dig into the CAVE

Tuesday, May 1, 2012

Biar Sahaja Hujan Itu Turun

Assalamualaikum wbt

*****
pagi tu hening sekali
angin sejuk hingga ke tulang
bunyi kicauan burung saling menyapa 
cahaya matahari berusaha melalui celahan-celahan daun jambu yang sudah di tebuk-tebuk ulat
bayang-bayang yang masing-masingnya bertasbih kepada Pencipta- nya
rumput di lantai bumi kelihatan riang dengan warna hijau hasil biasan langit
burung disangkar tetap sahaja berbaik-baik walau warna mereka berbeda
arnab melompat-lompat riang mencari makanan
[anak sedara ku masih tidur..
dengan kecomelan mukanya buat aku tak dapat tidur lagi ] out of topic lah!


[muka nya telah dinodai.. = =']

semalam tika memandu dalam perjalanan dari Kemaman ke KL
hujan lebat sekali
selepas keluar dari tol Kuantan
masyaALLAH luar biasa ya lebatnya
lampu highbeam dipasang
tekanan minyak nya lebih perlahan tidak seperti biasa
adik disebelah kelihatan gusar
jika hatinya gusar hati ku apatah lagi
segala apa yang berlaku nant akulah akan dipertanggungjawabkan
adik aku selalu berpesan...
"perlahan-lahan..hujan lebat ni"

maka perjalanan diteruskan
kedengaran alunan zikir dari hafiz hamidun
namun hati ini tetap tidak tenteram..
 ..ahhh...biarkan sahaja perasaan ini
perlahan-lahan
berhati-hati
kemudian hujan reda dan hati mula merasa lega..alhamdulillah
kelihatan pembonceng motosikal yang tadinya bersidai di bawah big tree akhirnya keluar dari sarangnya
masing-masing memecut laju
mengejar masa yang telah lama meninggalkan mereka
bimbang pula hujan juga melaju dibelakang mereka 
dan akhirnya perjalanan mereka tergendala lagi - segalanya dengan izin ALLAH jua

namun mmg benar
kelihatan langit menghitam kembali
ini kali pertama buatku memandu dalam keadaan hujan yang masyaALLAH hebat sekali
begitu jua adikku
sampai di satu kawasan...
hujan kembali mencurah-curah selepas lama menahan di awan - Dengan Izin Allah jua
makin lebat dan pandangan kian terbatas
berkabus...lampu dipasang
dengan harapan manusia alert dengan kehadiran kereta ku dijalanan
perlahan-lahan
berhati-hati

hingga satu ketika "Kun Fayakun" kata ALLAH swt
saat dan minit dan jam itu
tarikh dan hari itu
BAM! - speechless (**,)

lampu emergency dipasang dan kereta digerakkan ke tepi ...jalan asing
kelihatan lelaki dalam lingkungan umur 30-an keluar dari kereta Honda Civic dan meluru terus ke bonet keretanya
aku melangkah keluar dalam berbasahan adik aku berikan payung
ku ajak adik aku keluar sebagai teman
manusia dijalan normal memandang kami
[ok, fine aku rasa janggal]

"apa korang dah buat ni...budak-budak lagi...dari mana ni?"
"kuantan"
"nak buat apa ke KL"
"xlah..kami dari kuantan ke KL ..belajar"
"isk..kenapa tak brek?"

dalam hati aku ase nak flying kick jer brother tu.
kalau aku tak brek lagi merana la kereta kau tahu?

dengan sopan
"maaf kan saya brother, tiba-tiba brek mengejut. brek tak makan plak..jalan licin"
"itulah abg pon brek tiba-tiba sebab orang depan pon brek mengejut..mcammana ni? teruk jugak..kereta adik cane?"
"kereta saya ok... habis tu cane ni bang"

hasil dari perlanggaran :
bonet Honda berkenaan kena ketuk jer lah..

malas la nak cerita kisah isteri dia plak kan...bla-bla

akhir cerita:
"ok bang kita settle kat sini jelah...berapa saya kena bayar? kami ada 200 dalam tangan sekarang"
"alahai..kejam la plak aku nak mintak ngan korang ni? dah la kecik lagi..hmm...kalo x teruk xpe..ni dah kena ketuk plak..mmg sebelum ni abang penah ketuk kereta ni..mmg lah RM 200. xpe ke korang ni?"

"xpelah.. salah saya jugak..nak buat cane..."
"korang ade duit lagi ke nak blaja ni?"
"korek la mana-mana"

pastu kami p ke kereta..cek2..
hahah...tadaaaa..ade 150 jer

"ALLAH ma' bang..kami ade 150 jer ni..macam ni lah..tak kesah berapa kena ngan bonet kereta abg ni..kami bayar dlu 150..yang selebihnya abg gtau saya..ok?"

maka berlakulah pertukaran no phone.
semalam brother tu call cakap kena 250
so kena tambah lagi 100
dah settle bayar
aku harap semua akan berjalan dengan baik - seiizinNya

namun dalam apa yang berlaku
even meleleh juga air mata ni
namun  perasaan merasakan ALLAH amat dekat itulah yang berharga
merasakan sekadar ucapan syukur pon xdapat nak gambar kan apa yang aku rasa
walau dengan kesedihan yang ALLAH bagi aku dapat kutip segala hikmah2

Soalan:
A] nak tahu kenapa sume org break mnegejut?
B] nak tahu kenapa kami boleh cium bonet orang?

Jawapan:
A] sebab kat depan accident 3 kereta..remuk aku cakap korang..kat situ aku syukur ngan ALLAH segalanya baik. kmi settle cara baik dan mmg bulan ni aku kering. aku paw duit adik aku 100..pinjam ha...duit tu abah bagi kat dia pagi tu .. (" ",)
B] sebab kami TAK JAGA JARAK SELAMAT...so, kat situ aku dapat satu pengalaman..masa hujan sangat kena jaga jarak selamat.sebab jalan licin..tekan brek sampai tercabut pon still xdapat buat pape..aku dah ade la pengalaman tu kat jalan.. 

akhir kalam..
jadilah hamba yang bersyukur tika susah apatah lagi senang
ALLAH sentiasa memberi tarbiyah dalam apa sahaja yang berlaku

aku rindu ya ALLAH akan tangisan semalam


No comments:

Post a Comment