dig into the CAVE

Sunday, July 4, 2010

getah oh getah

ada sebuah cerita..

" sorang pak cik yang bernama. seorang penoreh dan pencinta getah yang setia..mana2 pergi musti cakap pasal getah yang dia suka tu la..kemudian dia sanggup untuk ke luar negara dan meng'invest' kan harta semata2 nak tahu dan belajar apa2 pasal getah..maka dia betul2 pulun belajar getah supaya senang nanti dia nak berkongsi pasal getah ngan sapa2 yang dia jumpa dan berminat...
satu hari pakcik yang bernama dijemput ke satu majlis dan dia dmiminta untuk memberi talk..
nak dijadikan cerita..dah takdir..kat majlis tu, talk  yang dia perlu sampaikan adalah perihal lembu..
masyaALLAH..macam mana dia nak kongsi ni..satu apa pon dia tak tau pasal lembu..dalam otak dia semua getah...maka..dia membuat keputusan untuk meneruskan talk berkenaan dan tak mau menghampakan semua yang hadir dek kerna nak dengar talk pasal lembu...

pakcik itu pun mem 'bla-bla-bla-' .bercerita pasal lembu la..apa lagi..

"lembu yang jenis besar tu datang dari bangladesh tau..mak saya dulu ada bela..apa ntah namanya..mak saya selalu tambat lembu tu kat pokok getah...dan bla-bla-bla..."

dan sepanjang "bla-bla-bla" pak cik itu..semuanya berkisar tentang getah ...


apa apakah ibrah/ pengajaran yang diperolehi?

p/s:
~maaf andai yang tak clear dengan cerita ini..
~if tak nampak per yang nak disampaikan ..nant tanya yer..hehh



tiada yang lebih susah selain berubah

salam..ni mungkin menjadi sesi luahan perasaan..

maaf bagi yang mual nak baca..

hmmmmmm..

keputusan ini bukan mendadak..tapi ia dah lama bergejolak dalam diri ana sendiri..
mula-mula tak rasa sangat la untuk perubahan ini..
sebelum ni naqibah ana ada cakap..buat timeline..bila kita nak berubah sikit2..
memang timeline tu bagus..schematic..dan memang buat kita rasa macam..

"baiklah, aku kena achive that target and what ever happen kena jugak ikut.." haha..

tapi apa yang ana lihat dari pengalaman ana sendiri..perubahan tak jadi sukar bila mmg kita nekad dan tahu kenapa perlu berubah..

kenapa ana begini?

1st..bila ana begini  dapat rasai kelainan nya..memang lain..merasa diri terjaga dan menjaga..
menjaga disini bermaksud, ana harap dari perubahan ini membuatkan ana kurang sket "hu-ha-hu-ha" dan dapat mengawal keliaran mata, mulut dan terutama hati yang orang lain tak nampak tapi ALLAH nampak..

2nd..all people deserve to make a change to be a better person..kalau nak tunggu..tatau la sampai bila..

tapi yang penting skali..niat dan tahu kenapa perlu berubah..

snanye yang dulu pon Ok..cme..mahukan kelainan..insyaALLAH terbaik..!

~pakai tudung macm mana pon tak per..asal..menepati syarak..tebal (tak menampakkan warna kulit dan leher), tak terlampau lembut (mungkin faktor angin nanti akan menggugat),  bwah paras dada (menutupi dada)
dan pemakaian juga..pkai tudung tapi baju dan seluar ketat..maka tak bermaknalah ia..

..wanita yang berpakaian tapi telanjang adalah ahli neraka...

jadi cover ur aurah..so..insyaALLAH ke Jannah~

pagi tadi:
"mak ada jgk tanya bila nak pkai balik tudung bulat..mak ana cakap "kata nak pkai bila dah tua..ni dah tua tapi tak pkai lagi.."

"aish..masa muda ni la kena tutup..tua nanti tak der orang nak tengok dah..muda ni la ramai mata liar nak tengok..jadi jagalah diri tu.."

kami terkedu..ada betulnya jugak..

sbnanya tak jadi isu tudung bulat or 2 or 3  segi... yang penting..menepati ciri2 menutup aurat yang benar2 ALLAH suruh..
dan tak der yang dapat mendebatkan isu tudung sebab since ur muslimah..wajib atas kamu menutup aurat..bukan hanya tudung tapi pakaian..

Thursday, June 24, 2010

buat lah sesuka hati mu


pemalu kah anda??

adakah anda pemalu??

adakah pemalu itu anda??

maka apa sahaja persoalan dan gaya soalan, maka jawapan nya cuma 2..

ya atau tidak..

malu pun ada 2..bertempat atau tak bertempat.. (haish..macam...macam)


Abu mas'ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri ra berkata, Rasulullah saw bersabda,

"Sesungguhnya sebagian dari apa yang telah dikenal orang dari perkataan kenabian yang pertama ialah, 'Bila engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendak hatimu.'."


malu sebahagian dari iman..

malu akan membatas kan kita melakukan sesuatu..

jika tak kena pada tempatnya..maka malu tak bertempat namanya..

 pernah la kena tembak 2 3 das..sebab malu seperti diatas...

"malu nak bertanya, malu nak jawab soalan, malu nak buat baik..dan etc.."

memang betul kalau malu, ia akan membataskan..(jangan tiru sikap diatas yang semestinya tak bertempat,,kalian dan aku harus berani..berani dalam menyatakan kebenaran..berani bertanya bagi menerang jalan..berani untuk berubah kearah yang lebih baik..)


andai tiada malu, maka buatlah sekehendakmu..

berkongsilah dengan semua orang..

gamba aksi manja..dengan jelingan mata keatas (trend budak zaman sekarang) untuk mendapatkan effect mata lebih besar bagi yang ada rasa2 semacam mata dia itu cantik..dan memang sesuai untuk ditayangkan...bukan untuk mentadabbur alam..

senyuman manis dari bibir merekah bak delima tak masak..

yeah..upload la banyak2 dalam facebook..

ada boyapren merupakan kebanggaan..memandangkan amatlah sukar untuk bertemu dengan kaum adam yang ramainya menuntut di pudu dan yang sama taraf dengannya..


 
hai anak gadis...buatlah sesuka mu andai tiada malu lagi...


sudah cukuplah.aku menegur diri ku buat kali ini..
maaf andai rasa mual..insyaALLAH..teguran diatas adalah buat diri yang dhoif ni...

Wednesday, June 23, 2010

nah ! jawapan untuk baitul muslim

ana baru jer post pasal BM~~
sekali bukak blog kak ipah..
trus...
terkaku lidah ini..jari jemari freeze..


well~ selamat membaca..



sila bukak link dibawah..

baitul muslim..~~


maka bagi mengelakkan zina yang semakin berleluasa..ana menyokong apa yang dikatakan seperti diatas.

haha..kak ipah..im soooo sorry..~~

tapi jangan bimbang, ana akan tunggu akak punya walimah dulu.. (..ana masih muda..)

oh..jangan pk mcam2 lak..actually, ana bercerita pasal BM sebab kat MISI ritu..memang asek2 crita BM...
sikit2 BM..sikit2.BM...ikhwah especially..(haish)


well.. ada 2 kali program pasal BM masa kat MISI..
satu dalam bentuk forum..satu lagi panduan isi borang..ahaks...

(mak cik tak der borang..tak sempat potostate..ana yakin dan sure sekali.. kalau ada borang tu beratur yang mengisinya)

hahah..tak per..usah risau..

mak cik pesan, "kalau betul2 rasa wajib nak walimah jer datang jumpa mak cik.."
lagi pon yang dah isi borang ada 300 akhawwat..ikhwah..ntah mana pergi..

makanya, masih ramai yang tak dipanggil untuk anta profil diri..


p/s: 
  • kepada semua ukh..bersabarlah..kerana jodoh antunna pasti ada.. (macam buat pesanan untuk diri sendiri jer)
  • persiapkan diri sematang2nya..sebab akad itu akan merubah hidup ini 1000degree..(shahadatul haq lah)



kapal`~


analogy:

dikisahkan ada sebuah kapal..ada bahagian atas dan bahagian bawah..mereka yang berada di bahagian bawah , bila sudah kehabisan bekalan, mereka mendaki keatas untuk mengambil bekalan..penat dan lelah..bersusah payah hanya untuk mendapatkan bekalan air dan makanan...tapi..mereka yang diatas..yang bersenang lenang..merasa cukup selesa..berpasung tangan..mendapat secukupnya cahaya..bekalan mencukupi..boleh buat BBQ kat atas dek...apa salahnya mereka yang diatas sama2 membantu yang dibawah..andai yang dibawah memerlukan, hulurkan bantuan..namun, apabila mereka melihat yang dibawah bermandi peluh dan sesekali mengharapkan pertolongan merek..sayang seribu kali sayang, mereka yang merasakan diri mereka cukup  bersih dan high class casta ..memandang hanya satu mata mereka yang dibawah dengan jelingan yang penuh rasa jijik...
"kau sudah kotor..jangan dekati aku..!" bentak mereka yang diatas..

hinggakan satu masa yang dibawah merasa, 

"cukuplah disini..aku sudah penat..mengharapkan manusia yang diatas..kita bukan siapa2..mereka cukup bahagia punya Tuan..tidak kita..kita jijik dan hina..maka sama sahaja bagi kita walau dimana pon kita.."

maka bersyuralah mereka mngenai bagaimana mereka dengan mudah untuk mendapatkan air ..tanpa perlu bersusah payah lagi naik keatas..penat..mereka amat tenat..untuk mengharap dan memandang jelek wajah2 mereka yang exclusive diatas..


"pada pandanganku, apa kata kita tebuk saja lubang pada kapal ini..kemudian kita pasang la kepala paip..jadi, kita boleh dapatkan air dengan mudahnya.."


"wah..cadangan yang baik..ayuh gempur!"

apalagi..tenggelamlah segala isi kapal..tiada satu yang tinggal..akhirnya..yang diatas yang merasakan diri mereka exclusive tenggelam bersama mereka yang mereka merasakan jijik itu..




moral:

  • para duat, jangan merasakan diri antum adalah golongan berkasta tinggi atau antum adalah dari golongan exclusive yang dipilih ALLAH.. sperti yang berlaku pada yahudi laknatullah
  • antum yang bertanggungjawab menasihati mereka2 agak tidak menjerumuskan diri "menebuk kapal" sebagai jalan singkat mendapatkan kesenangan..dan akhirnya antum jua yang rugi dan lemas bersama dalam kapal..

















Tuesday, June 22, 2010

pesan Baginda

Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda,




"Jangan saling menghasud, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi, dan janganlah sebahagian 

dari 

kalian membeli barang yang telah dibeli orang lain. Jadilah hamba-hamba ALLAH yang bersaudara. Orang 

muslim adalah bersaudara bagi muslim yang lain, maka jangan berlaku aniaya kepadanya, jangan 

menelantarkannya, jangan membohonginya, dan janganlah merendahkannya. Takwa itu disini, (Baginda 

mengucapkan ini sambil menunjukkan kedadanya dan mengulanginya 3 kali). Cukuplah seseorang 

dikategorikan 

jelek apabila dia merendahkan saudaranya sesama muslim. Darah, harta, dan kehormatan setiap muslim 

adalah 

haram bagi muslim yang lain." (h.r Muslim)