dig into the CAVE

Tuesday, June 1, 2010

kisah dulu

masa kami kecik2 , saya dan adik saya yang sekarang dah 20 tahun.. kami berkongsi tarikh lahir yang sama pada tahun yang berlainan, ada karekter masing2.."aku kakamu dan engkau adik.."
kami masa kecik2 selalu jer buat menda yang pelik2..satu yang saya ingat..bila kami asah pensil, kami akan simpan habuk2 pensil tu..
"sian dia, nanti mesti dia rindu kawan dia.." dia disini dituju kepada habuk pensil, dan kawan dia adalah pensil yang sama yang masih lagi belum diasah..gitulah..kalau malam nak tidur kami akan susun semua buku dan barang2 yang kami ada dalam kelambu..entah la ape yang membuatkan kami berfikir begitu..sesak sunggoh..
bila kami duduk2 cerita balik kerja gila kami masa sekolah rendah, memang terfikir..apalah ntah pape nya kami ini..alhamdulillah sekarang ok dah..sykur sangat adik kecik kami yang 2 orang tak ikut perangai pelik kami ni..heeeeeee



hakikatnya, pensil hanyalah dunia..habuk2 itu ibaratnya debu2 dunia yang mengotorkan..simpan lah sebanyak mana habuk itu, ia tidak akan mejadi somthing yang berguna pon..ia tidak akan boleh diproses untuk menjadi pensil semula..bahkan ia hanya akan mengotorkan pensil box..kotor dek graphite..maka mana gunanya? nak buat kayu api pon blum tentu boleh..itulah dunia yang ALLAH rakamkan dalam quran ayat 64 surah ar-Rum..
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.."


tapi gunakanlah sebaik mungkin pensil yang ada.titipkan segala ilmu yang kita dapat dengan menulis dalam kertas..dan buahkan dengan amalan..dunia adalah kebun untuk kita bercucuk tanam..dan insyaALLAH kita akan menuai diakhirat kelak...

seperti kata al-Maududi, jika kita menanam duri , maka yang akan kita tuai nanti juga adalah duri..masakan kita dengan gembira menanam duri di dunia dan berharap akan memetik buah masak ranum di akhirat kelak?? fikir2kan..

saya memahaminya sekarang..kami masa kecil, tak memikirkan apa2 yang lebih kritis..(sekarang pon kot..saya la tu)memang budak2..tak matang seperti Ali...kami  diajar solat dan puasa..jika tak buat, maka dosa,ALLAH murka,  masuk neraka ...tapi sebenarnya, anak2 perlu dibuka mindanya agar dapat contribute pada agama..supaya mereka merasai tanggungjawab apa yang mereka perlu jalankan dalam agama..supaya mereka merasa mereka amat diperlukan dalam agama ini..seperti Ali..umur 8 tahun tapi matang seperti lelaki dewasa...

jadi? konklusinya?? konklude sendiri..waallahu'alam

No comments:

Post a Comment