dig into the CAVE

Friday, June 29, 2012

Meh Sini Gua Cakap Sama Lu

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt

"Lu, gua rasa mungkin kita tak cukup ihsan ah...?"
"Ihsan? merasa Allah perhatikan kita maksud lu?"
"Ahhhh...ihsan bukan sekada tu wa cakap lu..."
"habis tu???"

Bacalah...
Ihsan....
"Life must be excellent..." 
Khalid A., 2010. Buku Pintar Akhlak: Memandu Anda Berkeperibadian Muslim Dengan Lebih Asyik, Lebih Otentik. Pg 32


Kena baca sendiri la baru syok...
gua  nak ihsan jugak dalam bercakap la...
opssss... saya a..mungkin lebih sopan dan ihsan...ekekek..
Buku yang anda harus miliki...wakaka...Ltd Ed tau!
sabar yer... (gaya kau cakap macam ada org baca jer blog kau ni)
gua  saya update pasal ihsan

Ada Yang Dapat Dihitung Tak Dapat Diprhitungkan

Assalamualaikum wbt

[Bismillah]

 "...Tetapi Boleh Jadi Kamu Tidak Menyenangi Sesuatu, Padahal Itu Baik Bagimu, Boleh Jadi Kamu Menyukai Sesuatu, Padahal Itu Tidak Baik Bagimu, ALLAH Mengetahui, Sedang Kamu Tidak Mengetahui."
[2:216]


tajuk blog ni diambil dari kata-kata Elbert Einstein dengan segala teori dan kata2nya..
sambungannya "ada yang tidak dapat dihitung, dapat diperhitungkan"

it comes vice versa...

telah terakam 1400tahun dahulu dan masih relevan hingga kini dalam surah Al-Baqarah: 216


 "...Tetapi Boleh Jadi Kamu Tidak Menyenangi Sesuatu, Padahal Itu Baik Bagimu, Boleh Jadi Kamu Menyukai Sesuatu, Padahal Itu Tidak Baik Bagimu, ALLAH Mengetahui, Sedang Kamu Tidak Mengetahui."









Ada sesuatu yang menjadi rahsia Allah
oleh kerana itu mintalah Allah menunjukkan hikmahnya...
kerana kita manusia tidak tahu apa yang terbaik untuk kita
Allah ada big picture...kita penyusun puzzle aje

Allah meletakkan pengharapan bilamana kita sangat down
Alah memberikan kata semangat bilamana kita lemah
Allah mengurniakan kekuatan disaat kita terpuruk jatuh
Allah jualah sumber perlindungan tika kita takut

Namun, Allah tidak menyatakan hari-hari yang kita lalui tanpa kesakitan...
tetapi Dia berjanji untuk bersama kita setiap hari..
kita tidak akan mampu mengatur hidup kita dengan sendirinya..
kerana semua itu adalah lumrah
hidup pasti diuji..
perlu bersedia menempuh transisi itu...
"hati harus mantap boy.."-pinjam ayat ala-ala laskar pelangi

Semakin Akhwat Semakin Diuji
jangan sampai kita menjadi fitnah pada dakwah dan tarbiyyah
kita mungkin tak cukup kenal diri kita siapa
kita perlukan masa untuk menggali kemampuan dan harta karun diri kita
kita perlukan sokongan dari sesiapa yang kita percaya
kita perlu gali lebih untuk dapat cari permata yang terbenam dan harganya tak ternilai dengan harta duniawi
kita mungkin masih perlukan manusia untuk bantu kita...dek kerana itu..Allah menciptakan mereka..
jangan pernah lupa manusia yang Allah ciptakan disekeliling adalah aset pada kita.
Aset untuk pahala dan juga dosa kita...
pilih sahajalah mana yang mahu

aduhai diri...selalu saja kau mengeluh dalam blog ni..
Astaghfirullah hal Adzim

Doakan aku...~


Tuesday, June 26, 2012

Pomodoro

Assalamualaikum wbt

pomodoro..pomodoro..pomodoro...
aku bukan orang yang disiplin la nak ikut pomodoro..
budak hyper ini xakan dapat menumpukan perhatian walau setengah jam..
macam-macam teknik
teknik pomodoro
teknik labah2
nak fokus punye pasal
aleh2..bukak blog..blog walking ...ahhhh..tak senonohnya perangai aku ni! (Bukan perangai jijik ya..tapi xsenonoh...xcantik)
mcam budak2 baru nak meningkat usia jer ni...
tak matang la kau nih!
bukak facebook lagi lah teruk!
kau tahukan kau banyak kerja?
KENAPA???
KENAPAAAAA??
KENAPAAAAAAAA??
SEBAB:

1) semangat kau tahik ayam
2) kau ada penyakit M yang luar biasa
3) kau xmau keluar dari kepompong selesa
4) kau xtahu priority
5) kau rasa umur kau panjang lagi!
6) kau kedekut
7) kau negative...tengok lah apa yang kau tulis kat atas...hahahaha...gotcha!

eheh...
ok2...
 lebih POSITIF kali ini...

kau ni mcamni.. kau dah tahu attitude kau haru biru..kenapa kau tak perhatikan dengan teliti mencari permasalahan dan penyelesaian?
kawan kau ramai kan?
 nape tak mintak tolong depa pantau ?

bagaimana nak tukar attitude ni? 

1) kena ada target masa dan keutamanaan (Awlawiyat)
2) jelas matlamat...master akan dibuat selama 1 tahun setengah atau dua tahun paling lama
3) kena pandai cari peluang..apa yang nak diubah itulah yang payah..kalau rasa payah itu lagi bagus...hahaha..torture urself before other torture u..biasala kena marah <3
4) komunikasi skill dipertingkatan...senyum selalu..masalah tetap akan datang...elakkan hormone jahat merosakkan jantung mu...ahahhaa
5) rendahkan ego..maafkan orang..no mind blocking2 after this..ok?
6) bijak kawal emosi...
7) ada planner... 1 year forward? 5 year? 10 year?
8) ada nota kecil kemana sahaja pergi
9) bersedia untuk di transform... 


okeh? mcam banyak lagi jer...oh ya...

BANYAKKAN DOA
HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT KENA TAHAP SENSITIF PUNYA JAGA
HUBUNGAN DENGAN MAK ABAH JUGER....gimana ni...
HUBUNGAN DENGAN AHLI DAN ANAK USRAH....

hoyea2...selamat beramal!

Monday, June 25, 2012

Berbahagialah Muslimah

[Bismillah]
Assalamualaikum wbt

fikirkan masalah dunia ni pasti penat ya
kerana kita mahu ambil alih tugas ALLAH? begitu?
Biar sahaja bagaimana Dia mahu mengaturnya
Engkau hanya hidup dengan kehidupanmu
jangan susah memikirkan "sepatutnya begini dan begitu.."
"kenapa tidak begini..kenapa pula begitu..."
Allah tidak pernah zalim
dan yakin dalam hatimu...kehidupan yang barang sebentar ini perlu diterokai
bukan salah jika mahu memikirkan seperti kata-kata itu
namun, kau galilah hikmahnya...
kerana hidup ini bukan permainan
pasti diuji-uji
adakah benar imanmu itu?

masyaALLAH..kepenatan dunia ini pasti diganti sebaiknya di sana nant
pertemuan akhir itu pasti
dan beruntunglah jika kalian penerima disebelah kanan...
semoga sama-sama melangkah ke sana..syurga yang diimpi2kan...
insyaALLAH
persiapkan diri...
berfikirlah dengan waras iman bukan emotional.


Tuesday, June 19, 2012

kadang-kadang sikap pentingkan diri ni bagus
tapi kebanyakkannya tak bagus la kn effectny
isk..kalau ikut hati aku nak pergi jauh-jauh dari dunia ni
tapi masalah still lagi datang
even lepas mati pon belum tentu idup kau bahagia...hahahha
adhoi...aku penat ah...

Saturday, June 16, 2012

La Ba'tsa

[Bismillah]
Assalamualaikum wbt - 12:34 pm 17/6/2012

Alhamdulillah..Allahuakbar

manusia boleh saja mnyebarkan fitnah
dan bahangnya amat terasa diudara
hahah
aku bukan kesah sangat
bak kata ustaz kazim ..my Diva Ustaz ..muahaha guna term APG
tak apalah nak ngumpat ke nak mengata memfitnah
semua pahala org yang mengumpat akan sampai pada org yang diumpat
ngumpat la kakak2.. aku tak heran la ngan semua tu...
hidup ni ada atas ada bawah..lumrah la..
harini ALLAH nak bagi Dia boleh bagi
kalau esok Dia nak amek pon boleh
hidup ni bukan tangan manusia yang atur..
Allah yang atur...
nak takut apa? nak bangga untuk apa? nak megah2 pada siapa? nak sombong dengan siapa? nak pandang rendah pada manusia yang setaraf je dengan kau? kita sama2 hirup oksigen free ALLAH bagi la...
hadhoi...marah pon guna..sepak pon xkena..
muahahah..
see u soon

Lawak la dengan permainan keanak2kan manusia ni
ya ALLAH...
hidup ni bukan 1000 tahun..
bahkan terasa sehari atau setengah hari jer

Astaghfirullah...
sekadar peringatan buat diri aku..
kerana aku manusia yang masih butuhkan ALLAH
kerana aku manusia yang bnyak karat2 jahiliyah nya
Astaghfirullah...

note:
La ba'tsa : Tak mengapa

Wednesday, June 13, 2012

Dulu 80..Sekarang 30

[Bismillah]
Assalamualaikum wbt

ape yang 80 ape yang 30 kan?
haha
aku cakap sal gaji..
dlu aku kerja masyuk la 80 sehari...8-5pm
skrg jarak gaji dah ada semacam jurang la

aku bukan nak test barakah
but u can feel the barakah actually..
feel blessed from the above..

no hal. insyaALLAH bleh survive
esok mula kerja..
alhamdulilah..sket2 la kan...
aku nak kumpul duit beli tayar kereta plak! hahahah



Sunday, June 10, 2012

Peluang Yang TAk Terbayar

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt 9/6/12 1:51 pm

Alhamdulillah Allahuakbar Subhanallah MasyaALLAH

"Akak ada rancang nak buat rehlah..."
"Yeay..jom akak..jom..." sahut adik2 usrah
"Kat mana akak?" tanya salah seorang dari mereka
"Hmmm...tempat paling jauh la...Bukit Ekspo..." = =' udara pecah dengan ketawa..hahaha ok lah tgok biawak berenang

malam tu aku sketch la perancangan ape yang cantik untuk hari berkenaan.
pencarian tarikh untuk rehlah ni alhamdulillah mudah
perlantikan AJK..

MC: Miss Auni Khalid
AJK Makanan: Miss Erna, Miss Atikah B
AJK Aktiviti: Miss Mun-Mun, Miss Suzida
AJK Kedatangan: Miss Asrin (hahaha...kami yang amek kedatangan dia...)
Miss Zakiah, Miss Busyra dan Miss Atikah A

maka dengan Izin Allah maka berlansunglah harini..(Gambar ada sama Miss Mun-Mun)
kami tdur di R.I
malam tu siap potong2 carrot..rendam bee hoon (Hasilnya...Meehoon yang osm..marveles)

pada hari kejadian, maka kami bergerak lah dari RI p Bukit Ekspo nan indah
cari port baik punya..
dengan hujan renyai2..ouch...syoknya..subhanallah

selama bersama mereka yang sebenarnya inilah yang mentarbiyyah aku..
dengan usrah yng aku bawak ni...sebenarnya bukan aku tarbiyyah depa..tapi ALLAH...
dan aku tertarbiyyah sekali
masyaALLAH

yang pasti dari perkongsian mereka...
aku pasti telah banyak luka-luka di hati mereka dan aku juga
yang pernah dlu kita redah jalan maksiat
yang pernah dlu kita langgar segala lampu merah ALLAH
yang pernah dlu kita tidak berhati-hati dalam bertindak
yang pernah dulu kita dicaci maki manusia tanpa belas
yang pernah dulu kita dihalau2
tapi itu dulu
kita adalah siapa kita harini dan kemana kita nak bawak diri kita...
kisah dlu biarlah jadi pengalaman...kata kak busyra "experience is the best teacher"

subhanallah...tapi kini kita ada hadiah...
kita memiliki satu sama lain..Allah temukan hati-hati kita
ukhwah yang kita bina hari ni ada barakah nya
tepat pada tika dan masanya maka segalanya berlaku seizin Allah.

jangan pernah berpaling dari jalan ini
kerana sesungguhnya ia amat manis
mujahadah sememangnya pahit..
kerana syurga itu manis~

aku sayang kalian kerana ALLAH.
namun perpisahan pasti berlaku
tarbiyyah lah yang menguatkan kita semua
ingat daku dalam doa rabithah kalian

"YaAllah peliharalah jiwa2 ini..semoga ia mnjadi jiwa muthmainnah..yang Engkau Redha dengan kami dan kami redha dengan Mu.."



Thursday, June 7, 2012

penganggur

[Bismillah]
Assalamualaikum wbt 5:44PM, 7-6-2012

perasaan yang sama masa lepas degree.
aku sedikit tak keruan
ahahaha
masyaALLAH..
tak tahu dah nak ckap cane. aku dengan drastiknya berenti kerja tanpa bertahan sedikit pon
huh..tapi aku tak menyesal pon. sebab walau aku sedikit ting tong..menghitung hari..dan masa-masa yang berlalu aku tenang.. (sedikit serabut memikirkan sumber kewangan) ahahaha
kena la pikirkan..sape la nak tampung kereta aku tu kan..
terbaiklah...
adoi..nape la aku xpergi2 lagi jumpa lecturer ni..
dah p jumpa haritu la..tapi tak puas hati ah..

perancangan:

10/6/2012; daftar master-----> jumpa penyelaras chop sorang pensyarah------>mintak jadi RA sementara tggu sambung master---->bulan 9 boleh start master....Allahumma yassirna wala Tuassirna :)

Aku rancang ajer..dan insyaALLAH perkara ini akan jadi mudah atau sebaliknya.
jika orang kta aku bodoh dengan keputusan aku berenti kerja..
aku lebih2 terasa bodoh jika stay di ofis tu sebab aku mcam biji benih dormant dan lambat akan bercambah
lebih baik aku campakkan diri aku ketempat lain yang ada suhu, oksigen dan alat2 lain spaya aku bercambah dengan baik.. insyaALLAH..apa yang ada harini adalah yang terbaik..dan aku sangat kena prepare agar aku keluar dari zon selesa

cewah..
perkara yang masih aku ingat dan menjadi pengajaran dalam hidup aku adalah...

kita tidak perlu drastik nak membeli sebijik kereta..tidak mengapa jika berdikit-dikit membeli sebiji tayar dan sebiji tayar lagi hingga cukup 4 tayar sekali dengan tayar spare kemudian beli kusyennya pula..enjin2 dan tangki2 yang ada...masyaALLAH..bertatih la walau lambat as long as kau membesar..

bercambah lah dengan baik aduhai jiwa ku...
waallahua'lam

Wednesday, June 6, 2012

[Bismillah]
Assalamualaikum wbt  7:10pm - 6+6=12-

hati ni rasa kering sahaja
tetapi bila kuluahkan rasa hati itu...
makin lega
setidak-tidaknya aku menyatakan ia jujur
tidak perlu aku berfikir-fikir..mana yang terbaik..
apa2 kerugian yang menimpa ku
kerana tarbiyyah ALLAH itu sudah cukup berharga
tiada alang gantiny
aku tidak menyesal
kerana apa yang berlaku dalam hidup ini ada campur tangan ALLAH
Allah masih mahu melihatku dari atas
tali yang aku paut masih kuat
ALLAH pasti lebih tahu
dan ALLAH pasti mahukan yang terbaik buat aku...
aku akan sabar ya ALLAH
jika ini yang Kau tulis buat ku
aku akur dan syukur
yaALLAH
pada siapa lagi aku mahu bergantung ya ALLAH
Engkaulah sahaja tempat aku bergantung..
Ampunkan aku atas kekhilafan dan kealpaan aku
putuskan lah apa yang terbaik
bantulah aku..kerana aku tidak tahu hal-hal ghaib sedang Engkau-lah yang Maha Mengetahui

Sunday, June 3, 2012

Berita Hati 3- Seperti Burung Bersayap Kebas


[Bismillah]
Assalamulaikum wbt

Allahumma Arifni Nafsi (Ya ALLAH arifkan (kenalkan) aku dengan diriku sendiri …aaameen Ya Rabb)

Adakah kita tidak cukup mengenali diri sendiri ?

Adakah kita yakin ini adalah diri kita yang menepati acuan Allah?

Ataupun kita sedang menipu diri kita tika ini? Tipu? Bagaimana?

Kadang-kadang terasa sesat sendiri..

Menemui diri sendiri di jalan buntu tika kita tengah syok2 berjalan.. Kita melalui jalan..kadang2 kita merasai keterasingannya

Merasakan terancam dengan keberadaan manusia disekeliling kita yang mungkin mengganggu zon selesa yang kita bina selama ini?

Takut..bimbang..risau..tak keruan..perasaan terkongkong..dan kebebasan diri yang kita dapat selama ini akhirnya terasa seperti dipenjara. Ibarat burung yang mahu terbang tetapi sayapnya paralyze.. memaksa-maksa namun akhirnya badan lemah, otak lemas dan badan malas.

Apa masalah pokok yang menyebabkan ini berlaku.. mari berlaku jujur dan jangan takut akan reality dunia yang sebenarnya fantasi ini (diakhirat nant kita akan merasa dunia ini seperti 1 hari atau ½ hari sahaja kita menginap.)

Jika pernah nonton cerita Sang Pemimpi..

Apa kata pak Balia.. “Bebaskan diri mu..bermimpilah kerana Tuhan pasti akan merangkul mimpi-mimpi kalian.”

Kita yang tak dipenjara pon rasa seperti dipenjara..haha..namun bagaimana sangat berbeza antara kita dengan manusia yang dipenjara tetapi merasa bebas..? aduhduh..penat ya memikirkan diri sendiri apatah lagi mahu memasukkan WWW dalm otak ni..

Pokok Masalah dan Mencabut Akar Tunjangnya

Kadang-kadang masalah yang kita pikul ini terasa seperti mencabut pokok balak yang besar..nak korek akar tunjangnya bukan main lagi..keluar keringat jantan..(maknanya..sangat payah la tu)

Tapi jika kita memandang masalah kita seperti pokok taugeh? Ahhhh..mudah diberesin..cabut makan..cabut telan..muahaha (maaf kepada anti-taugeh)


Jika masih lagi memikirkan pokok balak…?

Okeh..akan banyak keberuntungan disitu..mungkin akan terlahirlah manusia yang kritikal thinking dan kaya raya si tokey balak. Wahaha..

Baiklah..apalah balak yang menumbuh dalam kotak pemikiran kita ni kan?

Mungkin disebabkan baja cap “MALAS” kot yang menyebabkan balak itu tumbuh subur?

Mungkin disebabkan racun cap “BO”-Block Orang menyebabkan makin membesarlah balak itu tanpa membenarkannya digigit2 oleh serangga..maka immune badannya akan lemah melewati hari-hari?

Mungkin kita menggunakan vitamin “MANJA” yang buat rasa balak tu amat selesa?

Mungkin kita menyiramnya dengan Perasangka-perasangka?

Aku cakap bukan untuk orang lain. Aku juga mengalami masalah ini..dan masih mencari solusi..aku nak keluar dari “cengkerang” ni..nak lihat dunia sebenar dengan penuh berani dan hamasah tanpa henti.. (imaginasi penulis)

Adakah dengan menjadi akhwat menyebabkan kita terkongkong menyalurkan idea dan keluar bebas mengembara mengembangkan lagi pengalaman2 kita?

Adakah dengan menjadi akhawat kita bersyukur stakat mana yang kita ada – bukan x syukur maksud aku..tapi smpai bila ditakok lama??- ayat ni sedas utk aku!

Adakah dengan menjadi akhwat kita adalah manusia maksum yang tak lakukan kesilapan?

Adakah dengan menjadi akhwat masalah kita semua perlu dilupakan terbengkalai?

Pandangan peribadi aku..sebenarnya masalah yang kecil itu mampu memberikan impak yang besar dalam kehidupan daie. Jika kita tak betul2 manage pasti engkau merasakan tekanan ini.. “oh..budak dakwah 
perangai mcam ni?” “Tudung jer besar..tapi malas kerja” “makan gaji buta jer ea budak dakwah ni?” ..ingat aku xpernah alami menda ni semua?aku manusia biasa.. penat badan dan otak tahu!

Setiap manusia yang pasti akan mengalami pengalaman yang berbeza dan sudut pandang yang lain sama sekali. Jangan diremehkan masalah yang kecil…jika tidak dikawal maka ia akan jadi balak..

Koreksi diri.. “Kenapa masalah sekecil ini aku merasa beban yang luar biasa hebat, ya ALLAH?”

Jawapannya tergantung kepada bagaimana melaksanakan “Mutabaah Amal”, bagaimana Tarbiyyah 
Dzatiyyah mengajar kita agak bersedia untuk diubah… adakah IKHLAS ada dalam hati kita? Atau buat sekadarnya sahaja?

Dimana kita campakkan “KOMPAS” kita disaat kesesatan di dunia ini?

Adakah kita hasil tarbiyyah yang sebenarnya?
God never promises that this day without pain. But He did promises strength for you every day”-W//W-OL
Bersabarlah angah..cari jalan keluar.

Bumi ALLAH ni luas lagi..

Chill!

Habis tu kenapa tak buat betol2? Ahahah..setepek kena atas dahi..syok2!

Be-Friender


[Bismillah]
31/5/2012 ::11:49 am

Assalamualaikum wbt

Allahhumma Yassirna Wala Tuassirna ya Karim (Ya Allah, Permudahkanlah jangan Disusahkan)

Bahang menyambung pengajian semakin hangat diperkatakan..huahua..

Muahaha..adoi..penat seyh

Smpai muntah2 pening kepala pikir..(xde la. supaya nampak lebih dramatic.sebenarnya perut masuk angin..ekeke)

Pernah dengar pasal befriender? Satu badan NGO yang mengumpul seberapa banyak manusia yang punya hati untuk memberi pinjaman..bukan pinjaman kewangan apatah lagi sebagai ah long ataupun mengumpul dana bg membina rumah2 kos murah..tetapi mereka memberi pinjam telinga mereka..(insyaALLAH takkan hilang keseimbangan mereka)

Tengah aku cari-cari information pasal Suicide..aku terjumpa befriender ni....

Dalam hati..subhanallah aku kagum. Dan yang kebanyakkan (mungkin kesemua mereka) adalah non-muslim
masyaALLAH..
Pertubuhan ini ditubuhkan atas kesedaran tentang permasalahan tekanan yang dihadapi oleh manusia dini hari..korang ada pikir? Ke masalah sendiri pon tak settle lagi?haha.. -cakap utk diri sendiri..

Bagaimana mungkin mereka dapat memandang satu sudut yang mana inilah cara Rasulullah saw mengajar kita as duat agar berakhlak dengan manusia dan memenuhi keperluan saudara kita…

Lihatlah sunnatullah telah berlaku pada mereka..
“Sesiapa yang memudahkan urusan hamba Allah yang lain maka Allah akan memudahkan urusannya”
Jangan hairanlah jika kita melihat kehidupan non-muslim lebih bahagia (perhaps:: dari kaca mata manusia biasa-) dan mereka mendapat bahagian di dunia seperti janji ALLAH swt..mereka bahagia mungkin dengan membantu orang lain.

As daie..

Bagi aku kita kena lebih rapat dengn masyarakat kerana mereka adalah target kita..tapi jarang ya kita nak involve aktiviti ni

Aku tak tahu adakah benar..tika kita menyantuni manusia yang bermasalah..maka ia lebih mudah utk kita sampaikan islam itu.kerana tika itu dia menghadapi tekanan dan (Dengan Izin Allah swt jualah) kita ada untuk mendengar masalh mereka..

Semalam kami ada bincangkan surah al-Qalam. Tika mana Rasulullah saw merasa sangat ‘down’ (kerana 

Rasulullah saw jua manusia biasa), manusia disekeliling baginda mencela Baginda saw dengan mengatakan 

Baginda saw adalah gila. Letakkan dri engkau ditempat Rasulullah saw. Engkau pergi usrah. Mengaji al-

Quran tapi satu kampong panggil engkau gila..berkhayal sorang-sorang. Tak de sape pon nak dengar. 

Engkau nak harapkan siapa? Mak ayah pon tak ada..kawan-kawan pon tak boleh nak buat apa..haaa..masa nila baru nak rasa keberadaan Allah dalam <3 kita~

Apa perasaan bila Allah swt smpaikan pada kita.. “Bahkan engkau (Muhammad) bukanlah orang gila.”

Engkau bukan orang sepele..engkau bukan manusia biasa2..engkau ada Aku..!

Dan Allah mmberi jaminan yang akhirnya kita akan tahu siapa yang gila antara kita.  masyaALLAH..

Perasaan siapa yang tak lega disaat terasa seperti dunia sempit sekali..sesak dada dan fikiran pun buntu?

Pasti lepas semua bebanan yang kita pikul selama ini..kerana fitrah manusia mahu didengari.

“ketika dunia menutup telinga, kami ada disini.”- tag line befriender

Tak rasa seronok ker kalo macamtu? SERONOK habis kan..rasa macam tertanggal baju besi yang dipikul tu..uhhhh..Subahanallah..ekeke..Xdelah mcam tu.. hiperbola

Tapi bagi setiap yang bermasalah pasti ada jalan keluar..antara ayat lain yang aku dapat dalam web befriender tu “Listening can saves Life” ..amacam? mengamcamkan?

Tapi sebagai daie adakah kita sebaik-baik pendengar bila ada akhwat yang ada masalah? Adakah kita memberi solusi atau menghentam sinis sidia?

Kita dah menjadi pendengar yang baik ke kalau mak abah kita berkongsi cerita dan masalah?

Kita dah menjadi pendengar yang baik ke untuk adik-adik kandung dan adik-adik usrah kita?

Jika masih belum..bagaimana nak santuni manusia diluar sana yang kian menderita..

Tak terlatih atau kita malas bertatih?

Rugi bagi kita..kita bukan nak mereka menjadi penggerak..tapi cukuplah mereka kembali pada ALLAH sebagai hamba yang suci berbnding dengan mereka mngambil tugas malaikat pencabut nyawa mncabut nyawa mereka sendiri..

Lihatlah statistic bunuh diri di Malaysia…% tertinggi adalah lelaki. Umur antara 30-39 tahun..kaum cina, india dan diikuti melayu (islam)..sedih xsedih..seberapa ramai yang merungut ada masalah..dan kita hanya senyum dan katakan “sabarlah” dengan penuh kewalian.. ahaha.. mereka bukan perlukan duit kita..tapi dengarilah mereka…tepuklah belakang mereka dan katakana.. “saya sudi mendengar…”

Doakan aku nak smbung master ni..<3

Insyaallahu taala
. . . . . . . . . . . . . .