dig into the CAVE

Thursday, June 24, 2010

buat lah sesuka hati mu


pemalu kah anda??

adakah anda pemalu??

adakah pemalu itu anda??

maka apa sahaja persoalan dan gaya soalan, maka jawapan nya cuma 2..

ya atau tidak..

malu pun ada 2..bertempat atau tak bertempat.. (haish..macam...macam)


Abu mas'ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri ra berkata, Rasulullah saw bersabda,

"Sesungguhnya sebagian dari apa yang telah dikenal orang dari perkataan kenabian yang pertama ialah, 'Bila engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendak hatimu.'."


malu sebahagian dari iman..

malu akan membatas kan kita melakukan sesuatu..

jika tak kena pada tempatnya..maka malu tak bertempat namanya..

 pernah la kena tembak 2 3 das..sebab malu seperti diatas...

"malu nak bertanya, malu nak jawab soalan, malu nak buat baik..dan etc.."

memang betul kalau malu, ia akan membataskan..(jangan tiru sikap diatas yang semestinya tak bertempat,,kalian dan aku harus berani..berani dalam menyatakan kebenaran..berani bertanya bagi menerang jalan..berani untuk berubah kearah yang lebih baik..)


andai tiada malu, maka buatlah sekehendakmu..

berkongsilah dengan semua orang..

gamba aksi manja..dengan jelingan mata keatas (trend budak zaman sekarang) untuk mendapatkan effect mata lebih besar bagi yang ada rasa2 semacam mata dia itu cantik..dan memang sesuai untuk ditayangkan...bukan untuk mentadabbur alam..

senyuman manis dari bibir merekah bak delima tak masak..

yeah..upload la banyak2 dalam facebook..

ada boyapren merupakan kebanggaan..memandangkan amatlah sukar untuk bertemu dengan kaum adam yang ramainya menuntut di pudu dan yang sama taraf dengannya..


 
hai anak gadis...buatlah sesuka mu andai tiada malu lagi...


sudah cukuplah.aku menegur diri ku buat kali ini..
maaf andai rasa mual..insyaALLAH..teguran diatas adalah buat diri yang dhoif ni...

Wednesday, June 23, 2010

nah ! jawapan untuk baitul muslim

ana baru jer post pasal BM~~
sekali bukak blog kak ipah..
trus...
terkaku lidah ini..jari jemari freeze..


well~ selamat membaca..



sila bukak link dibawah..

baitul muslim..~~


maka bagi mengelakkan zina yang semakin berleluasa..ana menyokong apa yang dikatakan seperti diatas.

haha..kak ipah..im soooo sorry..~~

tapi jangan bimbang, ana akan tunggu akak punya walimah dulu.. (..ana masih muda..)

oh..jangan pk mcam2 lak..actually, ana bercerita pasal BM sebab kat MISI ritu..memang asek2 crita BM...
sikit2 BM..sikit2.BM...ikhwah especially..(haish)


well.. ada 2 kali program pasal BM masa kat MISI..
satu dalam bentuk forum..satu lagi panduan isi borang..ahaks...

(mak cik tak der borang..tak sempat potostate..ana yakin dan sure sekali.. kalau ada borang tu beratur yang mengisinya)

hahah..tak per..usah risau..

mak cik pesan, "kalau betul2 rasa wajib nak walimah jer datang jumpa mak cik.."
lagi pon yang dah isi borang ada 300 akhawwat..ikhwah..ntah mana pergi..

makanya, masih ramai yang tak dipanggil untuk anta profil diri..


p/s: 
  • kepada semua ukh..bersabarlah..kerana jodoh antunna pasti ada.. (macam buat pesanan untuk diri sendiri jer)
  • persiapkan diri sematang2nya..sebab akad itu akan merubah hidup ini 1000degree..(shahadatul haq lah)



kapal`~


analogy:

dikisahkan ada sebuah kapal..ada bahagian atas dan bahagian bawah..mereka yang berada di bahagian bawah , bila sudah kehabisan bekalan, mereka mendaki keatas untuk mengambil bekalan..penat dan lelah..bersusah payah hanya untuk mendapatkan bekalan air dan makanan...tapi..mereka yang diatas..yang bersenang lenang..merasa cukup selesa..berpasung tangan..mendapat secukupnya cahaya..bekalan mencukupi..boleh buat BBQ kat atas dek...apa salahnya mereka yang diatas sama2 membantu yang dibawah..andai yang dibawah memerlukan, hulurkan bantuan..namun, apabila mereka melihat yang dibawah bermandi peluh dan sesekali mengharapkan pertolongan merek..sayang seribu kali sayang, mereka yang merasakan diri mereka cukup  bersih dan high class casta ..memandang hanya satu mata mereka yang dibawah dengan jelingan yang penuh rasa jijik...
"kau sudah kotor..jangan dekati aku..!" bentak mereka yang diatas..

hinggakan satu masa yang dibawah merasa, 

"cukuplah disini..aku sudah penat..mengharapkan manusia yang diatas..kita bukan siapa2..mereka cukup bahagia punya Tuan..tidak kita..kita jijik dan hina..maka sama sahaja bagi kita walau dimana pon kita.."

maka bersyuralah mereka mngenai bagaimana mereka dengan mudah untuk mendapatkan air ..tanpa perlu bersusah payah lagi naik keatas..penat..mereka amat tenat..untuk mengharap dan memandang jelek wajah2 mereka yang exclusive diatas..


"pada pandanganku, apa kata kita tebuk saja lubang pada kapal ini..kemudian kita pasang la kepala paip..jadi, kita boleh dapatkan air dengan mudahnya.."


"wah..cadangan yang baik..ayuh gempur!"

apalagi..tenggelamlah segala isi kapal..tiada satu yang tinggal..akhirnya..yang diatas yang merasakan diri mereka exclusive tenggelam bersama mereka yang mereka merasakan jijik itu..




moral:

  • para duat, jangan merasakan diri antum adalah golongan berkasta tinggi atau antum adalah dari golongan exclusive yang dipilih ALLAH.. sperti yang berlaku pada yahudi laknatullah
  • antum yang bertanggungjawab menasihati mereka2 agak tidak menjerumuskan diri "menebuk kapal" sebagai jalan singkat mendapatkan kesenangan..dan akhirnya antum jua yang rugi dan lemas bersama dalam kapal..

















Tuesday, June 22, 2010

pesan Baginda

Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda,




"Jangan saling menghasud, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi, dan janganlah sebahagian 

dari 

kalian membeli barang yang telah dibeli orang lain. Jadilah hamba-hamba ALLAH yang bersaudara. Orang 

muslim adalah bersaudara bagi muslim yang lain, maka jangan berlaku aniaya kepadanya, jangan 

menelantarkannya, jangan membohonginya, dan janganlah merendahkannya. Takwa itu disini, (Baginda 

mengucapkan ini sambil menunjukkan kedadanya dan mengulanginya 3 kali). Cukuplah seseorang 

dikategorikan 

jelek apabila dia merendahkan saudaranya sesama muslim. Darah, harta, dan kehormatan setiap muslim 

adalah 

haram bagi muslim yang lain." (h.r Muslim)


ceria


adakah muka anda dan (er..ana sendiri) ceria seperti itu bila hadirkan jasad dan hati ke halaqah usrah..?

atau jasad sahaja yang diheret...namun hati menjauh pergi tanpa diikatkan bersama2 hati2 yang lain...?

dengan penuh keihklasan menghadiri usrah...nak cas iman katanya..

tengah2 hujan sanggup tunggu..bas lambat ~~tetap tunggu..

kelas malam..abeh lambat..nak jugak p usrah..5 minit terakhir pon tetap nak p usrah..




ada training army, rasa serba salah sebab tak dapat p usrah..antara training yang meningkat pemecahan lemak dalam badan atau usrah yang harapnya dapat meningkatkan takwa kepada ALLAH..punya 2 pilihan yang kedua2nya baik..maka imbalan iman amat diperlukan...mana satu pilihan yang lebih mendekatkan diri dengan ALLAH..


mampu kah aku menjadi seperti yang diatas??


usrah dan usrah..dan...usrah


"jika antum rasa seronok bila dapat usrah..rasa rindu yang tak terungkap..jadi kenapa tak mau kongsikan rasa bestnya usrah dengan yang lain..if tak seronok tu la yang menyebabkan kita tak ajak orang lain joen usrah gak tu.." kata pak ustaz


sambungnya lagi..


"sapa orang kedah? apa makanan yang best kat kedah?"


"kuey teow kungfu kedah paling best didunia" jawab anak muridnya yang sedang demam.


"haa..kalo kuey teow kungfu kedah best, kita mesti nak orang lain cuba jgak kuey teow kungfu tu..apatah lagi kita yang dah pernah makan ni..mesti nak kongsi and promote kuey teow kungfu yang terbaik didunia..tak der yang best selain kuey teow kungfu kedah... mana2 kita p mesti kita tak terlepas dari khabarkan yang kuey teow kungfu tu best..promote semahu2nya..let's the world hear..!"




sambung pak ustaz lagi.."begitu juga usrah..jika kita rasa keseronokkan menghadirkan jasad dan hati ke usrah kita..maka sampaikan dan kongsikan dengan semua orang yang usrah itu amat berharga..bia semua orang rasa..but if, ada orang tak suka 'kuey teow kungfu' maka bia dia buat 'pilihan lain' yang mungkin sama enak dengan 'kuey teow kungfu'..tapi akhirnya membuatkan dia terisi jiwanya (ruhhi) bukan perutnya sahaja.."




jadi para2 duat..sampaikanlah yang usrah itu adalah tempat berkumpulnya hati2 yang ingin mencari redha ALLAH..dan ia salah satu madrasah tarbiyyah yang kita akan dapat stiap minggu.. recharge ur iman...










sebarkan risalah

dah lama tak naip artikle..artikel untuk floormate..

saja nak share..

ini artikel 1st ana post bawah pintu floormate..keja yang sikit harapnya mendpat imbalan dari ALLAH..


Salam....ukhti ..
Alhamdulillah...bagaimana test 2? Berjalan lancar?
InsyaALLAH segala kepayahan dan kemudahan itulah yang banyak mengajar kita erti ‘campus life’ yang mungkin ada yang amat excited bila 1st time dapat tawaran masuk UPM yang penuh berkat ni..tapi bagi yang terasa UPM adalah pilihan yang salah...maka jawapan yang saya bagi pada uhti adalah ...La’ (tidak).. sebab ukhti dah memang terpilih.. u are the chosen one...ALLAH choose you to stay in UPM. Sadarilah hakikat itu. Pernah tak terasa amat bertuah bila dapat jejakkan kaki masuk UPM ni..??UPM ‘green campus’...pernah? yeah!! Kita berkongsi rasa yang sama..
Memang betul, kalo kita tak duduk and renung kejap, kenapalah ALLAH pilih kita kat UPM, kita takkan tahu sebab pe. Bagi ukhti yang dah nak abeh blaja dah...masih belum terlambat...jangan risau..sebab..selagi nyawa dikandung badan, jasad masih mampu bergerak seizinNya, maka ukhti masih punya waktu. Silalah fikir..tapi kalo rase buang masa, tak per...tak penting sangat..sebab berfikir tentang kematian dan bersiap sedia meghadapinya adalah lebih utama...Kekasih kita­  _ Rasullah saw pernah bersabda..”orang yang paling bijak adalah yang selalu memikirkan kematian dan membuat persiapan untuk menghadapi saat kematian tersebut...”
Syukurkan, KITA yang terpilih...tapi bagaimana sahabat2 kita yang kat luar yang masih lagi terumbang ambing dengan kehidupan luar yang kita sendiri tak jangka apa yang mereka lalui...KITA manusia yang amat bertuah..dalam ramai2 manusia yang apply UPU hari tu, dalam ramai2 yang apply nak masuk UPM, dalam ramai2 yang pilih kos tu...KITA yang dapat...!! WOW tak???WOW kan!! Eh2..silap...ALHAMDULILLAH...(**kalau la mungkin saya dah terlambat untuk post ‘blog’ atas kertas ni, maaf yer..)
Tulakan..kadang2 kita terlepas pandang..memang perkara ni nampak remeh.. tapi, adakah ALLAH meletakkan kita kat UPM atau dalam skop yang lebih besar,  dunia ni...adalah hanya untuk sia2? Jom kita semak Quran, surah AL-Mu’minun ayat 115...ALLAH telah merakamkan ayat yang amat menarik kat situ...
 "maka apakah kamu mengira bahwa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud)dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Ok, kat situ dah sah2 kita tgok apa yang ALLAH dah kata kat kita, yang sebenarnya ada  sesuatu yang kita kena buat...sebab kita diciptakan bukan untuk sia2..betol tak? “Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa” Al-Baqarah : 2
Orang yang sia2 tulah orang yang rugi di dunia dan di akhirat yang kekal abadi..Nauzzubillah..doakan kita tidak temasuk dalam golongan yang sia2..apa yang menakutkan sangat bila jadi orang yang sia2 ni? Sebenarnya bertapa ramai orang kafir yang menyesali perbuatan mereka di bumi kerana mereka tidak beriman..mereka inilah orang yang sia2 ketika dibumi..dimana bila saat kebangkitan semula di padang mahsyar - yang luasnya tidak dapat kita bayangkan panasnya, tak dapat kita jangkaukan di akal yang waras ini, lautan manusia dari kaum nabi Adam hinggalah kaum nabi Muhammad saw dikumpulkan – orang2 kafir pada saat itu berharap yang mereka dapat dihidupkan kembali ke bumi dan mereka akan beriman jika masih ada peluang... tapi semuanya terlambat..soal diri kita, adakah kita mahu menjadi seperti orang2 kafir itu sedangkan kita ada Al-Quran dan telah membaca AL-Quran..?
La’ bukan? Kita tak nak jadi seperti mereka2..jadi, mari kita fikir balik apa yang menyebabkan kita tak jadi manusia yang sia2...sebab ALLAH cipta kita bukan untuk sia2...sebab tugas kita adalah:
1.   Beribadah..
·        “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” Az-zariyat: 56
·        Nah, ALLAH dah state dalam Quran...=)
·        Tapi janganlah kita rigidkan fikiran bahwa ibadah hanya solat, puasa, zakat, p haji jer..(ibadah khusus)
·        Sebab, ibadah ada stu lagi yakni ibadah umum..kehidupan seorang muslim darpada bangkit tidur sampai nak tidur balik sebenarnya SEMUA ADALAH IBADAH jika semua itu diniatkan kerana ALLAH..mudah secara teori dan tak mustahil semua boleh dipraktik (lakukan) sebab kita semua berasal dari fitrah yang sama..sukakan kebaikan..=)
·        Pergi kuliah, masuk kelas, keluar kelas, g cafe beli makanan, makan, minum,  turun bus, naik bus, basuh kain, tidur, STUDY, jawab exam, susun kasut, iron tudung, iron baju dll...(*banyak sangat ibadah yang kita boleh buat dengan syarat KERANA ALLAH)
2.   Khalifah (pentadbir)
·        “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,”Aku hendak menjadikan khalifah di bumi....” Al-Baqarah:30
·        Khalifah bukan hanya menjaga kebersihan         sungai, jaga kebajikan haiwan yang pupus, tak buang sampah merata2,mejaga hubungan ngan manusia (na’am (betul), semua tu penting...tapi ada lagi yang lebih penting...yaitu amar makruf nahi mungkar... (mnyuruh kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran/maksiat)
*** Jadi? Penting sangat ker?
****Jawapannya na’am!.sebab kalau bukan kita yang menegakkan islam, maka siapa lagi? Kalau bukan diri kita yang nak jadi baik, maka siapa??? Kalau bukan kita yang meneruskan tugas Rasulullah, maka siapa? We are muslim..wake up young muslim!! Tanya iman di dada..sebab kuasa merubah ada ditangan ukhti..
*****dah tahu, insyaALLAH sama2 amalkan...=)
Waallahua’lam
By_hidayah130
  p/s: 


artikel diatas adalah salah satu dan article pertama yang ana post kan untuk floormate..ketaq la jugak masa nak post bawah pintu mereka2 yang bertuah..hehe...balik2 bilik terus terduduk..puas..aku dah mula kan dah! every week ana hantar..insyaALLAH..disebabkan ana dah mula pon lambat, sem depan kena hantar 2 article a week la..harap2 tak der orang mual baca article ni..




timbul gak kebimbangan di hati..dan ini amaran ALLAH bagi yang kata tapi tak buat..


as-Saff:2-3


sendri mau ingat la eh hidayah razak