dig into the CAVE

Monday, December 27, 2010

kini baru ku tau erti NILAI~

salam.

nilai..
 biase dengar kan?
dulu mase dengar...cam tak pnting la kot sume ni..
yang pasti ia bukanlah name tmpat di n9..
 atau bukanlah ukuran mata wang yang bernilai se sen, dua posen, sepuluh ringgt, seratus mahupon sejuta..
 owh..mungkin..sebenarnya tula yang digambarkan sebelum ni..
 ok..

 pasti penah dengar pasal "KONFLIK NILAI?"
 dulu mase menteri2 atau para 'pemikir' yang 'kritis' cakap, maka akan ada pasal krisis nilai ni..
merungkai permasalahan sosial masyarakat yang cuba berminda kelas satu kerana itu lah yang dilaung2kan pemimpin..
 tapi hakikatnya minda kita tetap seperti kelas corot number last..
 sedar tak sedar..masalah minda kelas ketiga sebenanya masih lagi jitu dan melekat kuat sekali dalam fikiran kite..
 pasti ada yang perasan:

 orang kelas minda pertama akan beratur menaiki bus secara tertib bertoleransi
orang minda kelas ketiga akan tolak menolak di pintu bas seperti bas itu akan meninggalkan dia..mungkin malu kalau berdiri
(nilai akan membentuk akhlak)

 orang minda kelas pertama mungkin jer bila berdepan krisis dan mencari titik penyelesaian
 orang minda kelas ketiga melenting bagaikan masalah itu hanya dihadapi oleh dirinya sendiri..keseorangan..
  
orang minda kelas pertama, mudah sekali memaafkan orang lain..
 orang minda kelas ketiga, maafkan sukar sekali dendam masih berdaki

potong q orang..
maki hamun
argh..
(tapi tak tau la definisi ntum cane..)

bandingkan saja manusia minda kelas pertama dengan minda kelas ke tiga empat lima

:: minda kelas pertama ::

Rasulullah saw hingga baginda mampu mmbina satu tamadun yang menjadi world order satu ketika dahulu(Subhanallah)
 : abu Bakar r.a , Umar r.a, Ustman r.a, Ali karamallahuwajhah
: pejuang kontemporari , pak cik hassan al-Banna, Iyyad dsb
mempunyai pemikiran yang luar biasa..nilai yang dipegangnye  kuat..bukan sekadar picisan.tapi ia melebur dan sebati bersama
kerana mereka berpegang dengan nilai iman

 minda kelas ketiga:
 ade orang kate manusia yang berada dinegara maju itu otaknya 1st class..
tapi, tu tak cukup kuat..
u already know the reality..isnt it?
manusia di negara membangun sering kali disindir...
"nak capai negara kelas pertama..tapi otak masih kelas ketiga..."
sampah merata2...berperilaku 'ganas'...hmm..
gaduh sana sini..bunuh orang macam bunuh nyamuk, buang anak macam buang sampah, 

( KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata sebanyak 571 kes pembuangan bayi dilaporkan sehingga Jumaat lalu dengan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi dengan 147 kes diikuti Johor, 113 kes.
Beliau berkata, rekod itu diperoleh berdasarkan statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sejak 2004, yang turut melaporkan hanya satu kes diterima di Perlis menjadikan ia negeri paling sedikit berdepan masalah pembuangan bayi.

Negeri Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi yang tertinggi, diikuti Johor, manakala jumlah kes terendah dicatatkan di negeri Perlis, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) di Dewan Rakyat.)


innalillah..
(tak sanggup nak letak gamba bayi kena buang kat sini..mensiat2 hati ku)
!!!kenapa penulis surat diatas tahu yang sebagai hamba ALLAH, pe yang dia buat adalah dosa besar..namun perbuatan itu contradic dengan apa yang dia tahu..emosi melebihi logika. terantuk baru nak tengadah...nauzzubillah!!!



NILAI?
 apa nilai kita yang buat kita menjadi kita?
kalo kita seorang yang menghargai masa, maka kita akan pastikan semua kerja siap pada masanya..
senarai kerja settle ..
in box dan kosong...
tidak bermalas-malasan dengan kerja...
masa yang ada digunakan dengan sebaik mungkin..
jam yang dipakai mahal, terasa lebih mahal nilai waktu


kalo kita adalah manusia yang merasakan tiada lah dunia tanpa wang...
maka dalam mata kita hanyalah nilai wang..
melekat kuat..
siang malam hidup ini hanyalah duit2..
pandangan kita hanya tertumpu pada mission untuk mendapatkan duit..
mungkin pernah terdengar 
"duet bukan segala2nya...tapi segala2nya perlukan duet,,"
dari pandangan sisi seorang hamba ALLAH yang sekarang hidup di dimensi dunia yang materialistik..makanya, kata2 tu seperti ada kebenarannyer..

(apa yang percuma...takder duet, takder la rumah, takder kereta..kalo ad kereta, takde minyak tak bleh jalan jugak...kalo takde jalan takde la tempat tujuan, ade jalan pasti ade tol..tekak kering..air sky juice pon 30 sen..tak pon 2.50..masuk tandas dah melayang 2 posen..alhamdulillah O2 ALLAH bagi free..kalo kena bayar...???)

pagi subuh yang amat nyaman, ujan lak tu..
melingkar dalam selimut...
indah sekali ye nikmat tidur itu..
ya...bisa sekali tidur tak sedarkan diri ...
tak payah bangkit subuh..
itu jika pegangan akidah kepercayaan kita lemah..goyang
jika iman kita tidak yakin pada adanya pembalasn di ahkirat 
hingga akhirnya kita akan tinggalkan subuh yang solat sunat nya sahaja Rasulullah bersabda:
"solat subuh 2 rakaat sebelum solat subuh adalah lebih baik dari isi langit dan bumi.."

jika kita berpegang benar pada Al-Quran dan Sunnah:
Rasulullah SAW bersabda, ‘Aku tinggalkan

 pada kalian dua perkara, yang kalian tidak 

akan pernah tersesat selagi masih berpegang 

teguh pada keduanya; yaitu kitabullah (al-

Qur’an) dan sunah nabinya (al-Hadits).’ (HR. Imam Malik)

maka keyakinan kita pada AL-Quran yang menyatakan bahawa dunia adalah tempat bermain dan penuh dengan senda gurau...
"dirikanlah solat untuk mengingati Ku.."AQ
"dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang.."AQ

Al-Quran yang didalamnya ALLAH telah berfirman :
" tidak aku ciptakan jin dan manusi melainkan agar mereka beribadat kepada Ku." (51: 56)

"wahai orang-orang yang beriman!Apabila dikatakan kepadamu, "berilah kelapangan di dalam majlis2." maka lapanngkanlah, nescaya ALLAH akan berikan kelapangan untukmu. dan apabila di katakan " berdirilah kamu," maka berdirilah , nescaya ALLAH akan mengangkat (darjat) orang yang beriman diantara kamu dan orang2 yang diberi ilmu beberapa darjat." (AQ 58: 11)

keyakinan dari dalam jiwa membentuk sisi pandang yang berbeza..
jika kita yakin pada Al-Quran, menyebabkan pandangan hidup kita terarah pada 'sibghah' (celupan) ALLAH.. 
mengkaji AL-Quran bagaimana mahu menjadi hamna ALLAH Yang Maha Pengasih (ibdurrahman) 

rujuk surah Al-Furqan, 25 : 63
tersenarai cantik bagaimana menjadi hamba Allah yang Maha Pengasih:
~ berjalan dengan rendah hati
~membalas sapaan yang buruk dengan sapaan yang baik
~ menjauhi syirik
~berdoa kepada ALLAH agar jauh dari azab
~sentiasa bertaubat dari dosa kecil atau besar
~tidak memberi kesaksian palsu
~menginfakkan harta
~menjaga kehormatan diri
dll
masyaALLAH..

yakin pada sabda Rasulullah saw menyebabkan kita kan memandang apa sahaja permasalahan akan kita rujuk pada Al-Quran dan Sunnah agar akhirnya kita tidak akan sesat..

dan indah seali pegangan itu..
pegangan akidah membuahkan pandangan hidup menjadi luar biasa...
seperti Rasulullah saw nabi ALLAH ..
keyakinan terhadapa akidah, keimanan kepada ALLAH yang menyebabkan Rasulullah saw menjadi seorang yang luar  biasa hebat
(saya tidak menidakkan mukjizat Rasulullah saw...refer Fiqh al-Sirah bab isra'mikraj..tapi saya yakin nilai keimanan memainkan peranan penting dlam membentuk individu)

dan dari pandangan hidup manusia inilah yang menghasilkan nilai...
nilai yang terbentuk jika keimanannye mantap, nilai seseorang itu menjadi luar biasa..

nilai manusia yang menganggap wang adlah segalanya, maka bila ada orang berkata padanya..:
"wang tak mampu membeli kebahagian"
"wang bukan segalanya.."

pasti penolakkan akan berlaku...
kerana nilai itu satu keyakinan yang takkan goyah dan mampu bertahan...menyebabkan manusia itu yakin yang duit adalah hidupnya dan itulah kebenaran dan perkara yang baik untuknya..kerana ia tidak nampak yang orang tiada duet itu bahagia..


begitu juga solat...
jika nilai kita adaah yakin dengan nikmat dan azab ALLAH bagi yang meningglkan solat, maka kita akan berusaha menolak selimut, menahan 'gam' dimata..
bingkas bangun , berus gigi dan menahan kantuk yang hebat..

persoalan juga andai kita tahu yang solat subuh penting, tapi kenapa masih ramai yang memilih berhibernasi di pagi hening tu..owh..indah sekali..

sebab mostly manusia bertindak berdasarkan emosi, bukan atas dasar pemikiran logik..

Nilai membentuk sikap:
 ya sudah pasti...

hidup untuk makan ...
maka makan la apa sahaja untuk hidup..
+obesiti +kencing manis+ darah tinggi+ kanker+lemah badan+toksin bertambah

nilai hidupnya yakin yang janji ALLAH benar bagi mereka yang berjuang untuk agama-Nya..
manjadikan manusia itu akan bergerak
tak hidup dek puji, tak mati dek keji..

 sikap membentuk akhlak:

iya...akhlak yang baik bermula dengan akidah, pendangn hidup dan nilai yang kita pegang..
 (90%: 10%)


kisah akhlak Rasulullah saw:
 keindahan akhlak nabi adalah seperti akhlak AL-Quran..tak dinafikan

dan keindahan akhlak ini adalah kerana adanya nilai kasih sayang dan lembutnya hati Rasulullah saw. nilai kasih sayang tidak kira pada sesiapa pon..kerana manusia yang menyayangi manusia lain kerana ALLAH maka ALLAH akan mengasihi dirinya dan ALLAH akan menyampaikan kepada Jibril as. "khabarkan kepada penduduk di bumi, Aku mengasihi si pulan, maka kasihi la sipulan"...bahagia bukan?

dikisahkan kelembutan dan kasih sayang Rasulullah saw terhadap seorang tua yahudi buta.

Rasulullah saw setiap harinye menyuap sibuta itu..tapi si buta itu tetap seringkali memaki Rasulullah saw.. (dia buta tak nampak la..so dia tak tau yang suapkan dia sebenranya Rasulullah saw)
namun Rasulullah hanya diam dan terus menyuap si buta dengan lembut sekali... 
(kalo kita msti dah tonyoh dah muka dia.."akuu suap ko makan, ko duk maki2 aku pasal?")

jadilah seperti Rasulullah saw..lembut hatiNya..kerana nilai itulah yang digenggamnya..

begitula hari2nya Rasulullah saw akan pergi menyuap si buta yahudi itu...masyaALLAH..

selepas kewafatan Rasulullah saw, Abu Bakar ra mengambil alih tugas Rasulullah saw menyuapkan si buta yahudi itu..
namun, si buta itu tidak merasakan nikmat kelembutan di setiap suapan..hingga akhirnya dia berkata:
"siapakah kamu? siapa yang menyuapkan aku sebelum ini?"

"aku Abu bakar, Muhammad saw telah wafat, jadi aku akan mngambil alih tugas Baginda yang Mulia ini...selama ini Bagindalah yang menyuapi mu wahai pak cik"

"Muhammad yang suapkan aku selama ini? Tiada Tuhan yang disembah Melainkan ALLAH, Muhammad pesuruh ALLAH."

masyaALLAH
keislaman seorang tua buta yahudi kerana keindahan akhlak Rasulullah...


daie illallah...
bagaimana aku?





"there's is no men more dear to me"
Muhammad saw


konklusi: dan pasti IMAN memainkan peranan penting dalam membentuk nilai

No comments:

Post a Comment