Monday, August 16, 2010

Pelajar Gaza Mendapat Kecemerlangan Menakjubkan

Pelajar Gaza Mendapat Kecemerlangan Menakjubkan





Khamis, 29/07/2010 – Pihak Jabatan Pendidikan mengumumkan bahawa pelajar puteri, Nur Ismail dari Khan Yunis selatan, Semenanjung Gaza menduduki tempat pertama sekolah menengah seluruh Palestin untuk jurusan sains. Dalam majlis tersebut diumumkan juga, empat pelajar dari Gaza termasuk 10 terbaik di jurusan yang sama. Sementara 10 terbaik untuk jurusan sastera, enam di antaranya berasal dari Gaza. Ini bukan berita biasa, tetapi sangat luar biasa. Ini kerana sekolah-sekolah di Semenanjung Gaza yang dihancurkan Israel dan guru serta pelajarnya tahun ini dalam keadaan yang sangat daif dan sukar. Di tambah lagi dengan sekatan yang sangat kejam terhadap Gaza. Semua kesukaran tersebut boleh sahaja menjadi alasan kepada mereka yang mempunyai nilai dan jati diri yang rendah. Barangkali lulus sahaja sudah merupakan satu pencapaian yang besar. Namun ketika tempat pertama di jurusan sains adalah seorang puteri dari Khan Yunis dan 10 terbaik adalah pelajar dari Gaza, maka rasanya pencapaian ini menjadi sangat menakjubkan.



Murid-murid dari Gaza menghabiskan tahun pembelajaran yang lalu dalam keadaan sekolah serba kekurangan dari segala segi sama ada tenaga pengajar, buku, buku tulis, alat-alat sekolah dan kemudahan asas sekolah yang lain. Apatah lagi ketika bekalan letrik sering terputus, memaksa murid mengulangkaji pelajaran dengan lilin atau menggunakan lampu tradisional. Ini belum dilihat lagi dari aspek sekatan yang dilakukan regim Zionis dan serangan militan Israel pada bila-bila masa.



Dari luar, kita merasakan begitu kagum dengan kejayaan tersebut. Namun jika kita memperhatikan keadaan sebenar di Semenanjung Gaza dan keperitan hidup seharian yang mereka tempuhi, maka kekaguman itu akan menjadi berlipat kali ganda.



sumber : COMES

penterjemah : osman

sebijik di copy dari : http://palestinkini.info/
 
amat bermotivasi mereka2..memnag betul ..semakin sukar kita nak dapat sesuatu makin manis apa yang akan kita dapat..ingin mengambil dan gunakan semangat mereka!!
 
semoga ALLAH sentiasa bersama kalian!

Thursday, August 5, 2010

menyeru diri ini

bismillah

enteng sekali dimata kita..kerana tiada merasakan kebutuhan menghulurkan tali untuk mereka berpaut..yang sepatutnya tarik perlahan2..andai tidak mampu serulah sahabat2 yang lain untuk membantu..tarik bersama2 mereka yang hampir terhanyut...tenangkan mereka..memberi mereka harapan bahawa 'oksigen' yang mereka butuhkan masih ada..

sungguh, mereka yang sebenarnya berada di datar gersang, panas sekali..namun tak sedar mereka terhydrasi dan bisa mati dek panas dunia..mereka merasakan bahawa mereka adalah manusia yang sihat dan tak perlukan ubat dan doktor.

merasa kan diri berada di lembah yang penuh dengan nikmat...bergembira tanpa memikirkan yang 'di atas'..mereka terperangkap di tanah gersang..di tebing yang curam yang akan menjerumuskan mereka..mereka akan mati kelemasan dibawah timbunan kegembiraan yang sementara..

merasakan diri tak butuhkan tuhan...lupa bahawa diri ini adlah hamba..membutakan hati..menikam2 hati hingga akhirnya ia mati...

dimanakah  harapan itu?

Maha Suci Mu ALLAH, tiada kekuatan bagiku selainMU..

Engkaulah harapan ku untuk membantu mereka..perbetulkan niat ini..jauhkan diri ini dari khauf terhadap yang lain...