dig into the CAVE

Monday, May 7, 2012

Release

[Bismillah]
assalamualaikum wbt

sekarang BU kelihatan indah
dari segi luarannya 
nampak kemas, lantai sudah disalut tikar getah hasil infak dari akhwat - barakallah
dinding sudah dicat2..pink dan cream..-perempuan la katekan (i m not pinknatic)
pokok2 menambah seri dan oksigen di dalam rumah

ALLAH ade menegur para pencakap
"wahai orang yang beriman, kenapa kau tak kerjakan apa yang kamu katakan"
As-saff :3

dah dua pagi x ma'thurat jamaie...adoi..terkesan..esok aku nak bangun mathurat sesama ngan housemate. walau aku xbangun xde pon orang nak iqab aku.. :( quite sad.. tapi aku iqab diri sendiri jela
baca ma'thurat kubra !

oklah
sekarang ni janji aku dengan ALLAH swt bukan dengan manusia
dan aku akan disoal dengan apa yang aku lakukan dan tulis ni


beberapa mggu lepas, aku ambil satu tindakan selepas seberapa lama menantikan orang tengah membantu untuk menegur 
merasakan ade sesuatu yang menggesa diri ini utk bertindak
sepanjang penulisan warkah itu, aku berdoa pada ALLAH agar niat ini tidak dipesong oleh syaitan yang menjadi fitnah pada aku
aku berdoa Allah melembutkan hati siapa yang terbabit

dalam warkah itu,. 
aku memohon maaf padanya andai kata-kataku ini berat baginya utk menerima
namun aku terpaksa mengatakan ia walau ia pahit
aku katakan aku menulis ini kerana aku kasih padanya

dan akhirnya selepas surat itu aku sisipkan padanya, 
tidak seberapa lama selepas itu
aku dapat balasan surat itu di peti surat muka buku ku..
alhamdulillah..dia mengambil nasihat dengan baik
aku mengatakan yang janganlah melihat pada aku yang bnyak khilaf ini sbgai penasihat namun lihatlah apa yang aku nasihatkan.

aku tak mengharapkan ucapan terima kasih
cukuplah tawakal aku pada ALLAH yang memegang hati2 manusia ini
aku berlepas diri selepas aku mmberi nasihat 
kerana ALLAH lebih Maha Tahu ttg apa yang aku tahu (sedikit tu)...
waallahua'lam

dalam nak menegur manusia, kekangan besar adalah keyakinan kita memegang prinsip dakwah dengan kasih sayang tu.
kita selalu teragak-agak dan selalu sahaja nak keputusan yang penuh dengan keajaiban bila menegur.aku banyak belajar dari kekhilafa ku menegur akhwat, menegur adik-adikku
dan pastinya jalan tarbiyyah ini penuh mehnah dan tribulasi
syaitan2 akan bersesak2 mahu menghasut jiwa yang inginkan kebaikan..
jangan takut dan jangan bersedih
ALLAH bersama kita!

ALLAH knows best!

No comments:

Post a Comment