dig into the CAVE

Friday, August 23, 2013

Almari yang Tertutup (The Close Wardrobe)

[Bismillah]

Assalamualaikum wbt

dari luar nampak kemas
bahagian dalam belum tentu ('',)


berangan-angan melalui satu pathway
ditepinya tasik yang indah
merasai indahnya ciptaan tuhan
angsa berpasangan
burung berterbangan
angin membelai muka...lembuutt
menghirup udara Tuhan yang maha banyak
batu-batu kerikil bersusunan semulajadi


indah bukan bumi tuhan? (mungkin sebab ak sanguine kot..so that aku mcam ni)
----------------------------------------------------**------------------------------------------------------
aku mencari manusia yang punya telinga yang berhati
ramai punya telinga tapi tidak hati
yang bisa ak bersandar seketika
hanya untuk seketika
melepaskan kelelahan jiwa..
yang sedang memberontak untuk dilepaskan
bukan untuk membina tembok ratapan
aku masih ada tuhan
aku masih sedar dimana ak berdiri
meniti jalan bermusafir
mencari bekal untuk menuju hari yang kebenarannya akan terungkai
buah hasanah akan ranum dan mewangi
penanam rumpai akan menyesali dan menangisi

namun
akhinya ak masih berdialog dengan diri sendiri
memujuk diri
mengatakan "semuanya ok".."tiada masalah"..."itu masalah kecil".."lupakan saja..."..."take it easy..".."be positif.."
itu dialog yang tidak asing dalam detikan hati ini
sebagai tanda apa pun yang berlaku...
hidup kehadapan perlu diteruskan
menandakan masih ada harapan
masih tersenyum..masih dan akan selamanya
kapasiti manusia..namanya manusia...tak ada bezanya..
aku tak sekuat seperti dalam kacamata manusia

cuma sebagai manusia yang masih punya secebis iman
jika ini adalah ujian...
maka bersabar dengan penuh kesabaran
syukur sesyukurnya
kerana sebenarnya Tuhanmu lebih mengetahui
Maha Mengetahui
jangan diganggu urusan Tuhan
Dia sedang menguruskn apa yang terbaik buat diri ini
sabar...



 (",)
wassalam




 

No comments:

Post a Comment