quran...=)
·Tapi janganlah kita rigidkan fikiran bahwa ibadah hanya solat, puasa, zakat, p haji jer..(ibadah khusus)
·Sebab, ibadah ada stu lagi yakni ibadah umum..kehidupan seorang muslim darpada bangkit tidur sampai nak tidur balik sebenarnya SEMUA ADALAH IBADAH jika semua itu diniatkan kerana ALLAH..mudah secara teori dan tak mustahil semua boleh dipraktik (lakukan) sebab kita semua berasal dari fitrah yang sama..sukakan kebaikan..=)
·Pergi kuliah, masuk kelas, keluar kelas, g cafe beli makanan, makan, minum, turun bus, naik bus, basuh kain, tidur, STUDY, jawab exam, susun kasut, iron tudung, iron baju dll...(*banyak sangat ibadah yang kita boleh buat dengan syarat KERANA ALLAH)
2.Khalifah (pentadbir)
·“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,”Aku hendak menjadikan khalifah di bumi....” Al-Baqarah:30
·Khalifah bukan hanya menjaga kebersihan sungai, jaga kebajikan haiwan yang pupus, tak buang sampah merata2,mejaga hubungan ngan manusia (na’am (betul), semua tu penting...tapi ada lagi yang lebih penting...yaitu amar makruf nahi mungkar... (mnyuruh kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran/maksiat)
*** Jadi? Penting sangat ker?
****Jawapannya na’am!.sebab kalau bukan kita yang menegakkan islam, maka siapa lagi? Kalau bukan diri kita yang nak jadi baik, maka siapa??? Kalau bukan kita yang meneruskan tugas Rasulullah, maka siapa? We are muslim..wake up young muslim!! Tanya iman di dada..sebab kuasa merubah ada ditangan ukhti..
*****dah tahu, insyaALLAH sama2 amalkan...=)
Waallahua’lam
By_hidayah130
p/s:
artikel diatas adalah salah satu dan article pertama yang ana post kan untuk floormate..ketaq la jugak masa nak post bawah pintu mereka2 yang bertuah..hehe...balik2 bilik terus terduduk..puas..aku dah mula kan dah! every week ana hantar..insyaALLAH..disebabkan ana dah mula pon lambat, sem depan kena hantar 2 article a week la..harap2 tak der orang mual baca article ni..
timbul gak kebimbangan di hati..dan ini amaran ALLAH bagi yang kata tapi tak buat..
"Jalan dakwah ini ibarat sebuah kenderaan. kenderaan yang akan meluncur laju bergerak ke ultimate mission (tertegakknya syahadatul haq dan kalimah ALLAH dijulang tinggi atau syahid dipertengahan jalan)..antara kita mahu bersama dalam kenderaan itu atau tidak, atau mahu tercicir dipertengahan jalan makanya..terserah kalian..kerana kenderaan itu tetap akan dipandu oleh Hamba2 ALLAH yang terpilih..akhirnya islam kembali terjulang (Ustaziatul Alam) "
baiklah..cuba bayangkan anda adalah bapak budak tu..agak2 pe reaksi anda bila anak cakap mcam tu?
mari kita lihat apa kata mereka..;
"kakak,bia benar tak mau p sekolah?"
"siti, pergi sekolah..jangan nak mengada..owh..nak ponteng la tu."
ataupun..
"kakak, kenapa cikgu kakak suruh buat macam tu?kakak tak nak p sekolah?tak seronok ke blaja kat sekolah? cbe cerita ngan bapak.."..
jadi mana satu adalah anda?
hahah..bagi seorang bapak yang critical thinking, dia tak akan membuat conklusi yang anaknya itu mau ponteng..mungkin ada sesuatu yang 'tak kena dengan sekolah' yang menyebabkan anaknya refused tak mau p sekolah walaupun anda mungkin akan terperangkap dengan kata2 manis anak anda..:
"the teacher said, i should learn to think for myself. i think i'll stay home tomorrow."
nampak macam "geniusnya anak aku..~~bla2."
tapi hakikat ibu bapa yang cakna dan critical thinking mereka tidak akan membenarkan saja anak nya begitu..tetapi mengambil tahu apa yang menyebabkan anak tu cakap mcm tu~~
yeah..well..kat atas ni pon one of example for critical thinking..
orang yang critical thinking tak akan terus menjawab segala persoalan tanpa berfikir terlebih dahulu..
sebagai contoh:
lelaki dan wanita mana yang lebih kuat..?
ada yang jawab..:
"subjektif untuk dijawab.."
"well..of course la lelaki.bla2.."
atau..
"mmmmmm..kuat dari segi fizikal or biological?"
nah...nak yang mana?
'jawapan' ketiga tu lebih critical thinking. ya memang benar guys lebih kuat secara fizikalnya lah..
wanita juga kuat..10x ganda menahan sakit dari lelaki..
conlusinya:
setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan...ngeeeeee~~
[ana tinggal program MISI 5 hari..jadi banyak slot ana tertinggal..asif tak dapat la nak upload~~]
HARAPNYA ANDA DAPAT SCROLL DAN BACA SAMPAI ABEH PART NI..
bab SH ni memang panjang..seingat ana 2 hari masa 1st time ana dapat kat KLIA dulu..
kali ni ana dapat lagi..malu gak ngan diri sendiri sebab tak banyak yang berbeza (dari segi amal ana sendiri)..ana ada soal diri ana.."seberapa ramai dah manusia yang kembali pada jalan ALLAH lepas ana denga SH ni?" semestinya tak ramai..atau mungkin lebih teruk lagi..tak ada sorang pon..
secara ringkasnya...SH adalah
once anda mengucap syahadah dan mengatakan "LA ILLAH HA ILLAALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH" maka tugas anda bermula..hmm..ingat lagi tak bila anda mula mengucapkan syahadah? adakah anda telah melaksanakannya?
SYAHADAH itu adalah penyaksian kita bahawa ALLAH itu Tuhan kita, dan tak akan kita sekutukan dan memastikan kalimah-Nya tertegak..dan kita juga bersaksi yang Muhammad adalah Rasul dan baginda adalah qudwah kita.maka apa yang Baginda lakukan, itulah yang kita akan lakukan..apa yang ditinggalkan..itulah yang kita akan tinggalkan...
laksanakan apa? yeah! tepat sekali..ajak orang kembali pada ALLAH dan tak meng 'ILLAH' kan benda lain selain ALLAH..atau dalam bahasa mudah..DAKWAH..
ILLAH lain selain ALLAH adalah apa2 saja selain ALLAH..salah satunya adalah...jika anda (nauzzubillah)terlampau cinta dan setia pada boyfren,setiap kata boyapren dituruti, setiap arahannya terlaksana, bimbang ditinggalkan..maknanya, anda telah meng'ILLAH' kan boyapren anda..ya mungkin anda kata anda tetap solat..tapi fikir balik mana priority anda? boyapren atau ALLAH?
bila orang dengar perkataan dakwah..akan ada rasa jengkel.."apa hal lak nak dakwah2..tabligh kan ada.." "hal aku, hal aku..hal ko, hal ko ar..".."kubur masing2!"
jika ayat diatas pernah anda dengar, maka ketahuilah bahwa setiap tanggungjawab yang ALLAH amanahkan pada kita akan ALLAH tuntut..di akhirat kelak..kerana tugas ini adalah bagi mereka yang telah membuat penyaksian..ALLAH akan menjadi hakim, dan Rasulullah pula adalah saksi...
surah al-baqarah: 143...."Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas(PERBUATAN) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...
ya..anda boleh saja mau melihat maksiat (APA2 MAKSIAT DAN SEBARANG KEMUNKARAN HARUS DICEGAH..DAN KEMBALIKAN SEMUA MANUSIA DIBAWAH UNDANG2 ALLAH) didepan mata anda, dan membiarkan sahaja..tanpa apa2 action..tapi dosa pendosa itu juga akan anda tanggung..jangan rasa tak terkejut pulak bagi yang tak pernah tahu hal ni..bagi sesiapa yang menyorokkan yang hak (kebenaran)maka diakhirat ALLAH akan mempersoalkan hal ini..
tugas kita hanya menyampaikan..jadi mahu bagaimana mereka yang tidak tahu itu atau yang buat2 tidak tahu dosa dan pahala maka terserah pada mereka dan ALLAH jua yang mengurniakan hidayah..
memanag ia bukan mudah..tapi sampai bila kita nak ambiL mudah saja..?
ikhtilat adalah masalah remaja zaman sekarang..tiada kawalan..mak bapak sporting.. semua dikatakan "tak per.bia la anak aku tu.nant kawen lambat lak anak aku kalo tak der pak we.."..yerk!!!masakan tidak..makin bertambah2 lak anak luar nikah hasil penzinaan dilahirkan ..
ikhtilat adalah "pergaulan silang jantina" antara lelaki dan perempuan and vice versa
"anak2 muda nak ikut barat..nampak lebih moden..tapi ingatlah..hai anak muda..kegembiraan yang sekejap tetapi sengsaranya lama disana"
pergaulan yang melampaui batas2 agama, makanya timbul masalah2 sosial kat negara malaysia ..negara islam..lari dari rumah ikut 'boyapren', lahir anak luar nikah, bunuh pulak anak yang tak bersalah.tak tahu mengapa tubuhnya dibuang..dimakan anjing, dibakar...hina dina wanita yang melahirkan, anak yang suci dibunuh..
come on! open ur eyes!!!
hukum ikhtilat : haram..
tetapi pengharaman hukum bukan dengan nas tsorih (lansung& tepat) tapi melalui hukum2 lain berkaitan dengan wanita..
hujjah:
**larangan musafir bagi wanita yang tanpa mahram
** haram berkhalwat silang jantina ajnabi
** wanita tak wajib solat jemaah (bimbang timbul fitnah)dan solat jumaat
**tak wajib juga buat wanita untuk turut ke medan jihad kecuali atas alasan2 tertentu (sperti khaulah, asma' abu bakar, rafidah *jururawat*)
** tegahan wanita berjalan seiring dengan lelaki
kami mendapat teguran dari ustazah arfah :
dalam progrm macam ni make sure ada akhawwat dan ikhwah yang suami isteri yang menjadi perantara antara akhawwat dan ikhwah yang ajnabi..
itu lebih dekat dengan syariah
matlamat tak menghalalkan cara
jauhi ikhtilat kerananya ALLAHtidak merestui hubungan yang haram dan tak samapiakn apa yang kita gerakkan...
tingkat kearah maksiat:
bertemu
senyum
beri salam
berkenalan
berjanji untuk bertemu selalu..
perjumpaan pertama akan di'drag' kan ke pertemuan yang lagi dan lagi...
sila refer surah An-Nur ayat 30-31.
"katakanlah kepada laki2 yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. sungguh, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman , agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat....."
dan ada hadis Rasulullah saw: "tak akan menyindiri seorang lelaki dan perempuan melainkan yang ketiganya adalah syaitan" menundukkan pandangan:
haram meihat aurat atau yang bukan aurat
"wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandanagn ( yang pertama) kerana yang sesungguhnya yang pertama itu adalah bagimu sedangkan yang kedua itu berdosa.." Rasulullah saw.
"jika mampu berkahwin, maka berkahwinlah. jika tidak maka berpuasalah." Rasulullah saw
bagi akhawwat elakkan berusrah hingga lewat malam..
2nd day ada talk bout public speaking (PS)~akh awang armadajaya.. peguam bela..memang minat bercakap dan berpidato since sekolah rendah lagi.. self confident..tak yah cakap ar..confident2..
sekitar public speaking~
hadis 34 :terdapat sarana bagi para duat yang telah berjanji untuk menegakkan syahadatul haq..ubah kemungkaran dengan tangan (authority), option lain adalah dengan lisan (pengucapan awam/ penulisan) dan tegur dengan hati..dan itu selemah2 iman~
matlamat dari pengucapan awam ni..
nak menarik perhatian penonton
untuk sampaikan mesej
yang paling penting nak pengaruhi penonton
PS ada banyak..beri taklimat, pidato (mmg tujuan nak pengaruhi audience, kalo tak influence audience thats mean pidato tu uneffective), even jadi MC pon part of PS..debat/ perbahasan pon~ termasuk jugak presentation.
general rules:
faham topik dan cari jalan untuk faham
kenal penonton ~sensitif dengan sapa yang kta tgah comunicate
duna bahasa yang sesuai
penyampaian yang mudah difahami
gaya mesti menarik..
how to built self confidence?
bila kita rasa macam ada rama2 terbang dalam perut ni..yang penting kita fokus on what we wanna talk..so?
prepare urself..
improved ur english..
kuasai topik yang ingin disampaikan dengan holistic..
selalu praktis depan cermin. bila cakap depan cermin, kita tak kekok bila didepan kita nampak ramai orang
kalo nervous jgk...amek pen, pegang, letak kat belakang (audience tak nampak) maka goyang2 kan pen berkenaan..maka gementar anda akan tersalur pada pen tu...mantapkan~~
cane lak kalo tetiba banyak lak idea..merojak dalam kepala..makanya,
catit point yang berkenaan
buat mind mapping
point merangkumi
*topic sentences
*takrifan/ maksud
*penjelasan
*huraian/contoh
tips2 dpat cakap fluence..: ^" think faster that you talk.." drag the word..
selain dari tu.ni tips berguna bagi anda: #ada self confidence nak cakap kat depan #dapat fikir dengan pantas #guna bahasa yang indah #bina hubungan komunikasi dengn penonton..
~~sebenarnya kami telah diberi task untuk berpidato kat depan dan berbahas..
moral: ~ as a daie, u need to prepare urself with current issues.. ~read a lot ~upgrade ur english
ni hotel '5 star' kami masa kat MISI.hotel 5 Abdullah Zubair.hebatkan..hebat..terasa roh Abdullah Zubair, anak kepada Asma' Abu Bakar dan Zubair al-Awwam..masyaALLAH..ini amatlah mencukupi buat kami merasai keperitan hidup fakir miskin diluar sana..tidur beralaskan simen..or even hanya embun menjadi alas...sejuknya menyucuk ke tulang..nyamuk datang menyanyi tepi telinga.sesekali ia mengisi perutnya..ada juga yang syahid kena lenyek.. tak dapat tidur lena 2 minggu. masyaALLAH aku rindu semua itu..sangat rindu..
~~malam sebelum pergi.. ana tak dapt tidur..mesej ukhti khaulah tak terbalas..handphone di 'silent' kan..berat sekali..entah kenapa bila dapat tahu wakil UPM hanya seorang buat ana rasa berat hati..lampu bilik dah tutup..syu kat meja tulis ag..tapi diri ini masih lagi resah..kiri kanan ana pusing mencari bearing yang tepat..ana termenung memandang kipas yang berpusing 360 degree..bilik sunyi.hanya kedengaran deruan kipas yang berpusing 24 jam tu..
"MISI..MISI..MISI..."rengus hati ana..
"bagaimana akhawwat kat sana? dapat ngam tak..?"
"apa yang akan berlaku dalam MISI nanti?"
"apa yang aku akan dapat nanti?"
"bagaimana pulak dengan niat aku nak pi MISI? sebab nak jumpa akhawwat jer ker? kalau TAK napa rasa berat? kenapa perlu fikir bagaimana nanti akawwat kat sana? mereka juga akhawwat yang sama2 di atas jalan ini..apa yang membezakan kita hanyalah pada nama dan rupa paras dan juga tahapan takwa yang menjadi kayu ukur..tak kira siapa pun ukhti tu..perlu berukhuwwah..atas dasar LILLAHI TAALA..atas dasar satu aqidah..kerana mereka dan akuu mahu berada dijalan ini..sama2 mnegemban dakwah Rasulullah. JADI, kenapa aku nak pening kepala fikir tu semua..persetankan semua tu..persetankan!..itu propaganda syaitan yang membuatkan aku menggila sebentar!...BAIKLAH..aku nekad p esok..!!no matter what happened!"
alhamdulillah lepas tu boleh lelap..masyaALLAH..
esok paginya ana msg ukhti khaulah..kami bertolak pkul 11++ am nak dekt kul 12 dah ase..alhamdulillah..dalam perjalanan p sekolah HIra', ukhti khaulah pasang video MISI masa dalam kereta..video MISI masa batch dorang dulu.
"ni video ktorang. tengok la nanti dapat view skit apa yang akan dapat kat sana.."
ana amati video tu..masyaALLAH..ini yang akan aku lalui nant..
sedia fizikal dan mental..not a big deal..~~
one of funniest moment in my life..ana terasa diri ni semacam anak kecil yang baru daftar sekolah rendah or even lebih rendah lagi..tadika! haha..tak patut betul..macam2 pesanan keluar dari mulut 'ummi' dan 'abi'..
"dayah ok tak?"
"makan elok2.."
"kawan baik2.."
"kalau kena gigt nyamuk, panggil kak farah..."
kalau itu dan ini...bla2..bla2...reaksi ana tersenyum dan mengangguk sahaja..kadang2 merungut..haha.."terasa macam budak tadika nk masuk daftar.."
[to: ukhti khaulah, ukhti kauthar..jazakillah.sebab banyak bantu ana..sanggup hantar ana p MISI..layan segala pertanyaan...oh ya..spa bayarkan yuran..?]
ana makan, then,mereka pulang..tinggal ana sorang2..tapi tak kesepian..akhawwat2 lain ada..
tinggal dalam bilik akhawwat B, jadi ketua bilik~~heh..
ahli2nya sering kali bertukar..ada yang check out, ada yang baru check in..bertemu dan berpisah kerana ALLAH..~~
(p/s: aku sayang, rindu kalian..tak terucapkan ~~benar!memang benar aku rindu pada kalian!!)
berada dalam satu bilik bersama kalian, (soffiyyah, fahimah, ain, humairak, nusaibah, aini, kak cik, erni, fatimah, sarah, husna, suhaylah,nadiah, aisyah dan ramai lagi..) merupakan kenangan yang terindah..kejut bangun qiam, berborak pasal slot bersama, berkongsi cerita, ketawa ceria, melepaskan penat dengan meluahkan isi hati, menjaga satu sama lain..tak terluahkan dengan kata2..ukhuwwah ini harapnya sampai akhir hayat nanti~~
petang dan malam hanya ada taklimat mengenai MISI~~
p/s:
nanti akan di post mengenai slot yang kami lalui kat MISI..harapnya dapatlah apa yang bermanfaat~~
"lepas abeh memanah kami siap2 untuk asar..makan2.. kemudian malamnya ada resolusi explorace untuk half group..group seterusnya keesokkan pagi..alhamdulillah..berjalan dengan lancar.. pas asar kami ada activity besh..flying fox..masuk dalam lumpur..pastu kena nyanyi lagu gelombang keadilan..[mana la aku nak tau..tak penah dengar..] masa flying fox(1st time)nak muntah pon ada jugak..mula2 macam seronok..bila pandang jer air kat bawah terus pejam mata..nak muntah~~ gayat amat..terus jer pejam mata..haha..budak2 ni cakap, "napa pejam mata..kang dah tak dapat tengok alam sekitar dari atas..."
"haish..tak per la..dari pada rasa mual..baik pejam mata..~~"
""pengalaman yang amat sukar dicari..aku merindui setiap saat bersama kalian..sungguh..sukar mencari kenangan yang begitu indah..kita yang sama2 mengemban dakwah ini..bersama2 berjuang..aku cinta kalian kerana ALLAH ...maaf kan diri ini yang banyak melakukan khilaf..."