dig into the CAVE

Sunday, April 15, 2012

Enzim Apekah utk Digest Buku humph...

assalamualaikum

enzim yang diperlukan adalah GABUNGAN antara

RAJINase+ FAHAMase + FOKUSase + IMAN-ase

sedang cube membaca, memaham DENGAN daya fokus luar biasa (nak fokus mcam dlu) 
buku Abbas as-Sissii...

bertambah enzim iman-ase akan memudahkan urusan praktikal nya nnt insyaALLAH

Akh Abbas As-Sissii
Akh acuan Ikhwanul Muslimin ini superb
berjuang bersama IHAB
halus sekali perasaannya
walau hanya sekadar menatap hasil gerakan jemari beliau
jari yang tegar dengan syahadah
yang tidak sesekali akan menulis yang batil

aduh...
rindu akan ukhwah islamiah~

<3 akhawat fillah insyaALLAH
ya ALLAH tunjukkan aku cara berkasih sayang kerana-Mu terhadap saudari2 ku



Friday, April 13, 2012

Lumpur



maka benarlah manusia harini berlari-lari kearah lumpur busuk...

Tuesday, April 10, 2012

Kap Ba Ro Kap Alip Ta Nun :)

Assalamualaikum

"kita ada duit 10 ringgit je dalam dompet, dengan duit 10 inggit tu kita guna..sekali lagi buka dompet ade lagi 10 ringgit tu.." (bukan magis)

[credit: purse addict] 

hmm...paham?

kerja yang kita buat banyak berbanding masa yang kita guna
kita akan merasakan ke'lama'an masa/masa berjalan dengan lambatnya pada satu ketika dan banyak kerja yang boleh disiapkan - = = ' pernah?
(ya...mungkin ada kaitannya dengan tahap kerajinan, kefokusan, dan kepantasan serta keIMAN'an...haaaa)

...................................
[Barakah is an attachment off the good deeds]
attachment :: berserta

apa sahaja yang kita buat akan ada benda baik yang kita dapat

menarik kan?
tapi barakah akan dapat dengan hanya mimpi2..seperti IMAN...
sebab barakah tu akan hadir dengan memohon doa pada ALLAH..smoga kebaikan akan sentiasa melekat pada kita~~~


"semoga ALLAH memBERKATI kamu"
"Barakallahulakum..."
ucapan biasa...
tapi makna dia besar kot ..

pernah dengar lagu Barakallah dari Maher zain?
lagu pasal doa Rasulullah saw buat pengantin?
--haruslah sume orang penah dengar--huish (- -,)

::Pengantin::

sape xnak kan?
bagi yang akan melangkah...
aku nak pesan (even aku belum lagi nak ke arah nikah2 ni)
mcam mana Rasulullah berpesan dalam Hadis Rasulullah saw



” Jagalah Allah niscaya engkau mendapatiNya di hadapanmu, kenalilah Allah di saat lapang, niscaya Dia mengenalimu di kala sulit. Ketahuilah bahwa apa yang luput darimu tidak bakal mengenaimu, dan apa yang mengenaimu tidak bakal luput darimu. Ketahuilah bahwa bersama kesabaran ada kemenangan, bersama kesusahan ada jalan keluar, dan bersama kesulitan ada kemudahan .”-Riwayat Tarmizi



jaga lah ALLAH dalam setiap apa yang kita lakukan.
tahu apa Do and Don't pada sudut pandang ALLAH
ALLAH ade senarai dalam Al-Quran pon apa yang Dia suka atau tak
ada yang kita tahu pon
lihatlah apa yang ALLAH larang itu sebagai tanda Ar-Rahman dan Ar-Rahim ALLAH pada kita
kasih sayang ALLAH pada kita...masyaALLAH..

lihatlah kelangit berkali-kali..


maka tidak ada satu cela pada pandangan mata hingga mata itu akan penat sendiri
kerana semuanya dah terbaik...sempurna

apa aku nak kata sebenarnya..
huh = ='
sebab tu aku tak suka bahasa berlapik2 ni..
ia buat aku lupe dan topik pon bleh lari sebab lama sangat..



 okeh..settle down = =" sigh*

manusia yang rasa selesa dengan apa yang dia ada
pasti dengan mudah akan melupakan ALLAH
dan ketahuilah bahawa kehidupan dunia ni
kesenangan yang ada adalah ibarat
[seorang ayah yang memberikan kalung palsu buat anak kecilnya]

anak kecil itu pasti gembira kan
sedang bagi anak 'dewasa' yang tahu nilai 'kalung' tu pasti tak de hati

mungkin harini bagi yang sedang melangkah ke arah yang halal...(pernikahan)
jangan lupa pasti dalam perjalanan akan tetap diuji keimanan tu
bagi yang masih dalam tali ikatan pertunangan peliharalah
peliharalah keberkatan itu..jagalah batas dalam masa pertunangan tu..
kawal bercakap dalam tepon
topik perbualan
apa yang kita tanam harini, itulah yang akan kita tuai kelak...
keberkatan itu lebih penting dari segalanya



but fix it.. follow what ALLAH want..

islam ni mudah..tapi jangan ambik mudah...
tersasar nanti..

aku concern sebab tu aku tulis...
nak bercakap
aku kena karang ayat sesuai untuk target dulu






Thursday, April 5, 2012

7 cara berukhwah kerana ALLAH swt

ASSALAMUALAIKUM WBT,


[CREDIT : Banatly.com]
semalam berusrah dengan adik2
usrah di masjid..kekangan untuk mendapatkan kenderaan ke masjid buatkan mereka hadir lambat.
kenapa kat masjid sedang dah tahu adik2 susah nak hadir?
senang je jawapannya,  nak tengok kesungguhan mereka...bukan utk bertemu dengan aku, perhaps..tapi niat hati mereka adalah kerana ALLAH
semalam kami go tru surah al-ikhlas...

persoalan-persoalan yang keluar masa tu adalah:

kenapa Rasulullah saw mengatakan bahawa al-ikhlas ni bersamaan dengan 1/3 Al-Quran?
mengapa sahabat dapat mengkhatamkan al-Quran dalam masa satu hari dengan hanya membaca al-ikhlas sebanyak 3 kali?

masyaALLAH
bertapa besar nilai surah ni...

mencakup isu aqidah selepas ALLAH menerangkan dalam surah an-Nas, hakikat ALLAH (Rab, Malik, Illah), hakikat manusia (jasad, akal, dan Qalb) dan hakikat jin/syaitan (terdiri dari manusia dan jin)

dan

surah al-Falaq, mengenai permohonan perlindungan hanya kepada ALLAH swt daripada kejahatan yang tercipta di sela malam dan kejahatan pesihir serta orang yang berhasad dengki

kemudian ALLAH memantapkan lagi aqidah kepercayaan pada NYA..dengan hanya berhubung IKHLAS hanya kepadaNYA..

oleh sebab itu..bila mengetahui hakikat keESAan ALLAH, maka atas sebab apa pun yang menimpa manusia itu perlu kembali kepada ALLAH..menerima segalanya bukan kerana kita meletakkan asbab..tapi menerima apa yang ALLAH telah berikan pada kita...redho..

kerana dalam hidup ini TIADA istilah kebetulan <3



7 cara berukhwah kerana ALLAH:


  1. bermanis muka apabila bertemu..SENYUM :)
  2. segera bersalaman bila bertemu
  3. memberikan hadiah
  4. mendoakan sahabat dalam keadaan sahabatnya tidak tahu
  5. selalu menziarah
  6. memenuhi keperluannya
  7. katakan pada sahabat bahawa anda menyayangi beliau
KACHAKKKKK!!!!

MANA SATU NAK MULA NI...

wahahhahahah....

ketahuilah AKU SAYANG KALIAN <3

Wednesday, April 4, 2012

Tempias = ="

Assalamualaikum wbt


hmmm...sedapnya bau ujan ni
semalam hujan lebatkan.. (seri kembangan)
alhamdulillah 

"Ya ALLAH, berilah manfaat kepada kami dari hujan ini.."

+tempias+

Manusia itu kadang-kadang sangat sulit untuk dikenali
menjadi mangsakeadaan untuk menepiaskan mood yang sedang swing
aku tak pasti lah.
sebab banyak kali aku kena mcam ni
hati aku KECIK kan?
mungkin tema minggu ni adalah KECIK!
hahahharu biru

scenario pagi ni:
seorang kenalan berwajah mencuka
"nape mcm moody ?"
"ntah nak period kot"
"period selalu dipersalahkan"
"hbis nak cakap badmud sebab langgar tiang? kan ada kajian mengatakan perubahan hormon wanita menjelang periot. dayah xpnah baca? jadi, takkan hormon ni berubah kerana terlanggar tiang dengan sengaja? 

+ +'

salah ke aku tanya? ke aku salah tanya..wrong timing?
sebab tu aku kata ...lebih baik aku diam jer...
kalau ko ade masalah ko settle la sendirikan
pengalaman2 macam ni mmg buat aku jauh hati
hingga tak mahu lagi ambik tahu!

tapi jauh dari sudut hati aku...
aku amat concern dengan kawan aku
mungkin aku bukan orang yang dipercayaai untuk dikongsikan masalah

= ='
[credit : Flickr]

mungkin la angah!
cepat sangat tangkap bnda negatif...
bukan..
sebab aku tahu yang aku takkan jawab macam tu bila kawan aku concern ngan aku..

lagi satu scenario:

muka sahabat mencuka
hingga aku takut nak pndang apa lagi tegur..

haih...
kenapa dia ketawa jer dengan orang lain?
ni lagi la satu hal yang aku amat binggung!
apa SALAH AKU dan APA MASALAH KAU HAH?
ERRRRRRRRRGHHHHH

aku ni SIAPA?
teruk sangat ker?

bila aku jumpa dia..aku nak sangat tanya dia..
...............
+BEREMOSI+ NAMPAK+NYA+AKU+NI


:: Crisis identity::

Tuesday, April 3, 2012

Bila Bekerja Bukan Dengan Robot

Assalamualaikum wbt

pernah tak beselisih faham?
pernah bersangka-sangka?
pernah sakiti hati orang?
pernah dan pernah dan pernah kah anda berkecik hati dengan ROBOT?

HAH? ROBOT?

ye..pernah x kalau hand phone hang pastu kita merajok?
pernah x anda jatuh tangga dan anda merajuk dengan tangga dan tidak akan guna lagi tangga tu.."huh..aku merajok dengan kau la tangga" (mungkin sebagai tanda berhati2 tangga tu banyak sangat lubang kita xkan lalu lahkan)

tak tau la kalau hang pa mcam tu...dengan robot atau benda2 pon merajok...hahah

pernah mesin basuh rosak..tapi akhwat sume xmerajok dengan mesin basuh..sumenye mujahadah sebab masing2 'busy' xdapat basuh kain sendiri (xcakap org..aku la tu). pastu dah dapat mesin basuh baru tau!

MANUSIA....

Yang pasti hari2 dalam hidup ni hidup ni akan jumpe dengan manusia..kecuali anda bekerja dengan mesin..nak buat macamna..atau nature anda mmg suke cakap ngan dinding

ada akhwat penah cerita:
zaujah: bosannya, xde orang nak sembang
zauj: bosan? pergi cakap ngan dinding~
 (= =')


tergelak2 dengan kata2 zauj akhwat tu.
sebenarnya zauj akhwat tu kerjanya engineer kat kilang Mercedes. so kejanya ngadap besi2 shja. tulah dikatakan nature..
sampai zaujahnye berkata: "awak bleh la keja ngan dinding..saya xleh"
sebab nature akhwat tu plak haih bercakap ya ampun..tapi kami suka la layan dia sembang..sesuai lah mereka berdua... :)


nak gambarkan manusia dan perasaannya sangatlah ABSTRAK dan UNIK
sangat!
ALLAH swt menciptakan manusia ni sebaik2 manusia dan dikurniakan akal dan QALB..ade nafsu

At-Tin : 4
""sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik2nya."

mcamna manusia tu tak jadi unik..?
gabungan ketiga2nya menyebabkan manusia luar biasa..masyaALLAH
dengan adanya Qalb yang ALLAH beri akan mengarahkan akal dan nafsu kepada samada baik atau jahat

selama kenal dengan sister2 banyak sangatlah yang menjadi pelajaran sepanjang perkenalan
masing-masing sangat unik.
dan keunikkan itu perlu kita pelajari dan selami
mengapa dia bertindak begitu dan kenapa kadang-kadang begini..
serabut jugak kadang-kadang kalau nak layan perangai ni
tapi ini lah yang lebih baik sebenarnya bila berganding dengan manusia...berbanding dengan manusia yang hanya tinggal seorang diri dan tidak bergaul dengan manusia...

ITU LEBIH BAIK OK!

credit [aneesah satriya]

bila berhadapan dengan manusia nak atau tak pasti akan bertemu permasalahan dan perselisihan. kerana manusia itu tidaklah diprogramkan untuk menjadi 'robot'.

ada sahaja yang akan salah paham.

kadang rasa macam non-sense pon ada. takkan lah sebab tu pon nak kecik hati.

"manusia yang mudah berkecil hati..dia punya JIWA yang KECIK..."

bila dengar ayat mcam tu terasa la jugak. sebab diri ni mmg antara orang yang mudah terkecik hati kot.
hahah..
tapi xdapat nak nafikan lagi la.
sampai kadang rasa nak berputus asa bergaul dengan manusia.

masa dalam program setan2 akan mengganggu fikiran dengan berfikir negative dengan peserta lain.

isk..isk..isk...astaghfirullah

dan hati ni terus mujahadah
"tak-tak..silap2..yang begitu2 adalah engkau..dorang sume ok jer..."

hadoi..tapi mempelajari mujahadah tu adalah bila kita menghadapi keadaan yang menuntut kita untuk mujahadah
fiuhhhh = = '

tak pasti pulak aku sorang yang tak normal - pikir mcm2 (negative)

KECIK HATI NGAN AKHWAT,

menda ni dah berkurun lama...dalam tarbiyyah pasti ada yang kecik ati..adoi..kecik lagikan...(=..=)"

tapi ini la yang relevan bila ALLAH swt menasihatkan dengan penuh kasih sayang :

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridoan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas".
(AQ Surah al-Kahfi,18: 28)


nasihat buat diri aku yang sangat mudah lupa:

  1. keberadaan dijalan ini hanya kerna aku mendapat keizinan ALLAH swt dan Dia memberi satu peluang yang SubhanaALLAH sangat luarbiasa.. COUNTLESS blessing that ALLAH grant me!
  2. aku bertanya diri ku sndiri, kenapa ALLAH swt pilih aku utk kenal jalan tarbiyyah ni? sedang RAMAI lagi kat LUAR SANA yang BAIK2..SOLEHAH2 sumenye. tapi Dia beri peluang ni? dimana nilainya aku ini? dan akhirnya antara konklusi yang aku buat adalah :
"mungkin kerana DOA-DOA akhwat yang MEMBAYANGI WAJAH AKU dalam RABITHAH nya.."
+sobbing+
3. sila jangan fikir negative nant kena sakit JANTUNG...mati muda...kurang dosa..TAPI banyak ke pahala nak bawak depan ALLAH nnt? = =""
4. pastikan merajuk nya engkau terkecil hati nya engkau adalah sebab ALLAH taala...
   "hah? ade ke nak kecik ngan akhwat sebab ALLAH?"

so? 

"macam semuanya berlandaskan emosi dan peribadi jer...."

maka sila KURANGKAN SENSITIVITI pada benda yang xpatot...xberbaloi la !



akhwat,
maafkanlah aku..aku ni manusia biasa punya sisi2 kelemahan dan mudahnya melakukan dosa.
santuni lah aku spt mana kalian santuni manusia yang ingin antunna dekati
andai ada yang terguris dengan perangai dan kata-kata ku...smoga ALLAH mengampuni aku ...

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah...

waallahua'lam