dig into the CAVE

Showing posts with label buat diriku. Show all posts
Showing posts with label buat diriku. Show all posts

Monday, January 10, 2011

hidayah itu

bismillah..


hidayah itu, jika ia menyapa...sambutlah
jika tidak dia berkecil hati

hidayah itu, jika mahu merasai manisnya ia..rasailah sendiri
jika tidak manisnya akan pergi

hidayah itu hadiah berharga..jagai lah ia
jika tidak hilangnya mungkin berganti..

hidayah itu jika difahami...
kita akan mengerti

hidayah itu amat sukar digapai
jika ia kepunyaan mu, tahulah yang ia indah tak terungkap

hidayah itu, jika disia2kan..
ia akan pergi menjauh


hidayah itu bukan tika futur kita cari

namun terkadang...

hidayah itu mungkin datang pada mu tikamana dirimu  merasa bersalah dan lemah

hidayah itu mungkin datang pada mu tikamana ALLAH memberi berpikul2 masalah

hidayah itu mungkin datang pada mu tikamana dirimu merasa rungsing..kosong sekali

hidayah ALLAH itu dimana2...

cuma bilamana kita pejam mata tutp telinga...
hidayah itu pergi..hilang,..

tapi jika ia dicari, percayalah Tuan empunya hidayah akan mengurniakannya kepada kita

cari la Ia, peliharailah Ia...

kerna ia hadiah bermakna dari al-Khaliq

Friday, September 24, 2010

jangan tinggalkan mereka

salam

ana pernah baca satu buku..
dalam buku tu cakap
if kita ada kawan yang bermasalah.
jangan tinggalkan mereka..
boleh jadi titik tolak perubahan mereka sebab
malu dengan kita.
.insyaALLAH
bergaullah dengan baik bersama mereka..



"jika seseorang menerima hidayah melalui kamu, itu adalah lebih baik dari isi langit dan bumi.."

insyaALLAH menjadi hamba soleh dan men'soleh'kan..

Sunday, July 4, 2010

tiada yang lebih susah selain berubah

salam..ni mungkin menjadi sesi luahan perasaan..

maaf bagi yang mual nak baca..

hmmmmmm..

keputusan ini bukan mendadak..tapi ia dah lama bergejolak dalam diri ana sendiri..
mula-mula tak rasa sangat la untuk perubahan ini..
sebelum ni naqibah ana ada cakap..buat timeline..bila kita nak berubah sikit2..
memang timeline tu bagus..schematic..dan memang buat kita rasa macam..

"baiklah, aku kena achive that target and what ever happen kena jugak ikut.." haha..

tapi apa yang ana lihat dari pengalaman ana sendiri..perubahan tak jadi sukar bila mmg kita nekad dan tahu kenapa perlu berubah..

kenapa ana begini?

1st..bila ana begini  dapat rasai kelainan nya..memang lain..merasa diri terjaga dan menjaga..
menjaga disini bermaksud, ana harap dari perubahan ini membuatkan ana kurang sket "hu-ha-hu-ha" dan dapat mengawal keliaran mata, mulut dan terutama hati yang orang lain tak nampak tapi ALLAH nampak..

2nd..all people deserve to make a change to be a better person..kalau nak tunggu..tatau la sampai bila..

tapi yang penting skali..niat dan tahu kenapa perlu berubah..

snanye yang dulu pon Ok..cme..mahukan kelainan..insyaALLAH terbaik..!

~pakai tudung macm mana pon tak per..asal..menepati syarak..tebal (tak menampakkan warna kulit dan leher), tak terlampau lembut (mungkin faktor angin nanti akan menggugat),  bwah paras dada (menutupi dada)
dan pemakaian juga..pkai tudung tapi baju dan seluar ketat..maka tak bermaknalah ia..

..wanita yang berpakaian tapi telanjang adalah ahli neraka...

jadi cover ur aurah..so..insyaALLAH ke Jannah~

pagi tadi:
"mak ada jgk tanya bila nak pkai balik tudung bulat..mak ana cakap "kata nak pkai bila dah tua..ni dah tua tapi tak pkai lagi.."

"aish..masa muda ni la kena tutup..tua nanti tak der orang nak tengok dah..muda ni la ramai mata liar nak tengok..jadi jagalah diri tu.."

kami terkedu..ada betulnya jugak..

sbnanya tak jadi isu tudung bulat or 2 or 3  segi... yang penting..menepati ciri2 menutup aurat yang benar2 ALLAH suruh..
dan tak der yang dapat mendebatkan isu tudung sebab since ur muslimah..wajib atas kamu menutup aurat..bukan hanya tudung tapi pakaian..

Thursday, June 24, 2010

buat lah sesuka hati mu


pemalu kah anda??

adakah anda pemalu??

adakah pemalu itu anda??

maka apa sahaja persoalan dan gaya soalan, maka jawapan nya cuma 2..

ya atau tidak..

malu pun ada 2..bertempat atau tak bertempat.. (haish..macam...macam)


Abu mas'ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri ra berkata, Rasulullah saw bersabda,

"Sesungguhnya sebagian dari apa yang telah dikenal orang dari perkataan kenabian yang pertama ialah, 'Bila engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendak hatimu.'."


malu sebahagian dari iman..

malu akan membatas kan kita melakukan sesuatu..

jika tak kena pada tempatnya..maka malu tak bertempat namanya..

 pernah la kena tembak 2 3 das..sebab malu seperti diatas...

"malu nak bertanya, malu nak jawab soalan, malu nak buat baik..dan etc.."

memang betul kalau malu, ia akan membataskan..(jangan tiru sikap diatas yang semestinya tak bertempat,,kalian dan aku harus berani..berani dalam menyatakan kebenaran..berani bertanya bagi menerang jalan..berani untuk berubah kearah yang lebih baik..)


andai tiada malu, maka buatlah sekehendakmu..

berkongsilah dengan semua orang..

gamba aksi manja..dengan jelingan mata keatas (trend budak zaman sekarang) untuk mendapatkan effect mata lebih besar bagi yang ada rasa2 semacam mata dia itu cantik..dan memang sesuai untuk ditayangkan...bukan untuk mentadabbur alam..

senyuman manis dari bibir merekah bak delima tak masak..

yeah..upload la banyak2 dalam facebook..

ada boyapren merupakan kebanggaan..memandangkan amatlah sukar untuk bertemu dengan kaum adam yang ramainya menuntut di pudu dan yang sama taraf dengannya..


 
hai anak gadis...buatlah sesuka mu andai tiada malu lagi...


sudah cukuplah.aku menegur diri ku buat kali ini..
maaf andai rasa mual..insyaALLAH..teguran diatas adalah buat diri yang dhoif ni...

Wednesday, June 23, 2010

kapal`~


analogy:

dikisahkan ada sebuah kapal..ada bahagian atas dan bahagian bawah..mereka yang berada di bahagian bawah , bila sudah kehabisan bekalan, mereka mendaki keatas untuk mengambil bekalan..penat dan lelah..bersusah payah hanya untuk mendapatkan bekalan air dan makanan...tapi..mereka yang diatas..yang bersenang lenang..merasa cukup selesa..berpasung tangan..mendapat secukupnya cahaya..bekalan mencukupi..boleh buat BBQ kat atas dek...apa salahnya mereka yang diatas sama2 membantu yang dibawah..andai yang dibawah memerlukan, hulurkan bantuan..namun, apabila mereka melihat yang dibawah bermandi peluh dan sesekali mengharapkan pertolongan merek..sayang seribu kali sayang, mereka yang merasakan diri mereka cukup  bersih dan high class casta ..memandang hanya satu mata mereka yang dibawah dengan jelingan yang penuh rasa jijik...
"kau sudah kotor..jangan dekati aku..!" bentak mereka yang diatas..

hinggakan satu masa yang dibawah merasa, 

"cukuplah disini..aku sudah penat..mengharapkan manusia yang diatas..kita bukan siapa2..mereka cukup bahagia punya Tuan..tidak kita..kita jijik dan hina..maka sama sahaja bagi kita walau dimana pon kita.."

maka bersyuralah mereka mngenai bagaimana mereka dengan mudah untuk mendapatkan air ..tanpa perlu bersusah payah lagi naik keatas..penat..mereka amat tenat..untuk mengharap dan memandang jelek wajah2 mereka yang exclusive diatas..


"pada pandanganku, apa kata kita tebuk saja lubang pada kapal ini..kemudian kita pasang la kepala paip..jadi, kita boleh dapatkan air dengan mudahnya.."


"wah..cadangan yang baik..ayuh gempur!"

apalagi..tenggelamlah segala isi kapal..tiada satu yang tinggal..akhirnya..yang diatas yang merasakan diri mereka exclusive tenggelam bersama mereka yang mereka merasakan jijik itu..




moral:

  • para duat, jangan merasakan diri antum adalah golongan berkasta tinggi atau antum adalah dari golongan exclusive yang dipilih ALLAH.. sperti yang berlaku pada yahudi laknatullah
  • antum yang bertanggungjawab menasihati mereka2 agak tidak menjerumuskan diri "menebuk kapal" sebagai jalan singkat mendapatkan kesenangan..dan akhirnya antum jua yang rugi dan lemas bersama dalam kapal..

















Sunday, June 20, 2010

GRRRUUUMMM..eps 3

"lepas abeh memanah kami siap2 untuk asar..makan2..
kemudian malamnya ada resolusi explorace untuk half group..group seterusnya keesokkan pagi..alhamdulillah..berjalan dengan lancar..

pas asar kami ada activity besh..flying fox..masuk dalam lumpur..pastu kena nyanyi lagu gelombang keadilan..[mana la aku nak tau..tak penah dengar..]
masa flying fox(1st time)nak muntah pon ada jugak..mula2 macam seronok..bila pandang jer air kat bawah terus pejam mata..nak muntah~~ gayat amat..terus jer pejam mata..haha..budak2 ni cakap, "napa pejam mata..kang dah tak dapat tengok alam sekitar dari atas..."
"haish..tak per la..dari pada rasa mual..baik pejam mata..~~"

""pengalaman yang amat sukar dicari..aku merindui setiap saat bersama kalian..sungguh..sukar mencari kenangan yang begitu indah..kita yang sama2 mengemban dakwah ini..bersama2 berjuang..aku cinta kalian kerana ALLAH ...maaf kan diri ini yang banyak melakukan khilaf..."

Thursday, June 10, 2010

keputusan selepas keputusan...

semalam heboh result dah keluar..result je..pointer blum..tapi boleh jela kira sendiri..alhamdulillah..dean list..
termenung jugak...lepas dapat usrah..semangat baru datang..nak pulun study sebab nak tunjuk (bukan riak/takabbur/sombong..bukan..)yang muslim yang belajar itu cemerlang...muslim bukan pemalas..


insyaALLAH tapi nak kekalkan sampai bila niat macam tu? atau kita nak sudty niat lillahi taala...hopefully kita akan lebih kenal who is The Creator..
bila niat untuk buktikan yang muslim yang belajar not that bad..tak tawu nak cakap per..mungkin niat tu boleh masa mula2 dapat usrah kot..sebab kalo diikutkan diri ini dah lama joen usrah..kena switch dalam minda ni nak study betul2 nak dapat redha ALLAH..insyaALLAH..
dalam duk pk2...musykillah ..kenapa? sebab dah lama ikut usrahh..akademik makin ok..tapi..saya tak bawak2 ag usrah..MLM saya tak berjalan lancar..ops2!!masih belum bankrup..selagi nyawa dikandung badan bak kata pepatah..MLM usrah tetap aku jalankan...insyaALLAH...
nant masuk adik2 baru yang masih suci ( insyaALLAH )..harap2 senang nak switch fikiran dorang..yang datang U not just study..study..and study again.. a lot of thing they can do which is more precious!!




duk dalam lab dari hari isnin sampailah hari jumaat ni...p MISI 2 hari jer..pastu balik sambung keja lab ni.kecewa? tak lah.. insyaALLAH, Dia dah atur yang terbaik..seronok p MISI..terisi masa 24 jam..2 hari rasa macam 2 minggu..heh.. rindu nak p MISI..rugi2 banyak tinggal slot2 besh!!

Monday, May 31, 2010

messy amat

pagi tadi baru balik dari BU..pnat masih tersisa..tdow sat. pastu mesin tolong basuh kain. iron tudung nak g cafe beli makanan..baiklah..semua berjalan lancar..ok jer..lepas tu gatal p koperasi..duit ada spuloh inggit jer..beli punya beli..balance tinggal 2.10..masyaALLAH, macam mana nak bayar duit makanan yang dah ditempah..3.80..isk2..tak cukup..beli 100plus, dark chocolate,roti ngan milo..isk2..barang mahal betul sekarang ni ya..habes tu trus je balik bilik..sampai tangga blok, nampak member tunggu depan pintu..

"afi, naper?" aish.. tak bagi salam pulak.

"syu tak der ker?"
"tak der, balik umah..dia demam kat umah.."
"masuk2.."sambil jemput masuk dalam bilik..tengah gelabah la makanan dan tempah kat bawah..takper..cool2..
"makan ni jer ker?" sambil tunjuk kat plastik yang ada makanan yang berkenaan...
"ha ah.."jawab ringkas..semput nak crita panjang2..hehh..
pastu minum la 100plus yang dibeli..takut terdehydrasi lak..mnum2..cari duit..alhamdulillah ada..pastu keluar dengan penuh konfiden berkata lah pada afi..'nanti kunci pintu ya bila nak kuar.." "ok"..

pastu dengan suka hati pergi la ke cafe berkenaan dan ambil makanan + karipap saden $1.dah lah kat bawah ramai orang2 BTN nak balik..serabut alam kat bawah..kereta berpusu2 semua nak balik..adus..malu gak sebab 2 kali dah trun naik..harapnya lepas ni tak trun naik cafe lagi..sesampai tangga blok ni, teraba2 cari kunci..masyaALLAH..gimana ni?"harap2 afi tak kuar ag.." getus hati ini..langit kelihatannya mendung..harapan hampa..terlambat..afi dah kuar and pintu kunci..makanan trus tinggal kat luar..atas kasut..kmudian ketuk2 bilik member..alhamdulillah..ada..pinjam kad matrik midah dan pergi pejabat kolej..mintak kunci..betapa gelabahnya diri ini sampai pakcik pejabat gelak..sabar je la..cakap pon tersasul2..lidah sakit lak tu..trus mintak kunci, jalan laju2 tengah2 crowd tu, tak pandang kiri kanan..dummm...hujan dah..besar betul rain drop tu..baru kejap hujan dah basah bumi ALLAH ni.."setiap daun yang jatuh, ALLAH mengetahuinya.." begitu jua hujan..berapa titis yang sampai kemuka bumi telah ALLAH ketahui..tidak kita..kita hanya dapat guna apa yang ALLAH bagi..Itulah Khaliq yang Maha Pengasih dan Penyayang..sampai bilik,masukkan makanan..sebelum tu p aras 2 ambil baju yang dah siap di proses..pastu hujan makin lebat..makin lebat ditambah dengan guruh2..masyaALLAh..tak per la..cool jer..nant dah reda sikit trun p pejabat balik. makan nasi tengah hari, pastu telepon mak..


mak, angah rindu mak..waaaaaaa!!cakap2 ngan mak,ahamdulilah, tenang sket perasaan ni..mak asyik tanya bila nak siap kerja kat sini..agaknya bila la ya..tak start lagi la mak..hehe..memang betul la..cakap jer ngan mak, trus ok dan tak rasa bimbang dah sala nak anta knci ni balik..tenang jer..lepas tu ujan kelihatannya makin reda...alhamdulilah..ambik payung dan trun blok..tak kira, kena hantar gak kunci tu..kalo lambat, nanti kena denda..poket tengah kering..berjimat cermat ler..alhamdulillah lepas 4 kali trun naik blok, maka kaki ini terasa sakit..adeh..lama tak exercise..prot yang lapa ilang trus lapa..ok jugak tu..hmm..


moral:
~jangan mudah gelabah sampai kunci tertinggal
~letakkan priority..beli nasi dulu sebelum beli roti dll.kan duit dah tak cukup..
~tiada penyesalan dalam hidup ini..kerana semuanya mesti ada hikmah..insyaALLAH..
 ~hidup daie haruslah lebih tersusun dan teratur..insyaALLAH

Monday, May 24, 2010

ahlan wasahlan..

assalamualaikum wbt..
alhamdulillah..chat hendaknya..dah lame tak menaip.tangan pun dah keras..tak mngapalah..insyaALLAH..dalam life has no ctrl Z...hmm..cntrl+z..cbe la try wat kat laptop tu..yerp..'undo'..falsafahnya adalah..kehidupan (masa) tak dpat kita patah balik..macam simpulan bahasa tu..'telajak perahu boleh diundur..telajak perbuatan..tak bleh nak erase dah.." 
Bagi yang melakukan kebaikan..Alhamdulillah..semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH...lakukan kebaikan terus menerus...kerana atas dasar kebaikkan lah islam tersebar..semestinya kita tahu bahwa Rasulullah punya peribadi yang baik..akhlak Rasulullah adalah akhlak al-Quran dan kebaikkan baginda tiada hentinya..ramai yang memeluk islam kerana keperibadian baginda..danperibadi ini sukar kita nak jumpa masa kini...we are muslim should be a role model to others (non-muslim). tapi kini kita yang banyak ikutkan mereka. "dunia itu adalah syurga buat kufar dan penjara bagi orang islam.." mahu ke syurga bukan mudah...


"saya ada jumpa mat pit (budak dadah), dia cakap "assalamualaikum ustaz." ustaz tergelak dan mengatakan diorang pun tahu saya ustaz dan bagi salam... "kamu buat apa ni?" tanyalah si ustaz berbasa basi dengan pemuda yang separa sedar dalam khayalan.. "nak ke syurga la ustaz..". "orang isap dadah pun tau nak masuk syurga yang banyak nikmat tu..apalagi kita yang mahukan syurga..maka banyakkanlah amal sebelum ALLAH mengambil balik apa yang sebenarnya hak Dia ni.."


tetapi bagi anda yang melakukan perkara melampaui batas, makanya hidup ini tiada 'undo' nya..yang pasti andai taubat yang di sembahkan kepada ALLAH, maka keampunan yang luas ALLAH tadahkan..hidup tak ada undo..tpi hidup mesti diteruskan..kadang2 kita kena pandang belakang dan memandang silam kita, masukkan rasa keinsafan dalam diri..dan bertekadla tidak mau mngulanginya lagi..kerana kehidupan kita adalah pelajaran yang berterusan...process of learning..jangan jadikan masa silam kita adalah kisah hitam yang kita sendiri tak tau masih ada sinar atau tak..melepek tanpa mahu bangkit..sedangkan ALLAH Maha Pengasih masih menanti dengan rindu mahu mendengar tangis esak hambaNYA supaya sentiasa mengharapkan kepadaNYA. kisah yang bagaimana yang kita jalani dalm kehidupan kita bukan bermakna kita adalah manusia yang kotor..ya..kita kotor andai kita tak mahu beraubat..kembali pada ALLAH..
"islam bisa meninggalkan segala yang kita lakukan dimasa lalu.."..
dalam Quran banyak ALLAH mngatakan bahawa "ALLAH MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.." "AKU tidak menzalimi hamba2 KU, tetapi merekalah yang menzalami diri sendiri".
persoalannya..mahu ke tidak sahaja..it in ur hand..
insyaALLAH..jumpa lagi..
assalamualaikum...
 (gaya macam nak kirim email)