dig into the CAVE

Tuesday, June 22, 2010

sebarkan risalah

dah lama tak naip artikle..artikel untuk floormate..

saja nak share..

ini artikel 1st ana post bawah pintu floormate..keja yang sikit harapnya mendpat imbalan dari ALLAH..


Salam....ukhti ..
Alhamdulillah...bagaimana test 2? Berjalan lancar?
InsyaALLAH segala kepayahan dan kemudahan itulah yang banyak mengajar kita erti ‘campus life’ yang mungkin ada yang amat excited bila 1st time dapat tawaran masuk UPM yang penuh berkat ni..tapi bagi yang terasa UPM adalah pilihan yang salah...maka jawapan yang saya bagi pada uhti adalah ...La’ (tidak).. sebab ukhti dah memang terpilih.. u are the chosen one...ALLAH choose you to stay in UPM. Sadarilah hakikat itu. Pernah tak terasa amat bertuah bila dapat jejakkan kaki masuk UPM ni..??UPM ‘green campus’...pernah? yeah!! Kita berkongsi rasa yang sama..
Memang betul, kalo kita tak duduk and renung kejap, kenapalah ALLAH pilih kita kat UPM, kita takkan tahu sebab pe. Bagi ukhti yang dah nak abeh blaja dah...masih belum terlambat...jangan risau..sebab..selagi nyawa dikandung badan, jasad masih mampu bergerak seizinNya, maka ukhti masih punya waktu. Silalah fikir..tapi kalo rase buang masa, tak per...tak penting sangat..sebab berfikir tentang kematian dan bersiap sedia meghadapinya adalah lebih utama...Kekasih kita­  _ Rasullah saw pernah bersabda..”orang yang paling bijak adalah yang selalu memikirkan kematian dan membuat persiapan untuk menghadapi saat kematian tersebut...”
Syukurkan, KITA yang terpilih...tapi bagaimana sahabat2 kita yang kat luar yang masih lagi terumbang ambing dengan kehidupan luar yang kita sendiri tak jangka apa yang mereka lalui...KITA manusia yang amat bertuah..dalam ramai2 manusia yang apply UPU hari tu, dalam ramai2 yang apply nak masuk UPM, dalam ramai2 yang pilih kos tu...KITA yang dapat...!! WOW tak???WOW kan!! Eh2..silap...ALHAMDULILLAH...(**kalau la mungkin saya dah terlambat untuk post ‘blog’ atas kertas ni, maaf yer..)
Tulakan..kadang2 kita terlepas pandang..memang perkara ni nampak remeh.. tapi, adakah ALLAH meletakkan kita kat UPM atau dalam skop yang lebih besar,  dunia ni...adalah hanya untuk sia2? Jom kita semak Quran, surah AL-Mu’minun ayat 115...ALLAH telah merakamkan ayat yang amat menarik kat situ...
 "maka apakah kamu mengira bahwa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud)dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Ok, kat situ dah sah2 kita tgok apa yang ALLAH dah kata kat kita, yang sebenarnya ada  sesuatu yang kita kena buat...sebab kita diciptakan bukan untuk sia2..betol tak? “Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa” Al-Baqarah : 2
Orang yang sia2 tulah orang yang rugi di dunia dan di akhirat yang kekal abadi..Nauzzubillah..doakan kita tidak temasuk dalam golongan yang sia2..apa yang menakutkan sangat bila jadi orang yang sia2 ni? Sebenarnya bertapa ramai orang kafir yang menyesali perbuatan mereka di bumi kerana mereka tidak beriman..mereka inilah orang yang sia2 ketika dibumi..dimana bila saat kebangkitan semula di padang mahsyar - yang luasnya tidak dapat kita bayangkan panasnya, tak dapat kita jangkaukan di akal yang waras ini, lautan manusia dari kaum nabi Adam hinggalah kaum nabi Muhammad saw dikumpulkan – orang2 kafir pada saat itu berharap yang mereka dapat dihidupkan kembali ke bumi dan mereka akan beriman jika masih ada peluang... tapi semuanya terlambat..soal diri kita, adakah kita mahu menjadi seperti orang2 kafir itu sedangkan kita ada Al-Quran dan telah membaca AL-Quran..?
La’ bukan? Kita tak nak jadi seperti mereka2..jadi, mari kita fikir balik apa yang menyebabkan kita tak jadi manusia yang sia2...sebab ALLAH cipta kita bukan untuk sia2...sebab tugas kita adalah:
1.   Beribadah..
·        “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” Az-zariyat: 56
·        Nah, ALLAH dah state dalam Quran...=)
·        Tapi janganlah kita rigidkan fikiran bahwa ibadah hanya solat, puasa, zakat, p haji jer..(ibadah khusus)
·        Sebab, ibadah ada stu lagi yakni ibadah umum..kehidupan seorang muslim darpada bangkit tidur sampai nak tidur balik sebenarnya SEMUA ADALAH IBADAH jika semua itu diniatkan kerana ALLAH..mudah secara teori dan tak mustahil semua boleh dipraktik (lakukan) sebab kita semua berasal dari fitrah yang sama..sukakan kebaikan..=)
·        Pergi kuliah, masuk kelas, keluar kelas, g cafe beli makanan, makan, minum,  turun bus, naik bus, basuh kain, tidur, STUDY, jawab exam, susun kasut, iron tudung, iron baju dll...(*banyak sangat ibadah yang kita boleh buat dengan syarat KERANA ALLAH)
2.   Khalifah (pentadbir)
·        “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,”Aku hendak menjadikan khalifah di bumi....” Al-Baqarah:30
·        Khalifah bukan hanya menjaga kebersihan         sungai, jaga kebajikan haiwan yang pupus, tak buang sampah merata2,mejaga hubungan ngan manusia (na’am (betul), semua tu penting...tapi ada lagi yang lebih penting...yaitu amar makruf nahi mungkar... (mnyuruh kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran/maksiat)
*** Jadi? Penting sangat ker?
****Jawapannya na’am!.sebab kalau bukan kita yang menegakkan islam, maka siapa lagi? Kalau bukan diri kita yang nak jadi baik, maka siapa??? Kalau bukan kita yang meneruskan tugas Rasulullah, maka siapa? We are muslim..wake up young muslim!! Tanya iman di dada..sebab kuasa merubah ada ditangan ukhti..
*****dah tahu, insyaALLAH sama2 amalkan...=)
Waallahua’lam
By_hidayah130
  p/s: 


artikel diatas adalah salah satu dan article pertama yang ana post kan untuk floormate..ketaq la jugak masa nak post bawah pintu mereka2 yang bertuah..hehe...balik2 bilik terus terduduk..puas..aku dah mula kan dah! every week ana hantar..insyaALLAH..disebabkan ana dah mula pon lambat, sem depan kena hantar 2 article a week la..harap2 tak der orang mual baca article ni..




timbul gak kebimbangan di hati..dan ini amaran ALLAH bagi yang kata tapi tak buat..


as-Saff:2-3


sendri mau ingat la eh hidayah razak

No comments:

Post a Comment