dig into the CAVE

Sunday, May 27, 2012

Pilihan Yang Ada

[Bismillah]
Assalamualaikum wbt
aku ada dua pilihan

1 : Terus Bekerja
akan aku senaraikan pro and conts


pro:
  • income tetap setiap bulan masyuk juge
  • tak payah buat assignment atau presentation berabok
Conts:
  • aku xdapat perform. ini adalah kelemahan diri
  • aku xminat. (org cakap kena grab all the chance...bersyukur apa yang ada)
  • aku xdapat kenal pasti peluang and sangat lemah..
  • ni bukan disadv syarikat ni..tapi aku la yang bermasalah

2. Master
pro: 
  • subjek yang nak dibuat adalah education psychology
  • still got scholar
  • stay in upm
conts:
  • duit mungkin menjadi masalah utama nnt (kereta dll)
  • work extraordinary
akan ada nant ujian-ujian yang mendatang
tabah dengan fitnah ini
tika terjadi sesuatu yang jarang berlaku
masyaALLAH susah sangat!
nak mujahadah
pertempuran antara iman dan nafsu
yaALLAH peliharalah aku..

Berita Hati ii- Tika Ia Masih Sakit

[Bismillah]
Assalamualaikum wbt
-28 May 2012, 9.49 am-
jangan biar nafsu "anjing" menguasai hatimu..tidak pernah bersyukur
tika kau menyedari hatimu jatuh gering
koreksi diri perlu dijalankan
adakah engkau sudah culas solat fardhu?
adakah engkau sudah culas berqiammullail?
adakah engkau sdah culas solat dhuha?
adakah engkau sudah culas puasa sunat?
adakah engkau sudah culas bacaan dan tilawah?

pedih ya dalam hati ni
rasa pedih itu tanda kasih Allah swt pada kita
agar..
jauh disudut hati kita tak pernah lupa Dia

Tika ia masih sakit..
tangisilah dirimu
atas dosa-dosa lalu
lihatlah tika 'raja' jatuh gering
akalnya akan lemah
jasadnya akan malas...


Friday, May 25, 2012

Berita Hati 1- Pertembungan Antara Dua


Assalamualaikum wbt
[25-5-2012,4:22PM]

Dilaporkan terdapat kemalangan berlaku antara kenderaan iman dan nafsu.
nafsu yang melanggar lampu merah akhirnya membahayakan iman yang ketika itu sedang eak memacu laju kenderaannya. iman yang kelihatan santai akhirnya dikejutkan *Bamm!!*
nafsu yang menggasak iman secara bertubi-tubi hingga iman lemah sekali.
Iman tika ini berada dalam keadaan kritikal..namun masih memiliki keazaman bagi terus bangkit memacu kenderaan iman bagi memastikan akhirnya ia akan smpai ke 'destinasi' yang dia tujui dengan baik
mendengar sokongan En hati yang memiliki azam yang kuat dan kak mujahadah yang ketika itu turut lemah..namun apabila memandang nafsu dan merasai kepedihan itu akhirnya sama-sama bangkit
semakin iman menginginkan mujahadah..makin mudah iman memacu kearah destinasi tujuannya
menantikan yang Maha Menyayangi nya..menjemput masuk dalam keadaan baik..
"jemputlah masuk wahai jiwa yang tenang dalam keadaan Aku redha kepadamu, dan engkau redha denganKu"

jika nafsu berani melanggar 'lampu merah' ALLAH..maka akan berlakulah kemalangan dasyat..samada akan ada kematian hati atau ke ICU atau cedera ringan....
waallhua'lam

Wednesday, May 23, 2012

Kepulangan yang Tiada Hujungya

[bismillah]
Assalamualaikum wbt

hidup ni seakan-akan  menanti-nanti akan satu kejutan yang ALLAH sediakan
kejutan yang kadang-kadangnya menyenangkan
namun kadang-kadang ia amat menyesakkan kerongkongan
memilih antara dua jalan yang asing
fikiran celaru..bingung...

 bingung sekali dengan persoalan-persoalan apa sebenarnya yang ALLAH mahu tunjukkan?
membuat pilihan antara dua jalan..hingga tersepit antara keduanya
Allah menyediakan ujian ini, bagi menyatakan "angah..kenapa engkau makin jauh dari Aku?"
sebagai tanda kasih..kebingungan yang diberikan
dan mengharapkan HambaNya datang kepadaNya dalam keadaan tulus mengadah tangan
melutut merendah diri

seperti kadangkalanya, manusia itu sendiri tidak memahami
jika dibuat pilihan itu, maka akan terbuahlah segala idea2 yang tdak pasti
memaksa Tuhan memenuhi segala kebutuhannya.
masyaALLAH..
astaghfirullah
hidup di dunia seperti di pentas wayang
bisa saja ALLAH menetapkan apa sahaja scene dan dialog
dan klimaks atau ending berdasarkan apa kehendakNya
jadi mengapa kita sering kali mengeluarkan tanda tanya ????

sedangkan ALLAH punya seluruh gambar puzzle dan sekarang, tugas kita menyusunnya kembali
menjadi seperti mana puzzle yang ALLAH dan aturkan...

angah, live your life
dont be sad.
you re big enough stubborn girl
life not gonna be easy
but trust in your heart
ALLAH is near and Most Listen to you

back to ALLAH !

Monday, May 7, 2012

Secret Ingredient

Assalamualaikum wbt

bila makan secret recipe..kek dan pasta 
pasti terasa macam "waoh..mst dalam ni ade ingredient yang osm"
sebab dalamnya ada "rahsia"

pastinya kalian mmbaca posku ini membuatkan kalian tertanya-tanya
"wah..apakah?" (imaginasi penulis)

MasyaALLAH , Allah menggerakkan  hati untuk membaca dan tangan untuk membelek satu majalah
"JOM!"

nak katanya
dengan adanya secret ingredient ni sume menda akan jadi best

bukan cukuplah itu sahaja maka semua akan jadi syok
..tapi dengan adanya resipi rahsia itu menjadikan ia lebih lazat dan 'kenyang' ...enhance the sense!

adoi..penatnye nuleh dengan bahasa macam ni
baik

pernah merungut usrah xbest?
pernah merungut pergi program xbest?
xdapat pape pon dari daurah?
rasa kenapa ukhwah xbasah bila dalam program atau dalam usrah?
pernah rasa xmau pergi program atau usrah sebab muajih atau naqib/ah yang xsyok
atau memberi taujih menda yang kita dah tahu
[bosan dan rasa ilmu dah banyak]

ni aku nak kongsi resipi rahsia
nak tahu ape?
haha!
pastinya ia adalah rahsia...kalau rahsia xkan nak gtau kan
adoi!
ok2..dalam islam ilmu xleh jadi rahsia..
jangan jadi macam ahli kitab yahudi!

RESIPI/ BAHAN RAHSIA YANG AKAN MENYEBABKAN SEMUANYA SYOK ADALAH:
IKHLAS


alah..aku biasa dengar lah tentang ikhlas tu. asyik2 ikhlas
ha ah..mmg benar kata saudari..aku pon dari awal tarbiyyah sampai sekarang masih sedang mencari erti ikhlas
sebab nak belajar erti ikhlas tu sangat sukar
namun amal akan dinilai denga IKHLAS
semuanya bermula dengan IKLAS
carilah erti ikhlas...berdoalah kepada ALLAH


kenapa dengan gambar ni?
nak tahu kenapa..?
sebab dari susu yang keluar dari haiwan ternak ini terdapat tanda-tanda kebesaran ALLAH swt
bertapa Allah memberi nikmat anugerah yaitu susu yang keluar tidak bercampur dengan darah sedikit pon
itulah makna ikhlas..
apa yang kita beri pada ALLAH bersih! suci!
tak bercampur apa-apa yang lain selain dari NYA

dengan adanya IKHLAS akan menyebabkan segala apa yang berlaku kita akan rasa best
sebab kita buat kerana ALLAH
apa yang berlaku ada campur 'tangan' ALLAH
usrah xsyok? baiki lah ia..bergeraklah utk menggerakkan gerabak best yang anda idam2kan
berilah teguran kepada naqibah dengan baik
berukhwah lah dengan IKHLAS
daurah xbest?
cadangakan apa yang best..
jadilah manusia Rabbani (ALLAH oriented)

andai sahaja...
bayangkan susu yang kita minum bercampur darah?
waallahua'lam




Release

[Bismillah]
assalamualaikum wbt

sekarang BU kelihatan indah
dari segi luarannya 
nampak kemas, lantai sudah disalut tikar getah hasil infak dari akhwat - barakallah
dinding sudah dicat2..pink dan cream..-perempuan la katekan (i m not pinknatic)
pokok2 menambah seri dan oksigen di dalam rumah

ALLAH ade menegur para pencakap
"wahai orang yang beriman, kenapa kau tak kerjakan apa yang kamu katakan"
As-saff :3

dah dua pagi x ma'thurat jamaie...adoi..terkesan..esok aku nak bangun mathurat sesama ngan housemate. walau aku xbangun xde pon orang nak iqab aku.. :( quite sad.. tapi aku iqab diri sendiri jela
baca ma'thurat kubra !

oklah
sekarang ni janji aku dengan ALLAH swt bukan dengan manusia
dan aku akan disoal dengan apa yang aku lakukan dan tulis ni


beberapa mggu lepas, aku ambil satu tindakan selepas seberapa lama menantikan orang tengah membantu untuk menegur 
merasakan ade sesuatu yang menggesa diri ini utk bertindak
sepanjang penulisan warkah itu, aku berdoa pada ALLAH agar niat ini tidak dipesong oleh syaitan yang menjadi fitnah pada aku
aku berdoa Allah melembutkan hati siapa yang terbabit

dalam warkah itu,. 
aku memohon maaf padanya andai kata-kataku ini berat baginya utk menerima
namun aku terpaksa mengatakan ia walau ia pahit
aku katakan aku menulis ini kerana aku kasih padanya

dan akhirnya selepas surat itu aku sisipkan padanya, 
tidak seberapa lama selepas itu
aku dapat balasan surat itu di peti surat muka buku ku..
alhamdulillah..dia mengambil nasihat dengan baik
aku mengatakan yang janganlah melihat pada aku yang bnyak khilaf ini sbgai penasihat namun lihatlah apa yang aku nasihatkan.

aku tak mengharapkan ucapan terima kasih
cukuplah tawakal aku pada ALLAH yang memegang hati2 manusia ini
aku berlepas diri selepas aku mmberi nasihat 
kerana ALLAH lebih Maha Tahu ttg apa yang aku tahu (sedikit tu)...
waallahua'lam

dalam nak menegur manusia, kekangan besar adalah keyakinan kita memegang prinsip dakwah dengan kasih sayang tu.
kita selalu teragak-agak dan selalu sahaja nak keputusan yang penuh dengan keajaiban bila menegur.aku banyak belajar dari kekhilafa ku menegur akhwat, menegur adik-adikku
dan pastinya jalan tarbiyyah ini penuh mehnah dan tribulasi
syaitan2 akan bersesak2 mahu menghasut jiwa yang inginkan kebaikan..
jangan takut dan jangan bersedih
ALLAH bersama kita!

ALLAH knows best!

Tuesday, May 1, 2012

Biar Sahaja Hujan Itu Turun

Assalamualaikum wbt

*****
pagi tu hening sekali
angin sejuk hingga ke tulang
bunyi kicauan burung saling menyapa 
cahaya matahari berusaha melalui celahan-celahan daun jambu yang sudah di tebuk-tebuk ulat
bayang-bayang yang masing-masingnya bertasbih kepada Pencipta- nya
rumput di lantai bumi kelihatan riang dengan warna hijau hasil biasan langit
burung disangkar tetap sahaja berbaik-baik walau warna mereka berbeda
arnab melompat-lompat riang mencari makanan
[anak sedara ku masih tidur..
dengan kecomelan mukanya buat aku tak dapat tidur lagi ] out of topic lah!


[muka nya telah dinodai.. = =']

semalam tika memandu dalam perjalanan dari Kemaman ke KL
hujan lebat sekali
selepas keluar dari tol Kuantan
masyaALLAH luar biasa ya lebatnya
lampu highbeam dipasang
tekanan minyak nya lebih perlahan tidak seperti biasa
adik disebelah kelihatan gusar
jika hatinya gusar hati ku apatah lagi
segala apa yang berlaku nant akulah akan dipertanggungjawabkan
adik aku selalu berpesan...
"perlahan-lahan..hujan lebat ni"

maka perjalanan diteruskan
kedengaran alunan zikir dari hafiz hamidun
namun hati ini tetap tidak tenteram..
 ..ahhh...biarkan sahaja perasaan ini
perlahan-lahan
berhati-hati
kemudian hujan reda dan hati mula merasa lega..alhamdulillah
kelihatan pembonceng motosikal yang tadinya bersidai di bawah big tree akhirnya keluar dari sarangnya
masing-masing memecut laju
mengejar masa yang telah lama meninggalkan mereka
bimbang pula hujan juga melaju dibelakang mereka 
dan akhirnya perjalanan mereka tergendala lagi - segalanya dengan izin ALLAH jua

namun mmg benar
kelihatan langit menghitam kembali
ini kali pertama buatku memandu dalam keadaan hujan yang masyaALLAH hebat sekali
begitu jua adikku
sampai di satu kawasan...
hujan kembali mencurah-curah selepas lama menahan di awan - Dengan Izin Allah jua
makin lebat dan pandangan kian terbatas
berkabus...lampu dipasang
dengan harapan manusia alert dengan kehadiran kereta ku dijalanan
perlahan-lahan
berhati-hati

hingga satu ketika "Kun Fayakun" kata ALLAH swt
saat dan minit dan jam itu
tarikh dan hari itu
BAM! - speechless (**,)

lampu emergency dipasang dan kereta digerakkan ke tepi ...jalan asing
kelihatan lelaki dalam lingkungan umur 30-an keluar dari kereta Honda Civic dan meluru terus ke bonet keretanya
aku melangkah keluar dalam berbasahan adik aku berikan payung
ku ajak adik aku keluar sebagai teman
manusia dijalan normal memandang kami
[ok, fine aku rasa janggal]

"apa korang dah buat ni...budak-budak lagi...dari mana ni?"
"kuantan"
"nak buat apa ke KL"
"xlah..kami dari kuantan ke KL ..belajar"
"isk..kenapa tak brek?"

dalam hati aku ase nak flying kick jer brother tu.
kalau aku tak brek lagi merana la kereta kau tahu?

dengan sopan
"maaf kan saya brother, tiba-tiba brek mengejut. brek tak makan plak..jalan licin"
"itulah abg pon brek tiba-tiba sebab orang depan pon brek mengejut..mcammana ni? teruk jugak..kereta adik cane?"
"kereta saya ok... habis tu cane ni bang"

hasil dari perlanggaran :
bonet Honda berkenaan kena ketuk jer lah..

malas la nak cerita kisah isteri dia plak kan...bla-bla

akhir cerita:
"ok bang kita settle kat sini jelah...berapa saya kena bayar? kami ada 200 dalam tangan sekarang"
"alahai..kejam la plak aku nak mintak ngan korang ni? dah la kecik lagi..hmm...kalo x teruk xpe..ni dah kena ketuk plak..mmg sebelum ni abang penah ketuk kereta ni..mmg lah RM 200. xpe ke korang ni?"

"xpelah.. salah saya jugak..nak buat cane..."
"korang ade duit lagi ke nak blaja ni?"
"korek la mana-mana"

pastu kami p ke kereta..cek2..
hahah...tadaaaa..ade 150 jer

"ALLAH ma' bang..kami ade 150 jer ni..macam ni lah..tak kesah berapa kena ngan bonet kereta abg ni..kami bayar dlu 150..yang selebihnya abg gtau saya..ok?"

maka berlakulah pertukaran no phone.
semalam brother tu call cakap kena 250
so kena tambah lagi 100
dah settle bayar
aku harap semua akan berjalan dengan baik - seiizinNya

namun dalam apa yang berlaku
even meleleh juga air mata ni
namun  perasaan merasakan ALLAH amat dekat itulah yang berharga
merasakan sekadar ucapan syukur pon xdapat nak gambar kan apa yang aku rasa
walau dengan kesedihan yang ALLAH bagi aku dapat kutip segala hikmah2

Soalan:
A] nak tahu kenapa sume org break mnegejut?
B] nak tahu kenapa kami boleh cium bonet orang?

Jawapan:
A] sebab kat depan accident 3 kereta..remuk aku cakap korang..kat situ aku syukur ngan ALLAH segalanya baik. kmi settle cara baik dan mmg bulan ni aku kering. aku paw duit adik aku 100..pinjam ha...duit tu abah bagi kat dia pagi tu .. (" ",)
B] sebab kami TAK JAGA JARAK SELAMAT...so, kat situ aku dapat satu pengalaman..masa hujan sangat kena jaga jarak selamat.sebab jalan licin..tekan brek sampai tercabut pon still xdapat buat pape..aku dah ade la pengalaman tu kat jalan.. 

akhir kalam..
jadilah hamba yang bersyukur tika susah apatah lagi senang
ALLAH sentiasa memberi tarbiyah dalam apa sahaja yang berlaku

aku rindu ya ALLAH akan tangisan semalam