dig into the CAVE

Monday, December 27, 2010

cycling...qawiyyul jism

salam..

share cara kami memantapkan salah satu dari 10 muwassofat
 (hehehe..yang lain?)

Taman Botani putrajaya, 25-12-2010, 9 am 


yeah2...!

ilike this pict
kami lagi dan lagi...


love very much this pict



terima kasih kepada kamera enpon yang mmbuatkan gamba ini sdikit menarik



ukhwahfillah insyaALLAH





kini baru ku tau erti NILAI~

salam.

nilai..
 biase dengar kan?
dulu mase dengar...cam tak pnting la kot sume ni..
yang pasti ia bukanlah name tmpat di n9..
 atau bukanlah ukuran mata wang yang bernilai se sen, dua posen, sepuluh ringgt, seratus mahupon sejuta..
 owh..mungkin..sebenarnya tula yang digambarkan sebelum ni..
 ok..

 pasti penah dengar pasal "KONFLIK NILAI?"
 dulu mase menteri2 atau para 'pemikir' yang 'kritis' cakap, maka akan ada pasal krisis nilai ni..
merungkai permasalahan sosial masyarakat yang cuba berminda kelas satu kerana itu lah yang dilaung2kan pemimpin..
 tapi hakikatnya minda kita tetap seperti kelas corot number last..
 sedar tak sedar..masalah minda kelas ketiga sebenanya masih lagi jitu dan melekat kuat sekali dalam fikiran kite..
 pasti ada yang perasan:

 orang kelas minda pertama akan beratur menaiki bus secara tertib bertoleransi
orang minda kelas ketiga akan tolak menolak di pintu bas seperti bas itu akan meninggalkan dia..mungkin malu kalau berdiri
(nilai akan membentuk akhlak)

 orang minda kelas pertama mungkin jer bila berdepan krisis dan mencari titik penyelesaian
 orang minda kelas ketiga melenting bagaikan masalah itu hanya dihadapi oleh dirinya sendiri..keseorangan..
  
orang minda kelas pertama, mudah sekali memaafkan orang lain..
 orang minda kelas ketiga, maafkan sukar sekali dendam masih berdaki

potong q orang..
maki hamun
argh..
(tapi tak tau la definisi ntum cane..)

bandingkan saja manusia minda kelas pertama dengan minda kelas ke tiga empat lima

:: minda kelas pertama ::

Rasulullah saw hingga baginda mampu mmbina satu tamadun yang menjadi world order satu ketika dahulu(Subhanallah)
 : abu Bakar r.a , Umar r.a, Ustman r.a, Ali karamallahuwajhah
: pejuang kontemporari , pak cik hassan al-Banna, Iyyad dsb
mempunyai pemikiran yang luar biasa..nilai yang dipegangnye  kuat..bukan sekadar picisan.tapi ia melebur dan sebati bersama
kerana mereka berpegang dengan nilai iman

 minda kelas ketiga:
 ade orang kate manusia yang berada dinegara maju itu otaknya 1st class..
tapi, tu tak cukup kuat..
u already know the reality..isnt it?
manusia di negara membangun sering kali disindir...
"nak capai negara kelas pertama..tapi otak masih kelas ketiga..."
sampah merata2...berperilaku 'ganas'...hmm..
gaduh sana sini..bunuh orang macam bunuh nyamuk, buang anak macam buang sampah, 

( KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata sebanyak 571 kes pembuangan bayi dilaporkan sehingga Jumaat lalu dengan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi dengan 147 kes diikuti Johor, 113 kes.
Beliau berkata, rekod itu diperoleh berdasarkan statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sejak 2004, yang turut melaporkan hanya satu kes diterima di Perlis menjadikan ia negeri paling sedikit berdepan masalah pembuangan bayi.

Negeri Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi yang tertinggi, diikuti Johor, manakala jumlah kes terendah dicatatkan di negeri Perlis, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) di Dewan Rakyat.)


innalillah..
(tak sanggup nak letak gamba bayi kena buang kat sini..mensiat2 hati ku)
!!!kenapa penulis surat diatas tahu yang sebagai hamba ALLAH, pe yang dia buat adalah dosa besar..namun perbuatan itu contradic dengan apa yang dia tahu..emosi melebihi logika. terantuk baru nak tengadah...nauzzubillah!!!



NILAI?
 apa nilai kita yang buat kita menjadi kita?
kalo kita seorang yang menghargai masa, maka kita akan pastikan semua kerja siap pada masanya..
senarai kerja settle ..
in box dan kosong...
tidak bermalas-malasan dengan kerja...
masa yang ada digunakan dengan sebaik mungkin..
jam yang dipakai mahal, terasa lebih mahal nilai waktu


kalo kita adalah manusia yang merasakan tiada lah dunia tanpa wang...
maka dalam mata kita hanyalah nilai wang..
melekat kuat..
siang malam hidup ini hanyalah duit2..
pandangan kita hanya tertumpu pada mission untuk mendapatkan duit..
mungkin pernah terdengar 
"duet bukan segala2nya...tapi segala2nya perlukan duet,,"
dari pandangan sisi seorang hamba ALLAH yang sekarang hidup di dimensi dunia yang materialistik..makanya, kata2 tu seperti ada kebenarannyer..

(apa yang percuma...takder duet, takder la rumah, takder kereta..kalo ad kereta, takde minyak tak bleh jalan jugak...kalo takde jalan takde la tempat tujuan, ade jalan pasti ade tol..tekak kering..air sky juice pon 30 sen..tak pon 2.50..masuk tandas dah melayang 2 posen..alhamdulillah O2 ALLAH bagi free..kalo kena bayar...???)

pagi subuh yang amat nyaman, ujan lak tu..
melingkar dalam selimut...
indah sekali ye nikmat tidur itu..
ya...bisa sekali tidur tak sedarkan diri ...
tak payah bangkit subuh..
itu jika pegangan akidah kepercayaan kita lemah..goyang
jika iman kita tidak yakin pada adanya pembalasn di ahkirat 
hingga akhirnya kita akan tinggalkan subuh yang solat sunat nya sahaja Rasulullah bersabda:
"solat subuh 2 rakaat sebelum solat subuh adalah lebih baik dari isi langit dan bumi.."

jika kita berpegang benar pada Al-Quran dan Sunnah:
Rasulullah SAW bersabda, ‘Aku tinggalkan

 pada kalian dua perkara, yang kalian tidak 

akan pernah tersesat selagi masih berpegang 

teguh pada keduanya; yaitu kitabullah (al-

Qur’an) dan sunah nabinya (al-Hadits).’ (HR. Imam Malik)

maka keyakinan kita pada AL-Quran yang menyatakan bahawa dunia adalah tempat bermain dan penuh dengan senda gurau...
"dirikanlah solat untuk mengingati Ku.."AQ
"dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang.."AQ

Al-Quran yang didalamnya ALLAH telah berfirman :
" tidak aku ciptakan jin dan manusi melainkan agar mereka beribadat kepada Ku." (51: 56)

"wahai orang-orang yang beriman!Apabila dikatakan kepadamu, "berilah kelapangan di dalam majlis2." maka lapanngkanlah, nescaya ALLAH akan berikan kelapangan untukmu. dan apabila di katakan " berdirilah kamu," maka berdirilah , nescaya ALLAH akan mengangkat (darjat) orang yang beriman diantara kamu dan orang2 yang diberi ilmu beberapa darjat." (AQ 58: 11)

keyakinan dari dalam jiwa membentuk sisi pandang yang berbeza..
jika kita yakin pada Al-Quran, menyebabkan pandangan hidup kita terarah pada 'sibghah' (celupan) ALLAH.. 
mengkaji AL-Quran bagaimana mahu menjadi hamna ALLAH Yang Maha Pengasih (ibdurrahman) 

rujuk surah Al-Furqan, 25 : 63
tersenarai cantik bagaimana menjadi hamba Allah yang Maha Pengasih:
~ berjalan dengan rendah hati
~membalas sapaan yang buruk dengan sapaan yang baik
~ menjauhi syirik
~berdoa kepada ALLAH agar jauh dari azab
~sentiasa bertaubat dari dosa kecil atau besar
~tidak memberi kesaksian palsu
~menginfakkan harta
~menjaga kehormatan diri
dll
masyaALLAH..

yakin pada sabda Rasulullah saw menyebabkan kita kan memandang apa sahaja permasalahan akan kita rujuk pada Al-Quran dan Sunnah agar akhirnya kita tidak akan sesat..

dan indah seali pegangan itu..
pegangan akidah membuahkan pandangan hidup menjadi luar biasa...
seperti Rasulullah saw nabi ALLAH ..
keyakinan terhadapa akidah, keimanan kepada ALLAH yang menyebabkan Rasulullah saw menjadi seorang yang luar  biasa hebat
(saya tidak menidakkan mukjizat Rasulullah saw...refer Fiqh al-Sirah bab isra'mikraj..tapi saya yakin nilai keimanan memainkan peranan penting dlam membentuk individu)

dan dari pandangan hidup manusia inilah yang menghasilkan nilai...
nilai yang terbentuk jika keimanannye mantap, nilai seseorang itu menjadi luar biasa..

nilai manusia yang menganggap wang adlah segalanya, maka bila ada orang berkata padanya..:
"wang tak mampu membeli kebahagian"
"wang bukan segalanya.."

pasti penolakkan akan berlaku...
kerana nilai itu satu keyakinan yang takkan goyah dan mampu bertahan...menyebabkan manusia itu yakin yang duit adalah hidupnya dan itulah kebenaran dan perkara yang baik untuknya..kerana ia tidak nampak yang orang tiada duet itu bahagia..


begitu juga solat...
jika nilai kita adaah yakin dengan nikmat dan azab ALLAH bagi yang meningglkan solat, maka kita akan berusaha menolak selimut, menahan 'gam' dimata..
bingkas bangun , berus gigi dan menahan kantuk yang hebat..

persoalan juga andai kita tahu yang solat subuh penting, tapi kenapa masih ramai yang memilih berhibernasi di pagi hening tu..owh..indah sekali..

sebab mostly manusia bertindak berdasarkan emosi, bukan atas dasar pemikiran logik..

Nilai membentuk sikap:
 ya sudah pasti...

hidup untuk makan ...
maka makan la apa sahaja untuk hidup..
+obesiti +kencing manis+ darah tinggi+ kanker+lemah badan+toksin bertambah

nilai hidupnya yakin yang janji ALLAH benar bagi mereka yang berjuang untuk agama-Nya..
manjadikan manusia itu akan bergerak
tak hidup dek puji, tak mati dek keji..

 sikap membentuk akhlak:

iya...akhlak yang baik bermula dengan akidah, pendangn hidup dan nilai yang kita pegang..
 (90%: 10%)


kisah akhlak Rasulullah saw:
 keindahan akhlak nabi adalah seperti akhlak AL-Quran..tak dinafikan

dan keindahan akhlak ini adalah kerana adanya nilai kasih sayang dan lembutnya hati Rasulullah saw. nilai kasih sayang tidak kira pada sesiapa pon..kerana manusia yang menyayangi manusia lain kerana ALLAH maka ALLAH akan mengasihi dirinya dan ALLAH akan menyampaikan kepada Jibril as. "khabarkan kepada penduduk di bumi, Aku mengasihi si pulan, maka kasihi la sipulan"...bahagia bukan?

dikisahkan kelembutan dan kasih sayang Rasulullah saw terhadap seorang tua yahudi buta.

Rasulullah saw setiap harinye menyuap sibuta itu..tapi si buta itu tetap seringkali memaki Rasulullah saw.. (dia buta tak nampak la..so dia tak tau yang suapkan dia sebenranya Rasulullah saw)
namun Rasulullah hanya diam dan terus menyuap si buta dengan lembut sekali... 
(kalo kita msti dah tonyoh dah muka dia.."akuu suap ko makan, ko duk maki2 aku pasal?")

jadilah seperti Rasulullah saw..lembut hatiNya..kerana nilai itulah yang digenggamnya..

begitula hari2nya Rasulullah saw akan pergi menyuap si buta yahudi itu...masyaALLAH..

selepas kewafatan Rasulullah saw, Abu Bakar ra mengambil alih tugas Rasulullah saw menyuapkan si buta yahudi itu..
namun, si buta itu tidak merasakan nikmat kelembutan di setiap suapan..hingga akhirnya dia berkata:
"siapakah kamu? siapa yang menyuapkan aku sebelum ini?"

"aku Abu bakar, Muhammad saw telah wafat, jadi aku akan mngambil alih tugas Baginda yang Mulia ini...selama ini Bagindalah yang menyuapi mu wahai pak cik"

"Muhammad yang suapkan aku selama ini? Tiada Tuhan yang disembah Melainkan ALLAH, Muhammad pesuruh ALLAH."

masyaALLAH
keislaman seorang tua buta yahudi kerana keindahan akhlak Rasulullah...


daie illallah...
bagaimana aku?





"there's is no men more dear to me"
Muhammad saw


konklusi: dan pasti IMAN memainkan peranan penting dalam membentuk nilai

Sunday, November 21, 2010

tadabbur

 assalamualaikum...post ini bukan untuk dijelouskan...tapi inilah cara kami mengisi masa terakhir bersama..
" INdaH kEnAngAn bERsaMa KaLian~"  
(NSI, NMA, NTS, HMR, D, F, S, C & NHR)

"jadi tak p esok?"
 aku terkedu~
"dorang nak p mana ni?:: dalam hati berbisik"
"ktorang nak p berkelah..jom.."
aih...bagai mengantuk disorongkan bantal...
pas abeh exam lak tu..
even jadi orang last yang tau dorang plan nak p camping...
tak kesah..
'aku memang tak bersosial orangnyer. pesalah nak joen ..lagipon last kot kuar ngan dorang."
 ok..terus plan nak beli barang makan untuk esok harinyer...
menu:
~nasi goreng (NTS masak)
~nugget goreng
~sandwich (sangat sedap even dah amat lembik~)
*alhamdulillah...cukup untuk perut kami..3 kali masuk air, 3 kali hadap makanan~*

kami sesat..tet::
 kenapa? 
sebab ALLAH dah rancang yang terbaik buat kami...^_^
 

dah sampai sungai gabai~
 air yang terjun:: obey
terjun, maka terjun lah ia

surveyer~

salam baba~


kakaknyer kepada gamba yang diatas
sejuk air batu
 suka si siput yang sopan dan suka bergaya~
suka buluh di belakang..serasa spt di japan..yeah..berangan~
kami the series
 
ramai guna DSLR kat cni..nak gak satu~
selamat....bertambah berat~
 
candy dari iran..gula kat luar, badam kat dalam..
iranian makan sekali ngan tea kelat...
best..
 kini tinggal bekas saje~


................................
"are u happy?"
 "happy kejap jer.. kenape ea?"


::kegembiraan dunia ALLAH beri separuh, 
 macam kita makan, lepas tu perut rase sebu la, nak g toilet la...
macam kita minum, lepas tu nak membuang jgak..
 macam kita ketawa gembira, tapi akhirnya air mata yang keluar
 macam kita gembira, kemudian kita lupa kegembiraan tu lepas ada kesedihan dan kepenatan..

 if ALLAH beri kegembiraan itu sepenuhnya kat dunia ni, manusia pasti takkan tinggalkan dunia..
even dunia yang separuh kegembiraan ini, manusia masih sangat wahan ...[sayang dunia, takut mati~]

manusia tak takut pada ALLAH..apa lagi na takut dan malu dengan manusia ...
 buat maksiat terang2..
  

tempat seindah sg gabai, dicemari...
 suasana yang indah menjadi muram..kerana apa??
 apa lagi kalau bukan dek perangai manusia yang amat menyesakkan nafas..
 bermaksiat terang2an..

malas nak persoalkan ;"dimana malu kalian?"
 sedang batu berlumut itu yang dianggap sepi, pohon2 yang berzikir, aliran air sungai yang mengalunkan tasbih...
tapi manusia masih belum sedar..kerdilnya dirimu hai manusia..
 andai saja kau tahu api neraka..andai saja ALLAH mau melaknatmu ketika itu, siapa yang mampu membantu mu duhai manusia..
 aduhai manusia...
 aduhai manusia...
malulah pada setiap sel dibadan mu, malu la pada pasir halus, malulah pada mata manusia yang memandang kalian, malu la pada ALLAH...

tadabur alam yang kuharapkan...

 namun..tadabur manusia yang hilang malunya,
 yang bertudung dengan gaya bertudungmya, 
 yang free hair, dengan gaya tersendiri, 
bangga...sungguh bangga..
 yang bercouple..nauzzubillah...
 pergaulan bebas?
menjadi kacau difikiran...
 
 yaALLAH, ampuni dosaku~
 

Thursday, November 18, 2010

journey

salam...
alhamdulillah....itu yang mampu di ungkap..perjalan yang mudah...
abah ngan bonda datang UPM untuk kali kedua...
first masa aku masuk daftar..
second, tadi la.. nak ambik barang..aku dah abeh dah kat upm ni...sangat rindu dengan upm..

saat2 terakhir ni rasa aku amat rindu..
rindu bersama kawan2..
yer..mungkin aku tak la sangat rapat ngan kos mate..
tapii aku bahagia kenal korang..kenangan terindah kat sini..



sebelum berlepas..abah dah bimbang ah..kereta 'tak sedap'..
aku tau kebimbangan tu..
abah bimbang jgak tak tawu jalan datang upm..
aku lagi bimbang,,kang abah tanya aku tak tawu...naya aku!
tapi ahamdulillah..banyak petunjuk..sign bod ar..alhamdulillah..dalam bimbang2 kami sampai..ngeeee

bonda: tu la..duk bimbang sangat..ALLAH tolong la kita..minta doa..dah sampai dah pom..

abah ngan aku diam jer..dengar je mak cakap kat depan..hhehe


alhamdulilla..terasa amat sekejap jer 4 tahun..dah nak abeh..tapi aku kat sini ag..banyak keja..
nant nak cari keja pon tatau kat mana..??
abah dah bising suh cari keja..asyik tanya nant nak keja kat mana...

semoga ALLAH permudahkan journey aku yang masih panjang...samapi aku tak tahu samapi bila and kat mana aku akan di' berhentikan'

Wednesday, October 27, 2010

test hati

kata orang..kalo bila ad orang ajak kepada kebaikan...bila kita menolak disebabkan ego, malas, merasa bosan dengan ajakan, delete msg kebaikan, buat2 lupa, bagi excuse yang tak munasabah,
 yer..memang banyak keja..same ar kite...tapi bila mana perkara diatas terkena diri sendiri..maka muhasabah dan check hati...

 jap! rasa cam nak tembak diri sendiri:
 angah, yang ko buat keja lambat slow cam siput pasal?
sekarang ah tersepit..program bnyak kena attend...
 ko bukan student jer!! eh! wake up ar!!
 angah said:
 "penat ar!ko pe tau...?"

 penembak diri sendiri said:
 "penat pe? banyak sangat ke keja ko buat?weh..sedar ar!!!! ko tengah duk lagho serve tenet..."

 angah said:
 "ouch...ha ah la...please support aku wahai "penembak diri sendiri".."

 "penembak diri sendiri replied":
 "ALLAH kan ade...kuatkan semangat angah!!!! semoga dipermudahkan"
 

angah:
"insyaALLAH..permudahkanlah urusan kami.."

jauhnya perjalanan

salam...
 nampak gayanyer spt menikmati masa yang singkat dengan penuh bersenang lenang ni..
 insyaALLAH, akan cuba sedaya mungkin..
 mungkin aku nampak macam tak kesah/tak amek berat..
 tak snanyer...aku nak wat keja ni cepat..
 kadang2 blur sangat..
 bukan tak nak tanya..tapi tak tahu nak tya aper...hmmm...
semoga ALLAH membuka mata hati aku..

Sunday, October 24, 2010

finishing skoll, FINISH already..

alhamdulillah..
 FS DAH ABEH....
ALHAMDULILLAH..HARI NI BANYAK BELAJAR..
EVEN JUST SIMPLE2 THING..
CANE PREPARE UNTUK INTERVIEW..WRITTING UR RESUME AND COVER LETTER..HUHU..ALHAMDULILLAH YA ALLAH...
JANGAN TINGGAL KAN 'DUNIA' KERANA DA'WAH..TAPI BAWALAH 'DUNIA' UNTUK JAYAKAN DA'WAH INI..
CAM TAK SABAR NAK KEJA..I'M STILL YOUNG.. A LOT OF THING I WANNA DO..FOR ISLAM ESPECIALLY...YA ALLAH, BANTULAH HAMBA-MU INI..KUATKAN AKU DENGAN KEKUATAN-MU..SEMOGA AKU BERTEMU DENGAN KEJA YANG BAIK...

BANYAK SNANYE KEJA..CUME KITA JER YANG MEMILIH...SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN JALAN KITA SEMUA..INSYAALLAH..


cume sekarang ni rasa sedih sebab ada member sedih...
 tatau la per masalahnye..
 harap she is ok rite now..
 insyaALLAH..
 p/s ESPECIALLY for her:

 dont cry just for people who are doing bad for U .but crying la because of what u re doing for other...especially ALLAH...not all people know how to appreciate us..only ALLAH...not worth it cry just for people not appreciate u dear..be strong..  i dont wanna c u cry..i sad if u re sad dear...

Saturday, October 23, 2010

FINISHING SKOOL YANG MEM'FINISH'KAN STUDENT


"BAGUS TOL ADA FS NI.."
 ..HA AH.. YER LA TU..
BAGI AKU ADA PRO AND CONT NYER FS NI..
BAGUSNYA...
 ~TINGKATKAN KONFIDENT STUDENT...
 ~SOFT AND HARD SKILL..

PENTING GAK UNTUK MANUSIA YANG POOR ENGLISH MCAM AKU NI..LEH TAMBAH KOFIDENT..
  TAPI YANG TAK BESNYER..
 BANYAK YANG BUKAN MENCERNAKAN..TAPI ME'NYEMBELIT'KAN OTAK..SESAK2....

TITLE FOR VERBAL COMMUNICATION SKILL: (kena berlakon/ apa sajer yang creative)

 "fell in love with FOREIGN STUDENT.."

FIRST DENGAR...cam GELI pon ader..

"APE? TAK DER TAJUK LAIN YANG LAGI BAIK KER?"
"BUKAN LA...KITA KAN KAT DALAM KAMPUS.KAMPUS LIFE...ITULA YANG JADI HARI2.."
 "OK!FINE..."

BLA2..BERLAKULAH SCENE FOREING AND LOCAL STUDENT
.................
DAH ABEH BERLAKON...SEMUA DAH ABEH...
  1.  ADA SCENE 'MAKWE' HILANG LAPTOP..'PAKWE' LEBIH2 DUK 'DARLING2' ...UHHHHHH..GELI ANAK TEKAK..TAK LEH NAK TERIMA..
  2. CITA CURI DURIAN..LAST2 PAK GAD YANG JAGA LADANG TU YANG JOEN SEKALI KUTIP BUAH CURI..MAKAN DURIAN HARAM.."SEE U TOMORROW SAME TIME, SAME PLACE"..
ADOI..APA KENA DENGAN CARA PIKIR BUDAK SEKARANG..OK2..MUNGKIN NAMPAK CAM KELAKAR..(aku pon tumpang gelak gak..) TAPI BILA PIKIR2 BALIK..ADA KECOMPANGAN DISITU..DIMANA? DI MINDA!

 OK..BERAKHIR DISITU..

CONCLUSION DIBERI OLEH "CIK FASI.."
..."U HAVE UR OWN RITE..U CAN FALL IN LOVE.BUT U NEED TO ACCEPT HIM/HER..BLA2.."
 MENYAMPAIKAN SESUATU YANG PASTI "SERONOK" DIDENGAR.. TAPI TAK HERAN LA BILA YANG SAMPAIKAN TU NON-MUSLIM.PASTI AKAN DAPAT 'MORAL' YANG 'BAIK' DISITU...

 TAPI JIKA ITULAH YANG ADA DALAM FS UNTUK BUDAK YANG NAK GRADUATE..APA YANG BOLEH AKU KATAKAN ADALAH..AKU SETUJU DENGAN ABU 'ALA AL-MAUDUDIYY...

UNIVERSITY ADALAH TEMPAT PENYEMBELIHAN..DAN 'SISWAZAH' NAIK PENTAS AMEK SCROLL (BACA; SIJIL KEMATIAN) LEPAS BERJAYA DISEMBELIH...(LEBIH KURANG MACAM TU LA AYATNYER..)

GRUP KU "DUCK" DAPAT PASAL.."singging content in campus"..

SATU HAL LA PULAK NAK BELAKON..JADI JUDGER..ALHAMDULILLAH..
TAPI PLANNING TAK OK.EVERYBODY NAK SUGGEST IDEA..LAST2..TERABUR..

ESOK BERSAMBUNG LAGI FS..INSYAALLAH LEH BLAJA CANE NAK APPLY KEJA AND TULIS RESUME..HEHEHEH..BASIC SKILL TO APPLY KEJA..

Thursday, October 21, 2010

dakwah itu kekasih ku???


ahhhhh.....
hati kekasih mana yang jika tak dijaga..
pastinya akan merajuk..
mana mungkin seorang kekasih lupa pada kekasihnya..
buntu bagaimana meraikannya.
kurang faham, apalagi arif pada apa kehendaknya..
bilamana bersama teman lain..
dalam keadaan yang runcing..
bertimbun2 kerja dikotak 'in' yang belum selesai..
segala untuk kekasih dilupakan...
tika masa yang ada bukan untuknya..
 tika lelah menghinggap..
baru mula berbasa basi dengannya.
SADIS sungguh..!!



maaf kan aku..aku bukan kekasih yang sejati..
bukan seperti kekasih2 mu yang lain..
yang amat kasih..
seluruh tenaga adalah untuk mu..
jerih payah segalanya untukmu
tapi yang pasti aku amat butuhkan mu hai kekasih...
dakwah tak perlukan aku..
tapi aku perlukan DAKWAH!!

Friday, October 8, 2010

dusty sences


masalah kita harini ada kita tatau yang kita ada masalah...

 check it out...

maSa..TimE..

lebih laju dari cahaya!!
mmm..bunyi...

jiwa kelajuan?
tidak..jiwa...ku...buffering...tooo...long...

put ur self on her shoes~

::50:16
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."


salam..
teringat satu hari...
terkejut...
 napa tiba2 kawan sekolah call?
 ok..dalam hati ase cam ada somthing wrong jer... (dah biasa dengan keadaan ini)
nak kata rapat..just friend..

"sebab penulis lebih suka berkawan..
 ya..kawan yang bukan sahabat..sebab ada yang claim diri penulis sebagai sahabat..tapi bila gembira sahabat inilah dilupakan..tidak mengapalah..penulis bahagia begini
just sebagai peringatan buat diri penulis...
sahabat sejati sukar dicari"



lets back to the story....
kawan : name: D (bukan nama sebenar)
kadang-kadang bila kita dengar masalah orang...
 kita rasa bersyukur sebab kita tak berada dalam keadaan yang sedemikian..
 alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..
sampai bila2 pon insyaALLAH wajib syukur sentiasa..

 bagi diri penulis,
 kadang2 ketidak ketenangan hati juga buat sesorang mencari mana ketenangan tu..
dan ketenangan itu hanya pada ALLAH..
betul.. yakinlah
 apa yang penulis katakan pada kwan sekolah tu,
"pasti ALLAH mau tunjukkan sesuatu..yakinlah...mesti Dia nak D banyak berdoa pada Dia..supaya D lebih-lebih dekat dengan Dia..carilah Dia.."
 kawan penulis dalam esak..
sebak..
penulis pon..
 perasaan stagnant dalam hati D tak dapat penulis gambarkan..
 gusar, penat, sedih, celaru, benci dengan perasaan tu, gelisah, tak sedap hati..bercampur baur..

sepi..~

 bunyi deruan bas..bau asap bas..dekat dengan hidung..
tapi bas makin jauh..
bas dah tinggalkan penulis...

penulis sendiri buntu..apa nasihat terbaik buat kawan ini..
sungguh..tiada nasihat terbaik melainkan carilah ALLAH untuk solusinya...
tapi ia akan jadi tergantung andai tidak difahami bagaimana mencari ALLAH..atau ayat lainnya, pelajarilah islam itu..
 kerana islam itulah sejahtera yang dicari..

 nak jumpa..jauh..ada kelas lagi..
jadi..
hm..surah2 yang dipraktikan penulis di text kan..
 untuk jadi satu ikhtiar bimbang kecelaruan hati kawan tu disuntik virus syaitan yang resistant..
 insyaALLAH..surah 3 khul, 3 ayat akhir al-Baqarah, ayatul Qursi dan istighfar..
 semoga ALLAH sentiasa melindungi kita dari syaitan yang direjam dan hawa nafsu..
 setakat ni pnulis tak update perkembangan kawan tu..
 doakan saudara kita k..


 **kadang2 terlalu panjang berfikir buat kita senang terdelincir apa lagi jika kita tidak berpandukan al-Quran..
 **pengisian rohani amat penting dalam hal begini..
 **alhamdulillah atas segalanya Ya ALLAH..

::13:28
 "(yaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan meningati ALLAH. Ingatlah dngan mengingati ALLAH hati mnejadi tenang."