dig into the CAVE

Monday, January 10, 2011

hidayah itu

bismillah..


hidayah itu, jika ia menyapa...sambutlah
jika tidak dia berkecil hati

hidayah itu, jika mahu merasai manisnya ia..rasailah sendiri
jika tidak manisnya akan pergi

hidayah itu hadiah berharga..jagai lah ia
jika tidak hilangnya mungkin berganti..

hidayah itu jika difahami...
kita akan mengerti

hidayah itu amat sukar digapai
jika ia kepunyaan mu, tahulah yang ia indah tak terungkap

hidayah itu, jika disia2kan..
ia akan pergi menjauh


hidayah itu bukan tika futur kita cari

namun terkadang...

hidayah itu mungkin datang pada mu tikamana dirimu  merasa bersalah dan lemah

hidayah itu mungkin datang pada mu tikamana ALLAH memberi berpikul2 masalah

hidayah itu mungkin datang pada mu tikamana dirimu merasa rungsing..kosong sekali

hidayah ALLAH itu dimana2...

cuma bilamana kita pejam mata tutp telinga...
hidayah itu pergi..hilang,..

tapi jika ia dicari, percayalah Tuan empunya hidayah akan mengurniakannya kepada kita

cari la Ia, peliharailah Ia...

kerna ia hadiah bermakna dari al-Khaliq

1 comment:

  1. moge kuat!...
    doain sentiasa agar hidayah terus bercahaya disanubari dan tempias turut dirasai oleh sekeliling kita..

    insyaAllah...

    setiap kelemahan itu bukanlah untuk dikritik tetapo ia adalah salah satu cara kite sentiasa memohon pada DIa yang terbaik utk diri...

    ayuh!..sama2 perbaiki diri bersama....

    semoga hari ini lebih baik atau at least somethin diffirent happened today..

    insyaAllah...
    ya Allah~~~

    jom!..bertanam kerana DIA...

    alangkah indahnya hidup ini...
    hidup bersama ilahi...
    laalalalala....
    (nyanyi sendiri ye...)

    ReplyDelete