dig into the CAVE

Sunday, June 20, 2010

GRRRUUUMMM..eps 1

"GERAKAN RESPONSIVE UMMAH MADANI" a.k.a GRUM~
12 dan 13 hb 6..
kami p lembah genting..
sebelum gerak p lembah genting..kami (fathin, liyana, saidatul, atiqah, fadh, nadiah, ummu hani, syifa', suhayla and me)ada task..EXPLOREACE..it is just EXPLORE but need RACE..dari HIRA' sampailah ke kampung baru..kami naik bus tersalah tempat..pusing tempat sama..but not a big deal..dapat pengalaman..
kami mula dari HIRA', sebelum dilepaskan kami kena settle sudoku dlu, level: difficult..ambik masa juga nak settle the task..tak sempat abeh figure out sudoku tu kami dilepaskan.dan kumpulan mana yang menyiapkan dan submit masa abeh explorece akan diberi markah lebeh..


kami mula p kedai roti canai..kena tebar sendiri..percaya atau tidak..PERCAYA AH~~!haha..tapi roti canai kami jadi macam lempeng..mula la lepas dah masak, time nak makan tu bukan main liat..bagus jugak la sebab kat situ dapat la implementkan sunnah nabi..kunyah 40 kali baru telan..insyaALLAH nak makan roti canai yang kami 'tebar' memang memerlukan kekuatan gg yang mantap dan gusi yang kuat.liat memang liat..lebih 40 kali kot kunyah..haha..nant kami bukak kedai tebar roti canai..leh la joen..nak2?

lepas makan 'lempeng', kami gerak p amik bus..nak p mana ntah..lupa dah..tapi kami salah gak..kami p klang central..tapi alhamdulillah,kami bukan hanya RACE tapi kena EXPLORE..of course explore cara daie..kami duat2 baru..pengalaman EXPLORACE ni..Bermakna sekali..
kami diberi tugas..dalam perjalanan explorace ni, kami perlu menjalankan dakwah fardiyah..sapa2 pon yang kita jumpa, kena jalankan dakwah fardiyah..isu berkisar isu palestine yang masih lagi hangat!pemboikotan barang2 mereka [coca cola, nestle, star buck, loreal..dll)
kat sana kami jalankan dakwah fardiyah..ada gak akhawwat masa dalam bus lagi dah start dakwah fardiyah..mantop!
kat sana ana dapat kenal 2 adik..dari UiTM puncak alam..asasi sains..alhamdulillah..kedua2 begitu peramah..senang berbicara ngan dorang...namanya, Fazrina dan Syahirah..berbicara dengan mereka buat saya senang.im talking a lot..non stop..waaaaaaaa..~~berkongsi perihal study, dan isu palestin..ditambah sikit rasa dengan tujuan kehidupan..masyaALLAH..insyaALLAH..semoga kita dapat bertemu lagi adik2...semoga kalian sentiasa dalam Rahmat ALLAH


after that, kami banyak kali naik komuter..alhamdulillah.akhawwat2 semua independent..dalam komuter ada yang still menjalankan dakwah fardiyah, ada yang sibuk menghafal..surah a-furqan ayat 63 until last dan al hadid:20-25..
samapi check point last, kami p masjid Jami; kampung baru..kat sana dapat task untuk jalankan khidmat masyarakat di sekitar kawsan tu..kami p hospital islam..dekat je ngan masjid tu..mendekati adik2 yang sedang dirawat..meruntun hati ini..melihat mereka yang masih kecil terlantar..dijaga oleh kakak..semoga adik2 cepat sembuh dan membesar sihat menjadi duat dan berjuang bersama2 kami..!!insyaALLAH..


selain dari dakwah fardiyah, kami dikehendaki menambah wang saku..kumpulan kami decide nak jual barang2 kami yang kami ada...jual solusi, jual asma ul husna yang memang limited, ada yang smpai nak jual quran... "tak sanggup ana..bagi la option lain.."


bila dah settle semua, alhamdulillah kami sampai jugak masa asar tu kat last destination..akak fasi dah tunggu..kami kena nyanyi lagu untuk grup kami.."We Will Not Go Down"..heh..then, kami di angkut p lembah genting ler...~~ 


sesampai, kami belajar memanah..masyaALLAH.first time dalam hidup..seronok2..terasa semacam tengah panah yahudi!!! alhamduilillah tak sampai kuning..kena kat merah jer..


p/s: 
  1. jom wat daurah memanah, berkuda dan berenang lak ar..gempak sket!! hehehehe
  2. gambar akan di upload kendian.. sekian..wassalam















Thursday, June 10, 2010

keputusan selepas keputusan...

semalam heboh result dah keluar..result je..pointer blum..tapi boleh jela kira sendiri..alhamdulillah..dean list..
termenung jugak...lepas dapat usrah..semangat baru datang..nak pulun study sebab nak tunjuk (bukan riak/takabbur/sombong..bukan..)yang muslim yang belajar itu cemerlang...muslim bukan pemalas..


insyaALLAH tapi nak kekalkan sampai bila niat macam tu? atau kita nak sudty niat lillahi taala...hopefully kita akan lebih kenal who is The Creator..
bila niat untuk buktikan yang muslim yang belajar not that bad..tak tawu nak cakap per..mungkin niat tu boleh masa mula2 dapat usrah kot..sebab kalo diikutkan diri ini dah lama joen usrah..kena switch dalam minda ni nak study betul2 nak dapat redha ALLAH..insyaALLAH..
dalam duk pk2...musykillah ..kenapa? sebab dah lama ikut usrahh..akademik makin ok..tapi..saya tak bawak2 ag usrah..MLM saya tak berjalan lancar..ops2!!masih belum bankrup..selagi nyawa dikandung badan bak kata pepatah..MLM usrah tetap aku jalankan...insyaALLAH...
nant masuk adik2 baru yang masih suci ( insyaALLAH )..harap2 senang nak switch fikiran dorang..yang datang U not just study..study..and study again.. a lot of thing they can do which is more precious!!




duk dalam lab dari hari isnin sampailah hari jumaat ni...p MISI 2 hari jer..pastu balik sambung keja lab ni.kecewa? tak lah.. insyaALLAH, Dia dah atur yang terbaik..seronok p MISI..terisi masa 24 jam..2 hari rasa macam 2 minggu..heh.. rindu nak p MISI..rugi2 banyak tinggal slot2 besh!!

Tuesday, June 8, 2010

dedikasi buat sofia

buat sofia..

moga berbahagia kau disana...disisiNya..

kau pergi kini dan selamanya..kembali pada Yang Esa..

mereka disini menangis...dalam tangis kesedihan dan kerinduan..

tiada lagi ketawa ria, tiada lagi rengekkan mu... 

ayahanda dan bonda pasti rindu pada wajah mu yang suci..

rindu pada pelukkan mu hai anak kecil...

rindu untuk mendengar suara mu yang ceria.. 

rindu melihat keletah mu bersama adik beradik yang lain...

semua menyayangimu hai anak kecil..

aku yang tidak pernah menatap mata mu turut merinduimu..sepertinya kita sudah lama bersua..

moga ayahanda dan bonda mu meredhai apa yang Rabb telah menetapkan.. 

pemergian mu kini...dan kami akan menyusul nanti hai anak kecil..

semoga dapat kita ketemu di Jannah..insyaALLAH..




~~~sofia anak kecil berusia 3 tahun..meninggal dunia hari ini tanggal 8 jun 2010...4 hari bertarung nyawa dalam ICU, tadi saya mendapat msg dari seorang ukhti.." dayah, sofia dah meninggal.."....sayu hati ni..tidak pernah mengenali sofia tapi seorang ukhti sering menyampaikan berita sofia..sofia masuk wad masa saya berada di MISI..sofia lemas dalam van..semua telah ditakdirkan ALLAH..gurunya tidak perasaan sofia anak kecil ini tertidur dalam van..selepas 4 jam..tamat sesi kelas..guru berkenaan mendapati sofia dah terbaring bawah kerusi...sofia dikhuatiri lemas..otak sofia tak dapat berfungsi..banyak salur darah yang pecah..ketidakcukupan oksigen...

hari ini sofia pergi..pengakhiran yang tidak kita sangka..itu telah ditakdirkan...dan bagaimana pula kita? mungkin sofia masih muda..kita? yang makin hari juga makin dekat dengan ajal..yang tak dapat kita lambat atau percepatkannya..selagi masih ada hayat ini..ayuh!! kita sama2 mengemban dakwah ini...!!





Friday, June 4, 2010

sepanjang perjalanan jauh, memang jauh..~~

            aaamiin..semoga selamat sepanjang perjalanan..alhamdulillah

"hah..apa along?" saya pon tak pasti apa masalah ketika ini..hehe

TRAJET2..selepas sudah kenyang diisi minyak, tayar pon terisi..ekau tak dapat join jaulah kami..
driver unser..
"yang berjalan, memberi salam kepada yang sedang duduk. yang menaiki kenderaan memberi salam kepada yang berjalan..." Rasulullah saw
"stop jap..tunggu serena datang"

apa yang difikirkan oleh co-driver ini

"kejap nak mesej serena ni.."
"ok! baiklah..~~"
"apakah ini?..owhh..kerengga.."

Task kami hafaz hadist ini. harapnya bukan hafaz laju dimulut, tapi..~~~
ahlan wa sahlan ya serena
belok kanan...nak p umah kak ein..heh
batu kapur yang dapt dilihat jelas ditepi jalan..batu bergerak ke? ke bumi yang gerak?heh..
gamba masa arrive tak sempat ambik...tapi mungkin ini yang dikatakan si ayah dan ibu dalam lambaian .." semoga selamat sampai anak2 ku.dan teruslah tsabat dijalan ini.."

rezeki2..ujan lak masa nak p JIM BP..alhamdulillah
akhawat JIM tengah berprogram
bertaaruf...rapat2 kan ukhuwah..berkongsi rasa..esok paginya b4 bertolak p KTN, kami dapat pengisian dari kak sufi
semoga dapat bertemu lagi...bersama menyambung rantai2..insyaALLAH
Keamanan malaysia, masih mampu ke laut..tapi bagaimana saudara kita Palestine..hidup amat tersepit..syukur atas apa yang ALLAH kurnia..teruskan dengan tugas khalifah
selamat menuai hasil nant...
"jom pulang..matahari sudah mau pergi ketempat lain.."
UIAM kuantan
waktu senja..nak balik umah Dr melor balik dah...malam tu kami ada perkongsian dakwah kampus dengan akhawat uiam

ni shot kat pantai sepat..pas tu p pantai balok..
dah kat pantai balok..last tempat kami singgah..kat sini la kami hampar tikar dan sama2 duduk, dengar, digest apa yang Dr melor sampaikn pada kami..insyaALLAH
ukhuwwah fighter...lihatlah betapa bertoleransinya kumpulan 'parsi'..hai 'rom' nape cekak pinggang jer?akhirnya 'parsi' yang menang...

bateri pon dah kong..pasu dah tak der shot lagii...
insyaALLAH jumpa lagi..

Thursday, June 3, 2010

An-Nur : 30-31

 salam sahabat yang memview blog ini..ini addalah article dari web saifulislam.com..jemput lawat web abu saif andai berkesempatan..

“Susah, ustaz. Macam mana nak solat dalam kapal terbang kalau pakaian kotor” kata seorang anak muda.
“Nak berangkat ke UK pun pakai baju kotor? Tak sempat basuh ke?” tanya si ustaz.
“Bukan macam itu. Pakaian yang dipakai sudah tentu bersih. Tetapi semasa ke tandas di KLIA, di situlah pakaian jadi kotor” jelas beliau.
“Mengapa? Ustaz ke tandas tiada masalah pun” si ustaz ‘pura-pura tidak tahu’.
“Ustaz lainlah” ujar anak muda itu lagi.
“Apa pula lainnya. Awak lelaki, ustaz lelaki. Masuk pun ke tandas yang sama. Cuma, awak kencing berdiri ya?” si ustaz bertanya terus ke topik sebenar.
Anak muda itu ketawa kecil. Apa yang beliau tidak mahu menyebut, telah disebut oleh sang ustaz.
Memang sukar.
Jika bersolat di dalam pesawat terganggu oleh kesukaran menentukan arah kiblat, ada penyelesaiannya. Andaikata bermasalah untuk berdiri, ada penyelesaiannya. Jika sulit mahu mengambil wudhu’, ada kaedah-kaedahnya. Tetapi jika pakaian tidak bersih, memang susah mahu diselesaikan. Bayangkan, dalam kesesakan ratusan penumpang kapal terbang, si anak muda mahu menyalin seluar dengan memakai kain pelekat, mahu sahaja disikunya orang di kiri dan kanan.
Justeru, jika kita jenis orang yang bersolat kerana Islam, maka Islamlah semenjak di rumah dan di Lapangan Terbang. Jangan tiba-tiba mahu mengambil Islam, memang banyak ‘kerosakan’ yang terpaksa diuruskan!
Sama juga dengan perempuan. Andaikata solat itu hendak dikerjakan semasa berada di dalam pesawat, selain pakaian perlu bersih, pastikan juga ia sempurna menutup aurat. Andai pakaian yang dipakai itu tidak cukup syarat untuk membolehkan kita bersolat dengannya, memang sukar kalau tiba-tiba di dalam pesawat, mahu disarung telekung. Mahu terserkup orang di sebelah!
Demikianlah Islam.
PAKEJ
Di pangkal, di tengah atau di hujung, Islam ada caranya yang tersendiri untuk berfungsi. Tetapi sebagai sebuah sistem, Islam mesti diambil seawal langkah yang pertama.
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) SEGALA hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata” [al-Baqarah 2: 208]
Demikian Allah berpesan.
Apabila Islam diambil, ambillah ia secara sempurna. Pakej yang lengkap. Menerima sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, adalah cara Syaitan menyesatkan manusia, sedangkan Syaitan itu adalah musuh manusia yang amat nyata. Kelihatannya di sepanjang sejarah manusia, Syaitan itu makhluk yang sabarnya sering mengatasi manusia. Syaitan tidak tergesa-gesa untuk mencapai misinya. Segalanya berlaku secara berperingkat, sedikit demi sedikit, dalam kealpaan manusia yang tidak menyedarinya.
Itulah enjin di sebalik musibah buang bayi di negara kita.
Buang bayi kerana berleluasanya zina.
Berleluasanya zina kerana pencegahannya tidak mengambil acuan Islam.
“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia adalah suatu kecelaan dan seburuk-buruk jalan pilihan manusia” [al-Israa' 17: 32]
Allah tahu, zina itu sedap dan nikmat. Menolaknya jika sekadar menolaknya, terlalu sukar. Justeru sama seperti maksiat-maksiat yang lain, Allah bantu kita untuk mengelaknya dengan menutup pintu-pintu kepada zina. Sesungguhnya menolak zina hanya menjadi realiti apabila MUQADDIMAH ZINA dilihat sebagai muqaddimah zina yang mesti dihindari.
Apakah muqaddimah zina yang mesti dicegah itu?
1. MENUNDUKKAN PANDANGAN
Tingkap itu yang mesti dipelihara. Jendela penglihatan yang turun ke hati dan kemaluan. Menundukkan pandangan itu bermaksud memelihara penglihatan daripada melihat perkara haram. Perkara yang merangsang libido dan mengundang diri kepada zina. Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.” [al-Nur 24: 30]
Wanita-wanita yang beriman itu juga diberikan saranan yang sama. Di dalam ayat yang menyusul perintah di atas, Allah memerintahkan kaum wanita seperti kaum lelaki, sama-sama memelihara pandangan daripada melihat apa yang tidak diharuskan baginya melihat.
“Alahai, takkanlah baru tengok sudah mahu berzina!” seorang manusia mahu berbijak-bijak berhujah dengan Tuhan.
Dia lupa, fitnah penglihatan dan zina bukan urusan rasional. Ia urusan nafsu dan kemaluan. Urusan hati yang membuat pertimbangan. Justeru itu Allah berpesan, “yang demikian itu lebih suci bagi mereka”. Muqaddimah zina ini bukan hanya urusan di peringkat individu. Ia bertujuan membentuk suasana yang sihat. Saling bekerjasama untuk mewujudkan suasana yang tidak mengundang zina.
2. MEMELIHARA AURAT
Menundukkan pandangan daripada perkara haram menjadi lebih mudah apabila perkara haram itu tercegah dalam daerah halalnya. Anggota tubuh yang perlu diberi perlindungan, adalah cara seseorang memuliakan dirinya sendiri dan menghormati orang lain yang bermata lagi berhati, juga bernafsu.
Peliharalah aurat.
Wanita.
Lelaki.
Sama sahaja.
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…” [al-Nur 24: 31]
Perintahnya bukan perintah menutup rambut.
Perintahnya adalah perintah memelihara aurat.
3. TIDAK BERTABARRUJ JAHILIAH

 elakkan tabarruj secara berlebihan..semua orang suka cantik..tapi awas bagi wanita ia boleh membawa kepada fitnah..

Menutup aurat itu cara Allah mengajar kita membentuk diri. Biar dengan menutup aurat itu kita belajar menganut sifat malu, belajar mengenal batas-batas diri yang mewujudkan rasa berTuhan dalam kehidupan dengan batasan-batasan itu.
“Dan hendaklah kamu melazimkan diri berada di rumah kamu serta janganlah kamu mendedah, menghias dan menonjolkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu” [Al-Ahzaab 33: 33]
“Saya sudah menutup aurat!” kata seorang perempuan yang bertudung.
Beliau terlepas pandang, tudungnya memang bertudung tetapi solekan di bibir dan kelopak matanya sangat keterlaluan, di dalam tudungnya ada bonggol sanggul yang sengaja ditolak ke atas meninggikan kepala, kakinya memakai rantai berloceng, hingga setiap inci tubuhnya menarik perhatian untuk dilihat dan direnung, biar pun beliau itu bertudung.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda :
Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. [Hadith riwayat Muslim no. 2128]
Bertudung. Tetapi masih mahu menarik perhatian orang memandang dan membelek.
Justeru hilanglah hikmah memelihara aurat.
Biar pun rambut ditutup, dia masih kaya dengan elemen Jazb al-Intibah (menarik perhatian dan pandangan orang).
4. BERURUSAN DENGAN BATASAN
Bekerja, belajar, bermesyuarat, berjiran dan bermasyarakat, semuanya harus.
Namun keharusan itu harus dipandu oleh batasan.
Silang jantina perlu mengenal keperluan dan tujuan, jangan hanya berpandukan kemahuan.
“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada mereka maka mintalah kepada mereka dengan perantaraan hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]
Sama ada hijab itu berupa tabir yang fizikal, atau sekurang-kurangnya mengekalkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Bermesyuaratlah, tetapi biar seadanya.
“Hai, takkanlah sembang-sembang sudah terangsang?” hujah seorang bijak pandai di syarikat Multinasional.
“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” jawab Allah.
Dia yang memiliki hati. Dia tahu sifat baik dan buruk hatimu. Justeru nasihat-Nya tentang hati itulah nasihat terbaik untuk manusia yang mahu berhati-hati.
Lihatlah di pejabat, siapa di meja sebelah, siapa di kubikel depan, keluar makan tengah hari dengan siapa, dari Stesyen LRT ke pejabat tumpang kereta siapa, pergi ke site atau bertemu pelanggan naik kereta siapa, semua itulah yang perlu dipertimbangkan kembali, kerana melakukannya tanpa batasan adalah MUQADDIMAH ZINA.
5.  TIDAK MELUNAKKAN SUARA
Dengar suara, mahu orangnya.
Itu akibat manusia-manusia yang hatinya berpenyakit.
Sakitnya pula letak di hati yang tidak kelihatan. Justeru jangan cari penyakit. Jangan lunakkan suara semasa berbicara. Bersahaja, sederhana, seperti biasa, jangan dimanja-manja, jangan mengada-ngada.
“Andaikata kamu benar-benar beriman, maka janganlah kamu lunak-lunakkan suara semasa berbicara. Nantinya orang-orang yang hatinya berpenyakit menjadi tamak. Justeru berbicaralah dengan perbicaraan yang maaruf” [al-Ahzaab 33: 32]
NORMALISASI MUQADDIMAH ZINA
Mencegah lebih baik daripada mengubat… bukan slogan tanpa asas!
Cabarannya, bagaimanakah penerimaan kita terhadap saranan-saranan Allah ini?
Percaya bahawa kita lebih bijak daripada-Nya?
Semua perintah dan larangan yang dihimpunkan itu tadi (sebagai memetik sebahagiannya) telah mengalami normalisasi. Semuanya sudah diterima sebagai satu cara hidup semasa.
Make sure you balik before Midnite, ok. This is my house. You follow my rule!” kata si ayah yang ‘cool’.
Anak lelakinya keluar menonton wayang dengan rakan silang jantina.
Muqaddimah zina sudah jadi biasa. Sudah tidak lagi dianggap salah. Ia diterima sebagai satu cara hidup kontemporari, tidak hanya di kota malah di desa. Sudah jadi biasa. Lantas buruk benar kalau ia tiba-tiba digelar sebagai Muqaddimah Zina!
Itulah NORMALISASI…
Alaa, she’s still young. Let her taste the excitement. Just be herself. Jangan hipokrit. Nanti bila nak pakai tudung tu, dia pakailah. Kita doakan!” kata si emak melihat anak perempuannya keluar rumah dengan penuh gaya.
Memaksa diri bertudung kerana di dunia ini ada Tuhan, namanya hipokrit?
Akhirnya, menutup pintu Muqaddimah Zina dianggap kolot.
Walhal itulah hidup bertamadun. Hidup yang tahu membataskan diri.
Bergaul sesuka hati, menyentuh sesedap rasa, menunggang tak kenal agama, itu Lifestyle rimba.
“Nampakkah kamu keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.” [al-Furqan 25: 43-44]
Saksikanlah ya Allah bahawa aku berusaha menyampaikan!


artikel dari Abu SAif web
waallahua'lam

lemau sungguh~

salam..kadang2 kita selalu cakap...
"aku jahat, tak layak nak ajak orang jadi baik..~~~"..
" boleh ke g program tu? tak per kalau aku p?aku tak cukup baik macam ko.."

kadang2 saya bosan dengan statement yang seperti diatas..sampai kadang2 saya menghela nafas .."huh...~~" dan senyum ..tak kata ya..tak kata tak..mungkin kadang2 juga kita lupa yang kehidupan kita sebenarnya singkat dimuka bumi ALLAH...setiap saat berlalu tanpa kita sedar yang umur makin meningkat....hayat Rasululllah, 63 tahun..kita dan 22, 23, 24 etc tahun..cuba tolak2..dan di timbal kembali bahawa dalam satu hari malaikat maut datang memandang wajah kita 70 kali..makanya, anda masih hidup hari ini tidak lain sebab ALLAH masih mengizinkan anda menghirup udara segar dengan harapan kita menjadi hamba yang patuh padaNYa...dan mungkin juga kerana ada yang mahu hidup lama kat dunia ni..sebab diakhir zaman, ALLAH akan ambil kembali hambaNYA yang soleh dan tinggalkan orang2 yang kufr mentadbir dunia hingga akhir dunia..maka benarlah hadis nabi mangenai sikap wahan kita, umat akhir zman..

"cintakan dunia, takutkan mati.."-definisi wahan dari Rasulullah saw..
 
kita kata kita cintakan ALLAH..dan agama ini, agama islam..bila karikatur mengenai Rasulullah, satu dunia umat islam yang bangkit membuat bantahan..saya tak kata la ia salah..bagusla tu, ada juga kesedaran...lakukan batahan secara dmai la katakan..kita laungkan, hidup islam..tapi sebenarnya kita yang membunuh islam itu sendiri..fikir2kan..kita yang menghidupkan budaya kafir dalam kehidupan..zina merata2, anak2 luar nikah bertimbun, yang hidup, yang tak didaftarkan, yang telah meninggal, yang dibunuh, mana laungan islam tu? saya rasa kalian yang membaca dah naik muak dengan kata2 ni...mana solusinya? cara jauhi zina yang bermula dengan couple ini??? 



sila rujuk saifulislam.com..ada post terbaru ustaz mengenai jauhi zina..sila la baca...banyak perongsian dari ustaz..sama2 manfaatkan..apa guna menulis jika tidak termanfaatkan?


http://saifulislam.com/?p=8139#more-8139



waallahua'lam

Tuesday, June 1, 2010

LL4G

salam..tentu kalian mengikuti berita konvoi LL4G..masyaALLAH..malam ni kul 10++pm IKIM menghubungi HALUAN..alhamdulillah dapat update terkini..namun mereka disana terputus hubungan 1000%. semua talian diputuskan..
bagaimana keadaan krew yang berada dalam kapal berkenaan. seluruh NGO dari seluruh dunia bersama2 mahu menghantarkan hantaran keperluan kepada saudara kita palestine. mereka disana amat butuhkan keperluan..namun kebiadaban israel laknatullah melampau..betul2 melampau! sunguh dunia telah melihat dan sudah sedar siapa sebenarnya terorist..namun? kata2 work ur word..tinggal debu yang diterbang angin..dibawa jauh2. 
 ketika waktu subuh semalam, kapal konvoi telah diserang dan komando israel laknatullah telah turun ke dek kapal dan menawan kapal berkenaan..mereka menawan kapal diluar kawasan mereka. mereka diserang 65 km di perairan antarabangsa dimana kawasan itu adalah bebas.dan sepatutnya tidak berlaku apa2..sebagaimana yang kita sedia maklum, misi ini adalah misi kemanusian dan tidak ada apa2 senjata yang mereka bawa hatta sebaranng paku..
kita sedang berdepan dengan manusia yang sememangnya keras hati..perangai seperti kera..pelik juga mereka ini tidak gerun untuk melawan dan membunuh manusia..yang tidak bersalah..hati apakah mereka ini?? sesungguhnya ALLAH telah menyediakan neraka Huthomah buat mereka...tapi itu antara ALLAH dan mereka..tapi bagaimana kita? kerana ALLAH pasti akan bertanya pada kita.apa tindakan kita untuk menyelamatkan negeri al-'Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat islam? adakah kita hanya memandang sayu dengan mengungkapkan "kesian..kesian..kesian.."
sedarlah bahwa ini bukan hanya berkaitan diri kita dan kita..tapi kita dan ummah..umat islam..
waallahua'lam

4 more info..:

www.lifeline4gaza.com