dig into the CAVE

Wednesday, September 12, 2012

Akhwat Pengecut

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt

tajuk post belum lagi siap tika idea melimpah ruah ini hadir
aku pon tak tahu apalah tajuk yang sesuai untuk post ini

malam 13/9/2012 jam tepat 1230am 
dari dalam kedengaran bunyi titik hujan
menjadikan malam dibuai nyanyian alam
jalan raya masih terjaga dek bunyi enjin kenderaan manusia yang masing-masing mengejar masa masing-masing
dan tika ini..mata ni masih belum lelap
mungkin penangan kopi masa meeting tadi buat mata ni liat nak katop
atau mungkin kerana penangan 'super kick' yang singgah tepat dihati?
'super kick'??
memang menyinggah tepat la
tika itu terasa macam kena tendangan si shoalin soccer
haih..
tengah duk cuba lelapkan mata
tenangkan fikiran
aku pandang  kipas yang berputar..
dalam hati: "Ahhh..dah lama tak muhasabah sebelum tidur.."
pusing kiri kanan..tak lelap jugak tambah sakit kepala
masih sibuk dengan permainan kanak-kanak
entah apa perasaan aku tika ini..
sepertinya seakan2 dipusing2 dalam mesin basuh..
berkisar2..
ya Allah..
aku mula muhasabah diri..
ya..muslimah dakwah gimana jika tika futurnya, lagu Gotye menjadi pilihan hatinya?diulang-ulang sehingga bosan...
ya..muslimah dakwah gimana jika mutabaahnya tunggang langgang?
ya...muslimah dakwah gimana jika hubungan dengan Allah longgar sekali?
ya..muslimah dakwah gimana jika dia penat memikirkan masalah sepele berbanding pikirkan dakwah dan tarbiyyah?
ya..muslimah dakwah gimana jika masa freenya dibuang sia-sia?
ya..muslimah dakwah gimana jika pergantungannya bukan pada Allah?
ya..muslimah dakwah gimana jika semangatnya seperti pelita habis minyak..kereta habis petrol!

bagaimana urusan mu ya ukhti?
tika kau mengatakan
"inilah jalanku.."
tetapi tika itu juga kau melagha?
tika itu juga kau bermalas-malasan?
tika itu juga kau lari dari matlamat asal mu?

bagaimana Allah bisa membantumu demi gerak kerja ini jika kau bersikap sedemikian rupa?
ya Allah..
sememangnya Engkau menjentikkan sesuatu dalam hatiku- Tetapkanlah ia dalam hatiku akan perasaan ini-
tika seorang ukht menyatakan;

"kita sebagai penggerak kena jaga QIAM kita.. kalau tak bagaimana Allah akan bantu kita dengan ilham2 untuk gerak kerja..?"
"akhwat pengecut..check balik quality qiam"

apalah yang aku sibukkan dengan dunia materi
tika saat hatiku meronta-ronta untuk di re-charge
aku biarkan sahaja ia mati tak berisi
tika hatiku mengatakan perbuatan ini dan itu salah
aku beria-ria mematikan perasaan itu demi penuhi tuntutan nafsu
tika aku melihat kemaksiatan berlaku depan mata ku
ia seakan-akan perkara biasa sahaja
aduh duh... naif sekali jiwa pendakwah ini
malu sekali mahu mengaku diri seperti itu
entah apalah yang selayaknya Allah meletakkan aku diposisi ini?
nauzzubillah jika diriku ini menjadi pemberat kenderaan dakwah ini sahaja

Ampuni aku ya Allah
saat kefuturan melanda aku biarkan sahaja hati ini gering tanpa mengubatinya
Ampuni aku ya Allah
atas keadaanku yang begini..membiarkan sahaja nafsu menguasai
Ampuni aku ya Allah
tika semangat dan peganganku goyah aku biarkan sahaja tangan-tangan lain menunggangi
hingga aku lemah tak berbuat apa2
setiap kata-kata dan dorongan nakal manusia aku turuti sahaja
dimana jati diriku ini?apakah pegangan aku ?
antara menuruti tuntutanmu yaAllah..aku rela menuruti kehendak manusia
celaka!

kembali muhasabah...
dimomen kecairan melanda!
baiki dan refresh hubunganmu dengan Rabb-mu
adakah ia setulus dan secerah kristal?

tajuk post adalah seperti tercatat
ukht
jika engkau merasakan diri kau pengecut
maka aku bukan lagi pengecut tetapi lebih dari pengecut
naif dan lemah
Astaghfirullah
buang debu dosa..belum sempat kering debu kembali menyinggah

No comments:

Post a Comment