dig into the CAVE

Monday, May 31, 2010

jauh..memang jauh..

sebelum cuti telah diberitahu yang ada program di hari cuti..mukhayyam kat selangor ni..Mukhayyam Jundi..not a big deal sebab cuti ni nak progress project yang tak progress2 lagi sekarang. tu bukan masalah luar ..tapi internal problem itu sendiri. sakit memang sakit..dah kemas semua barang..barang2 untuk camping..(sebenarnya sama jer..baju dan seluar yang sama every sem)..dah dalm kereta barulah diberitahu mukhyyam jadi program jaulah sebab cuti2 ni tak ramai orang..tak palah..sama saja..yang penting input musti dapat.

mukhayyam dan jaulah adalah sebahagian dari jalan tarbiyyah selain usrah..

perjalanan dari Serdang- Batu Pahat, Johor-Kuantan, Pahang. 3 hari pogram.

serdang,27 hb 5...(22 tahun 3 hari)
-Sampai BU.kak huda amek..
"dayah tahu tak mukhayyam tak jadi..kita nak g jaulah.."
"????" confuse sekali..waaaaaaaaa...
"tak ramai peserta. sume tengah cuti..
"owh..jaulah kemana?" 
"kita pergi johor dan ke kuantan.."

tapi dalam hati saya masih tak puas hati..ini kali pertama saya nak ikut jaulah..tapi saya terhijab.fikiran ni tak terfikir .. tak pasti apakah itu jualah yang saya akan lalui nant?tapi saya tak tanya banyak..senyap saja..tak per la dulu insyaALLAH nant terbuka la hijab tu..g johor dan kuantan..jauh..memang jauh..dalam masa cuti ni dah 3 kali naik turun Johor..abang bertunang orang Labis (15/5/10), pergi angkut tanah Mark kat Tangkak (24/5/10) dan Jaulah (28-30/5/10)..sampai je BU, confuse lagi...mana lagi mereka2? meninjau2 BU, hnya ada BUrians jer...ok tak per..esok pagi ada lagi yang datang , insyaALLAH..

keesokkan paginya...28/5/2010..siap2 bangun subuh..dan mengimamkan solat subuh..sebenarnya bimbang menjadi iman subuh sebab suara ni amatlah tak bermaya..nafas pon tak brapa ok..semput2..hehe..tapi dah diberi tugas..sambut sajalah..alhamdulillah kak Asmara sampai ngan moto...ok..pastu farah sampai yang dihantar oleh ibunya.."mak cik.."..hmmm mana lagi? kemudian..ada briefing dari kak huda bout da tentatif program.. 
task: hafaz surah As-Saff (14 ayat) dan hadis 34 (menyingkirkan kemungkaran)...jika tak dapat tasmi'..akan ditinggalkan di terminal makmur, Kuantan..balik serdang naik bus...waaaaaaaaaaaaaa!!

 pagi2 lagi akhwat keluar pergi ambil MPV..UNSER dah ada depan umah..kemudian..sampai TRAJET.. alhamdulillah..pengorbanan..membenarkan kami menggunakan MPV untuk kesuksesan Jualah ni..jazakillah ducapkan untuk ustazah dan kak im..perjalanan selesa..tapi masalah pada TRAJET..mengalami semput2 seperti diri ini..saya pon tak paham sangat pasal2 kereta ni..jadi saya diam dan dengar saja..
"pagi tadi masa odw balik BU pun 2 kali berhenti tiba2.."
"kenapa ya? mungkin kena maintain minyak.."
"tak tahu tapi along ada try bawak slow..ok jer..keta ni telampau safety.." aish..safety sangat pon payah jugak yer..hehe..

tapi perjalanan tetap diteruskan guna TRAJET jugak..sebab no other option..
UNSER : 
driver : kak yuti
co-pilot : kak huda
ahli2nya : kak tiqah, kak ein, farah
TRAJET
driver : kak pipah
co-pilot : kak kauthar
ahli2nya : kak ipah, kak faridah, kak asma',kak asma, kak khaulah
brapa kali trajet tu berhenti masa dalam perjalanan pon tak tahula..ntah mana silapnya..paling bimbang adalah pregnant mother yang ada dalam trajet tu..haish..tak senang dudk dibuatnya..akhirnya ...tukar driver..bawak p seremban la si trajet tu...tukar ngan SERENA..alhamdulillah lepas tu perjalanan ok..
pengajaran : trajet berkenaan memerlukan pemandu yang amat confident seperti bodynya..haha..

kami singgah umah kak ein kat Johor..dapat la ketemu ayahanda dan bonda kak ein..1st time..banyak makanan terhidang..seronok..sangat selesa..selesa yang sangat.. hee.. alhamdulillah atas rezeki..selepas makan dan solat zohor dan asar jama'..kami teruskan perjalanan..sesampai di JIM batu pahat, mereka sedang berprogram..melihat kepada cara penyampaian mereka didepan..terasa kagum juga..akhawat UPM kena lebih menggasak..tapi segalanya tak mustahil dengn Izin ALLAH..kami bertemu dan merapatkan ukhuwwah dengan akhawat2..masyaALLAH inilah yang dimaksudkan dengan.." kami berkumpul dalam cinta kepada-Mu.." tapi kami tak dapat berkumpul lama...mereka ada lagi program di JB dan akan ke WAMY serdang..woa.kami ada di BP dan mereka akan ke Serdang dan bergabung dengan akhawat dari U lain. .bnyak betul proram mereka untuk mantapkan movement..di UPM tak banyak program..seingat saya sem lepas ada satu isk sahaja yang saya pergi..kemudian..tak der asa..program usrah adala..every week..but suppose every month ada program...hmmmm..insyaALLAH lepas balik jaulah makin mantap akhawat UPM ni..insyaALLAH..malam tu kami sempat bertaaruf...bagus sekali cara bertaaruf tu.. "1st impression"..haha..pandangan pertama? 
ini antara 1st impression yang saya dapat dari akhawat BP dan akhawat UPM..
~ pendiam, then banyak cakap 
~nampak serius dan diam  
~mesra
~sangat proaktif dan sedia bertindak..
~ ayu orangnya...(statement ni buat saya rasa terharu amat..saya bukanlah seperti yang dikata..)
~daie yang baik, pandai bercakap, kuat berpidato [good things] gud luck (jazakillah atas kata2 ni membuatkan saya rasa termotivasi..insyaALLAH)
~ pendiam, rupanya ramah dan proaktif..
~muka ayu dan nampak tenang..(ALLAH ma' ..saja ar korang nak buat diri ini perasan..haha)
~orang yang bersemangat..
~muka garang la, takut ana tengok. tapi best..bila senym nmapak cantik..luv u krana ALLAH.. (garang? ana memang garang..tapi cuba untuk meng cool kan diri ini..eheh..)
~happy go lucky dan excited person
~mudah mesra dengan orang 
  [p/s : 1.) tak banyak cakap sebab happy tengok akhawat2 bercakap..sudah cukup bagi saya..2). mengalami ulcer dilidah (dah masuk 1 minggu stgah..dan makin membesar..tak cukup ayor) menybabkan tak bersemangat sangat nak cakap dan berkongsi..asif jiddan..]
sesi bertaaruf yang menarik..saya suka komen2 dari akhawat kerana mana yang kurang akan ditingkatkan insyaALLAH..Kak sufi yang juga sahabat kak ein memang peramah..kata beliau.
."as a daie..jangan cepat men 'judge'mereka yang ingin kita approach..sebab kadang2 apa yang kita katakan buat kali pertama kita jumpa kadang2 banyak silapnya..dan dalam jalan ini..." Just do it..!""
malam tu kami tidur di JIM BP..penat memang penat..tapi penat yang berbaloi..
pagi 29/5/10

bersiap2 solat dan selepas sarapan nasi lomak daun pisang ada pengisian dari kak sufi.."keutamaan dalam pilihan"
ALLAH telah memberitahu kita yang kehidupan ini ada da piliha..as-Syams: 8.. "maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan"..maka setiap apa keputusan yang mungkin kita buat mestilah bersarkan matlamat dan yang pasti perbuatan berkenaan boleh membawa kita mengarah kepada ketakwaan..

"tiada kebetulan dalam hidup kerana semua ditentukan oleh ALLAH.ALLAH tentukan keputusan.., tapi pilihan adalah ditangn kita..dan setiap pilihan kita adalah berdasarkan panji2 matlamat yakni, ALLAH menghidupkan kita untuk beribadah dan khalifah dimuka bumi ini..dan kita mesti membuat pilihan yang membuatkan kita menuju kearah ketakwaan..jika kita bertemu dengan pilihan antara baik dan jahat..insyaALLAH kita pilih yang baik..tetapii..jika bertemu dengan pilihan baik dan baik..kita mesti evaluate either pilihan yang kita akan buat akan menyebabkan kita menuju kepada ketakwaan atau tidak.."
kemudian ada diceritakan kisah Abu Qais...yang mana ketika dia sudah meyakini bahawa islam adalah agama yang benar, maka di pergi bertemu dengan Rasulullah saw.. "Ya Rasulullah, aku akan memeluk islam selepas musim panas ini..kerana aku mau berdagang..dan selepas kembalinya aku semasa musim sejuk nanti aku akan memeluk agama islam.." namun selepas habis musim panas dan tibanya musim sejuk yang sepertimana rancangan ALLAH, maka hayat Abu Qais terhenti disitu tanpa sempat mengucap kalimah syahadah..waallahua'lam...

ibrah yang boleh kita kutip dari kisah Abu Qais adalah..jangan tangguhkan perkara yang baik.. nak menutup aurat..tunggu dululah, nak berubah..belum smpai seru..jangn begitu kerana kita bimbang bukan seruan perubahan yang datang ada kita..tapi seruan kematian yang merugikan kita kerana belum sempat bertaubat...
 jangan rasa diri ini mangsa..semuanya terasa diri ini lah yang bermasalah..
"kakak ni tak nak pun aku join usrah dengan dia.." "apalah naqibah aku ni..tak best.." kata2 yang terkeluar bila ada yang kekurangan dalam usrah tapi sebenarnya kita lah penggerak kepada usrah yang best atau tak..we need to do something dalam usrah..kerana usrah bukanlah hanya program mingguan..mula dengan ummul kitab dan akhir dengan tasbih kafarah dan surah al-'Asr..tapi jadikan usrah itu adalah waktu pertemuan dan perkumpulan jiwa2 yang berkumpul kerana taat kepada ALLAH..dan pertemuan inilah yang seharusnya kita rindui..pertemuan dalam halaqah yang InsyaALLAH akan menjadi salah satu dari taman2 syurga..dan bagaimana kita leps usrah adakah sama sebelum nya? andai YA..jadi bagaimana? adakah usrah telah berjaya mentarbiyah kita? [muhasabah buat diri ini jua..] dan harusalah punya target long term..apa yang kita nak buat untuk usrah..seperti ikawah dan akhawat di indonesia pada permulaan gerakan usrah..seorang daie membawa 11 kumpulan usrah..masyaALLAH..saya yang masih belum berkorban untuk itu dan saya tak merasai perjuangan itu agi..yeah! insyaALLAH..akan ku perjuangkan!!
insyaALLAH bagi seorang wali ALLAH(wakil/orang yang bekuasa bagi pihak kita)siapa yang menyakitinya makan ALLAH akan mengkistihakan perang bagi musuh berkenaan. seorang wakil ALLAH , apabila dia melihat sebenarnya ALLAH yang melihat, mendengar, berjalan dan setiap pergerakkannya adalah according apa yang ALLAH mahukan..dia tidak akan memandang apa yang ALLAH tidak suka..matanya tidak akan memandang pada yang haram baginya..dia tidak mendengar sesuatu yang tidak berfaedah..dia tidak akan megumpat keji orang lain kerana dia tahu bahawa ALLAH tidak suka pada pengumpat..seperti yang terkandung dalam surah al-Humazah..surah yang mencela para pengumpat...astaghfirullah..kakinya dignakan untuk bergerak ketempat2 yang baik dimana dia dapat mengajak manusia kearah kebaikan dan bukan tempat maksiat yang mendatangkan kemungkaran ALLAH..tangan yang telah diberi pinjam oleh ALLAH digunakan untuk dakwah dijalan ALLAH..berusaha sepenuh tenaga semuanya kerana ALLAH. 
seharusnya seorang daie adalah seorang muslim yang tersusun hidupnya...jika kita perhatikan sahabat2 dahulu, mereka bergilir2 mendengar ceramah dari Rasulullah..Rasulullah akan memberikan ceramah setiap hari..tetapi memandangkan mereka perlu mencari rezeki, maka dengan cadangan dari saidaina Umar RA merka akan bergilir2. pagi ni aku pergi dengar, kau kerja...petang aku kerja, kau pergi dengan ceramah Rasulullah.balance dan maximizekan penggunaan masa kerana stiap masa amatlah berharga..
"jika seorang daie merasakan dirinya tiada kerja, maka dia salah..kerana dalam lapangan ini..terlalu banyak kerja dan tanggungjawab berbanding dengan masa yang ada."


buatlah sesuatu dengan hati..kerana tanpa hadirnya hati, maka pekerjaan sepertinya tidak punya rasa dan makna..dan kerja yang dilakukan tidak berkualiti sebagaimana hadirnya keihklasan hati..insyaALLAH..


pengisian kak sufi menjentik kesedaran dalam diri yang selama ini masih lagi kaku..dan tak tahu apakah sebenarnya jalan ini..dan saya menydari bahawa..dimana2 memang ada yang masih kuat mengemban dakwah Rasulullah ini. jangan kita terlalu lambat dan terlambat dari mereka..kerana kerja ini bukan untuk kita sahaja tapi seluruh dunia kita kena kenalkan pada islam yang sebenrnya
pkul 11++ after dah habis injection yang diberikan kak sufi, kami bergerak ke kuantan..UIA..mula2, seperti tak der perasaan.. bagaimana akhwat disana..wait and c jer la..kami bermalam dirumah Dr putri Melor..beliau akhawat yang kini bekerja di Kuantan Medical Center (KMC) as a specialist disana..tempat jiran sebelah rumah bekerja. kami disambut dengan begitu ramah..terasa kami dihargai..chewah...tapi itulah..kami tak pernah bertemu.. (kak wani, kak su, kak aisyah, kak islah, kak nailah, dan adik2 medic UIA) tapi terasa dekat ..mcam dah lama kenal..tapi mungkin tak perasan dengan perasaan saya kerana muka saya memang muka tak der perasaan tapi dalam hati, terasa bahagia giler..ALLAH je yang tahu..inilah namanya "bersatu dalam dakwah kepada-Mu" kami tidak pernah bertemu tapi kerana matlamat kami adalah sama, maka ALLAh pertautkan hati agar sentiasa dekat..insyaALLAH..malam nya kul 9 kami dengar Dakwah kampus dari akhawat UIA. masyaALLAH..begitu kuat merka bekerja.melihat lapangan kerja mereka, sruppppppp...berderau darah..mantap! akhawat2 turut berkongsi pengalaman ke Indonesia dan bertemu ikhwah dan akhawat disana..masyaALLAH, insyaALLAH akhawat UPM akan menyusul ke indonesia!! akahwat UIA berkongsi cerita mengenai "usrah jarak jauh" yang mereka sedang jayakan. mereka menyuarakan kepayahan mereka untuk merealisasikan UJJ ini..mereka tidak punya kesempatan waktu dan tenaga untuk pergi ke pusat pengjian berdekatan..maka, ihkwah dan akhawat disana bertanya.." berapa jauh UJJ ini? mengambil berapa jam perjalanan atau berapa hari?" pertanyaan yang dilontarkan membuka sedikit minda bahawa memang dalam lapangan ini amt memerlukan perjuangan..masakan tidak ikhwah dan akawat disana travel ke satu tempat untuk melaksanakan UJJ ini mengambil masa satu hari malah ada yang lebih..hanya semata2 untuk menyampaikan kebaikan..hanya untuk melaksanakan kalimah syahadah yang diucapkan..dan mereka pulang pula ketempat masing2 kerana masih banya kerja  yang dilakukan..masyaALLAH..indonesia memang mantap!
 

"UPM masih lagi bayi selpas keguguran.." haha..ada ke patut..tapi insyaALLAH bayi kali ini  tak akan gugur lagi..sama2 kita menjaga dan perjuangkannya..!!insyaALLAH. dalam suasana dan status tarbiyyah di UPM membuatkan movement amatlah terhad..tapi yakinlah..kesusahan akan membuatkan seorang daie itu terus dan terus berusaha.."jika mahu UPM jadi macm UIA, kena pegang kerusi TNC.." woa! cita2 yang tinggi..masyaALLAH..semoga ALLAH mengizinkan agar kalimahNya dijulang tinggi di UPM yang tercinta ini..! Dr Melor juga berkongsi pengalaman beliau selama 3 tahun berusaha mengajak staf beliau untuk bersama2..alhamdulillah, beliau berjaya selepas bermcam2 usaha telah dilakukan..teruskan usaha Dr!

pagi 30/5/2010
selepas subuh, kami bergerak ke pantai.. sempat tengok matahari naik..masyaALLAH..subhanallah!! ALLAH jer yang tahu perasaan ini..diri ini amatlah sensitif..mudah sangat nak menangis..tapi ok jer..gege..kami berpindah dari pantai sepat ke pantai balok kuantan..aish..amatlah dekat dengan rumah diri ini.nak aje balik umah..rindu pada mak dan abah..amat2 rindu..kami berada di pantai balok..menghamparkan tikar dan kami duduk dalam halaqah disitu..kedengaran bunyi ombak dan bunyi geseran daun2 kelapa yang ditiup angin..subhanallah..indah..memang indah..matahari yang menampakkan diri..engkau memang diciptakan cantik oleh ALLAH wahai matahari dan engkau sangat patuh pada Tuan mu..berada dalam jalaqah.kami dipandang oleh mereka2 yang datang awal ke pantai..nampak pelik kah kami dimata kalian??? namun tidak mengapa..tersentuh hati ini mendengar tazkirah dari Dr Melor..menceritakan kepada kami perihal saudara2 kita yang berada di palestine.. mereka terpaksa menagih kepada musuh sendiri untuk mendapatkan rawatan kanser bagi anak mereka..mereka tidak boleh medapatkan rawatan selain daripada mesir dan israel laknatulah. sukar..memang sukar untuk mereka dalam keadaan getir..bersabung nyawa..menunggu dengan harapan mereka mendapatkan ubat2an..dengan ada nya Dr tapi tanpa adanya ubat..segalanya tiada makna..kanak2 berkenaan perlukan rawtan lanjut bagi mngubati penyakit kanser yang dihidapi..tapi akhirnya..segalanya hampa..mereka sekeluarga hanya mampu memandang kanak2 berkenaan meninggal dihadapan mereka..semoga roh kanak2 berkenaan mendapat tempat di sisi ALLAH dan semoga kalian saudara2 ku yang berada di palestin, doa kami bersama kalian..hanya ALLAH tempat bergantung.. bagaimana mereka menjadi tawanan dinegara sendiri..untuk mencari makanan kepada keluarga sendiri amatlah sukar.atas ketiadaan makanan, ada saudara kita dipalestin yang memasak rumput ditepi jalan..sedangkan kita disini amat2 selesa..masih memandang dan tiada kesedaran..Mereka yang menjadi nelayan pula tersepit..masakan dipesisiran pantai ada banyak ikan...? mereka tidak dibenarkan menjala ikan di laut dalam..dann akhirnya kapal mereka dibakar..bukan hanya pemilik kapal yang menangis, bahkan semua yang berada disitu menangis..masakan tidak, dimana lagi mereka ddapat medapatkan makanan? tapi kita masih selesa bekerja di dalam ofis ada air cond, makanan yang berlambak2 di malaysia ni..masyaALLAH..adakah ini yang kita kata kita nak jihad..dan syahid?

geli dengan statement tu sebab kita tak pernah bekorban..kerana dalam jalan dakwah ini adalah pengorbanan..dan bagaimana yang dinamakan berkorban? andai kita ada 500 ringgit, kita infak 5 ringgit..adakah itu mnyebabkan kita terjejas? maka jangn kita kata itu adalah berkorban..bahkan itu bukan lah infak..kita menginfak keran akita mahu merasakan jerit perih berkorban..sebagaimana Umar RA menginfak separuh dari harta yang ada untuk islam..Abu Bakar Ra yang menginfak seluruh harta kepada ALLAH dan Rasulullah dan yang ditinggalkan kepada keluarga hanyalah ALLAH dan Rasulullah..kita dah berkorban begitu? tanya diri ini..astaghfirullah..


seperti yang kita tahu, kapal telah dihantar ke palestine. menghantar makanan, keperluan dan ubat2 kepada saudara2 kita..seramai 8 orang ikhwah malaysia kesana..wasiat telah ditulis..2 option..menang dalam berjuang atau syahid..semoga ALLAH bersama kalian, saudara2 ku.."ya ALLAH bantulah kami dengan kekuatan Mu ya ALLAh..."

kemudian kami beriadah..2 game..rantaian ukhuwah dan ukhuwah fighter..
selepas zohor, kami bergerak pulang..lepas tazmi'..insyaALLAH saya sambung tasmi' kat UPM..haha..
tapi sungguh..hati ini amat rindu pada akhawat UPM, akhawat di Johor dan UIA kuantan..moga ketemu lagi..jazakillah atas segala perkongsian kalian..dan tabung kecil..insyaALLAH untuk jaulah ke Indonesia nant..
semoga ketemu lagi kalian..semoga ketemu lagi..hati ini terpaut pada kalian..sama2 kita tsabat dijalan ini..insyaALLAH kerana ALLAH
assalamualaikum..


[p/s: gambar tak dpat upload..internet trouble skit..insyaALLAH ada peluang akan di upload]



































3 comments:

  1. Jazakillakhairan Ukhti Hidayah. Perkongsian ini bisa m'jadi tatapan buat akhawat yang tidak b'peluang turut serta dalalm jaulah kita. Semoga kita diberi kekuatan utk terus b'dakwah supaya nnt kita dfpt m'hadap Illahi dengan tenag dan tanpa penyesalan. InsyaAllah..Gud!;)
    - Kak Huda -

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah!..jzkk hidayah~..
    moge ibrah yang diperolehi diamalkan dengan hikmah..iA..
    psst hidayah...sabar ye adikku~
    -k.kauthar

    ReplyDelete
  3. jazakillah ukhti..insyaALLAH sama2 la kita..
    kak kauthar..saya tak rasa terkilan sangat tak dapat balik..hehe..tapi rindu mak abah tetap ada...waaa

    ReplyDelete