dig into the CAVE

Saturday, September 29, 2012

Tidak Pernah Sebelum Ini

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt
titanium- one of the most expensive hadid in the world

malam ni aku tinggal sorang kat rumah. depa semua p dengar talk Dr Zakir Naik..
haih..terasa rugi.. = =''

tak tahu la apa yang aku rasa sekarang ni..haha
membolok plop...
ok2..dari tadika--kbn--tadika--care--cashier
sesungguhnya yaAllah aku tak pernah terlintas akan semua ni
semua yang Engkau susun akan rezeki ak ni..aku tak tahu apa yang Engkau susun kelak


mulanya aku ngan kakak sorang ni pergi la interview dekat mydin
huih..mcam best la kan..dengan keramahan dan environmennya not that bad
tapi etika pakaiannya..heh...sume kena nipis...security namanya... tstsss = = '
pastu buntu punya buntu..tengah duk sembang2..alhamdulillah mai sorang lagi kakak cadangkan p guardian
hah! good idea !!
aku pon ape lagi lepas prog ajak kakak ni p guardian
yeeehaaa!
dah isi2 borang...geng guardian call
tapi aku tak jawab sebab masa tu aku dah masuk care
kat care tak smpai 14 hari aku macam cacing kena rebus...nyum!
kehulu kehilir dengan otak-yang-kosong!
aku tak malu nak mengaku ni...sebab ini realiti dan aku suka putih..
dan alhamdulillah...Allah swt putuskan..aku tak dapat sambung master..
jauh disudut hati..... AKU SYUKUR SANGAT! sebab aku tak mampu utk master itu
Prof dekat care bersungguh2 cadang kat aku suh aku jumpa dekan pusat sosial mintak approval utk master aku
jauh disudut hati..... AKU TAK SANGGUP DAH PROF!
then aku berenti at that time selepas 14 hari kerja sebagai pembuta kerja..hahah (entah mana datang kau punye term daaaa)
pastu aku p guardian balik dengan cik M
alhamdulillah aku dapat..mula2 aku buat full time
dengan menyandang full time aku mungkin bleh naik exec.. gaji lebih masyuk la..dengan elaun2 dan kemudahan klinik panel sekian..
tapi ini cukup mengganggu program2 aku..sabtu ahad kau kerja kau tau!!
susah hati bukan kepalang...terus pk nak tukar status part time
masyaALLAH mmg rezeki Allah nak bagi aku..at that time they still accept part-timers..

sekarang aku part-timers at guardian
hari pertama aku lalui dengan penuh konflik dalaman


Hoi! kau tahu aku nak start kereta pon aku lemah
tapi aku start jugak aazad..drive2..sampai la tempat kerja
sampai kat parking... aku duduk lama2 dengan aazad..
ya ALLAH.. aku tak pernah terlintas utk kerja ni
ya ALLAH.. aku ni budak degree..tapi kerja aku ini?
ya ALLAH.. aku ni seperti merealisasikan kata2 kakak yang terajang aku dari ofis dulu tu "dayah..kau takkan berjaya walau kemana pon kau pergi..." kata-kata ni memang terngiang2 sampai sekrang and sejujurnya benda ni buat aku benci dengan kakak tu..
tapi ajaran Rasulullah saw tidak menuntut kita berdendam sebegitu kan? Subhanallah coz u grant as a great Prophet pbuh to us <3 p="p">

masa tu seriusly aku ase aku tak mau turun
tapi aku pujuk hati
"kau tak buat kerja haram ngah..at least you are not a loser...nothing to be ashame my dear.."
aku bukak pintu...aku pakai sweater
pastu aku bukak balik sweater...pastu aku pakai balik...
segalanya jadi serba salah sebab konfident aku masa tu...Dup* jatuh tergolek
aku malu! jujur aku kata...aku malu
aku gagahkan jugk jalan...jalan..smpai guardian..
smpai sana..dorang greet aku..welcome and brief serba sikit
then aku start kerja

alhamdulillah dah 2 minggu kerja.. off sehari seminggu.. sabtu ahad kerja kau tau!
masyaALLAH.. perasaan lama dlu tu..HILANG
aku syukur sangat! yaALLAH..
aku happy coz i do something
aku rasa dengan hati apa yang aku buat
i can help people
greet people and happy to see them happy
hahahah....


ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH!


but byak jugak aku terlepas nak p ceramah-ceramah
nak isi hati
hari-hari tgok telatah manusia..boleh keras jugak hati ni
haih...
cane aku nak mngisi dalam usrah sdang aku tidak terisi
cane aku nak membasahkan hati manusia lain sedang hati aku kering
lots of thing should be change!

oh ya.tadi dalam toilet ade orang call
aku pon angkat la
sekali dia panggil interview la as exec di Hidayah Centre... this wednesday..
so aku off this wednesday
sapa mau teman aku p sana??????

aku mau jadi siapa aku sbnarnya!
hate Hippocrates.. hahaha



Wednesday, September 12, 2012

Tinggalkan Sahaja Si Hempedu Itu

[Bismillah]

Assalamualaikum

Jika hempedu masih ditelan
adakah kau sudah kehabisan makanan?
kepahitan ditelan sedangkan kemanisan dibuang
bagaimana kamu ini?
dimana pergi nilai seorang kamu
tika membuat pilihan antara madu dan hempedu?
sepertinya engkau keliru
kasihan...
sungguh kasihan!
Ghuraba'..beruntunglah kamu!

Akhwat Pengecut

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt

tajuk post belum lagi siap tika idea melimpah ruah ini hadir
aku pon tak tahu apalah tajuk yang sesuai untuk post ini

malam 13/9/2012 jam tepat 1230am 
dari dalam kedengaran bunyi titik hujan
menjadikan malam dibuai nyanyian alam
jalan raya masih terjaga dek bunyi enjin kenderaan manusia yang masing-masing mengejar masa masing-masing
dan tika ini..mata ni masih belum lelap
mungkin penangan kopi masa meeting tadi buat mata ni liat nak katop
atau mungkin kerana penangan 'super kick' yang singgah tepat dihati?
'super kick'??
memang menyinggah tepat la
tika itu terasa macam kena tendangan si shoalin soccer
haih..
tengah duk cuba lelapkan mata
tenangkan fikiran
aku pandang  kipas yang berputar..
dalam hati: "Ahhh..dah lama tak muhasabah sebelum tidur.."
pusing kiri kanan..tak lelap jugak tambah sakit kepala
masih sibuk dengan permainan kanak-kanak
entah apa perasaan aku tika ini..
sepertinya seakan2 dipusing2 dalam mesin basuh..
berkisar2..
ya Allah..
aku mula muhasabah diri..
ya..muslimah dakwah gimana jika tika futurnya, lagu Gotye menjadi pilihan hatinya?diulang-ulang sehingga bosan...
ya..muslimah dakwah gimana jika mutabaahnya tunggang langgang?
ya...muslimah dakwah gimana jika hubungan dengan Allah longgar sekali?
ya..muslimah dakwah gimana jika dia penat memikirkan masalah sepele berbanding pikirkan dakwah dan tarbiyyah?
ya..muslimah dakwah gimana jika masa freenya dibuang sia-sia?
ya..muslimah dakwah gimana jika pergantungannya bukan pada Allah?
ya..muslimah dakwah gimana jika semangatnya seperti pelita habis minyak..kereta habis petrol!

bagaimana urusan mu ya ukhti?
tika kau mengatakan
"inilah jalanku.."
tetapi tika itu juga kau melagha?
tika itu juga kau bermalas-malasan?
tika itu juga kau lari dari matlamat asal mu?

bagaimana Allah bisa membantumu demi gerak kerja ini jika kau bersikap sedemikian rupa?
ya Allah..
sememangnya Engkau menjentikkan sesuatu dalam hatiku- Tetapkanlah ia dalam hatiku akan perasaan ini-
tika seorang ukht menyatakan;

"kita sebagai penggerak kena jaga QIAM kita.. kalau tak bagaimana Allah akan bantu kita dengan ilham2 untuk gerak kerja..?"
"akhwat pengecut..check balik quality qiam"

apalah yang aku sibukkan dengan dunia materi
tika saat hatiku meronta-ronta untuk di re-charge
aku biarkan sahaja ia mati tak berisi
tika hatiku mengatakan perbuatan ini dan itu salah
aku beria-ria mematikan perasaan itu demi penuhi tuntutan nafsu
tika aku melihat kemaksiatan berlaku depan mata ku
ia seakan-akan perkara biasa sahaja
aduh duh... naif sekali jiwa pendakwah ini
malu sekali mahu mengaku diri seperti itu
entah apalah yang selayaknya Allah meletakkan aku diposisi ini?
nauzzubillah jika diriku ini menjadi pemberat kenderaan dakwah ini sahaja

Ampuni aku ya Allah
saat kefuturan melanda aku biarkan sahaja hati ini gering tanpa mengubatinya
Ampuni aku ya Allah
atas keadaanku yang begini..membiarkan sahaja nafsu menguasai
Ampuni aku ya Allah
tika semangat dan peganganku goyah aku biarkan sahaja tangan-tangan lain menunggangi
hingga aku lemah tak berbuat apa2
setiap kata-kata dan dorongan nakal manusia aku turuti sahaja
dimana jati diriku ini?apakah pegangan aku ?
antara menuruti tuntutanmu yaAllah..aku rela menuruti kehendak manusia
celaka!

kembali muhasabah...
dimomen kecairan melanda!
baiki dan refresh hubunganmu dengan Rabb-mu
adakah ia setulus dan secerah kristal?

tajuk post adalah seperti tercatat
ukht
jika engkau merasakan diri kau pengecut
maka aku bukan lagi pengecut tetapi lebih dari pengecut
naif dan lemah
Astaghfirullah
buang debu dosa..belum sempat kering debu kembali menyinggah

Sunday, September 9, 2012

Membebel itu tanda stress

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt

Al kesah. ohoi...

Burung 'n' Cacing

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt
oh burung...besar nikmat Allah pada kita kannn?nikmat mana yang kau dustakan?
 Credit to: clare-bird word girl

aku macam burung yang keluar tengahri = ="
cacing-cacing kembali berhibernasi dalam tanah
terlambat sudah
haih..
keputusan apa yang kau buat wahai si burung hingga keterlewatan ini..
hadoi...

"If U Fail To Plan..U Plan To Fail"

Katak Si Katak Lompat

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt

aku penat dah lah!
sampai ade yang cakap 
"bukan dah dapat kerja ker? nak tukar lagi?!"
= ='
fed up!!!!dengan kehidupan kau yang cepat bosan dengan hidup kau..paham?
serius..really tired.
even aku pon tak kenal siapa aku
eh.. jap..aku tahu sape aku..
haaa... terburu2..
angah, hang tau dak yang terburu2 tu sikap setan? 
mu tau tapi mu ikut jugok
"cakap orang tua niii....*some text missin'*" 
version jawa aku tak tau ape kan..tapi ni ayat sorang mak cik pada aku!

ketahuilah wahai diri
sampai bila mahu begini?
tekun dan itqan lah!
masyaALLAH...
bangunlah! 

p/s:
-Settle mutabaah kau ngah! jangan mengada!

Sunday, September 2, 2012

děkuji


thanks for waking me up Allah.... :)

Rama-rama menjadi Beluncas

[Bismillah]
Assalamualaikum wbt


dunia sudah menggila
bagaimana bisa terjadi rama2 kembali menjadi beluncas
sudah kau terbang bebas ya rama-rama
mengapa kembali diam dan menjadi kebencian manusia?
hai rama-rama tika hati memuji indahnya warna kepakmu
mengapa kau kembali menjadi ulat? manusia rasa jelik sekali
kau hanya perosak...
namun untuk memiliki rama-rama yang indah..beluncas perlu terjadi dahulu
hai rama-rama
jangan berlama2 menjadi beluncas 
jangan terlampau enak dibuai mimpi dalam kepompong
keluarlah dari kepompongmu
ramai mata2 yang mahu melihat indahnya kepakan sayapmu itu
merasai buah-buahan yang enak hasil kerja tanganmu..

tika saat kau rasa nak jadi ulat perosak wahai rama-rama tarbiyyah
ingatlah bertapa ramai ingin merasai indahnya terbang seperti mu
dan tidak mahu lagi menjadi beluncas yang dibenci diri
perlu ada rasa untuk mensyukuri